Selasa, 10 Mac 2015

Sedang Tunggu Mufti, JAKIM, Puteri UMNO Komen Gambar Seksi Diana Danielle.

Ada seorang artis wanita nama dia Diana Danielle. Diana Danielle baru2 neh telah ditemubual oleh sebuah majalah bernama 'Esquire Malaysia'. Temubual itu kemudiannya disiarkan menerusi edisi terkini majalah berkenaan.

Berikut antara gambar yang tersiar menerusi majalah itu ;


Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan aksi sekumpulan peminat KPOP yang taksub dan memeluk artis kesayangan mereka di atas pentas. Perbuatan tersebut turut dirakamkan menerusi satu video dan video berkenaan viral di laman sosial dengan rata2nya memilih untuk mengherdik artis kpop dan peminat2 tersebut.

Berikutan dari penyebaran video berkenaan, JAKIM turut memberikan respon balas dengan menegur dan menyiasat tindakan tersebut. Namun tindakan siasatan agak tergantung tanpa kata putus sehingga kini mungkin disebabkan apabila keadaan menjadi terbalik dengan JAKIM pula menjadi sasaran kritikan pengguna media sosial.

Berbalik kepada tajuk asal ;

1. Diana Danielle secara terbuka bergambar seksi menerusi satu majalah yang diberikan permit penerbitan di Malaysia yang mana permit yang sama dinafikan ke atas Malaysiakini.

2. Apakah peranan JAKIM dan mufti dan Puteri UMNO dalam mengulas tindakan tersebut?

3. Oleh kerana baru2 ini Dyana Sofea bergambar di atas katil dan PUTERI UMNO nampaknya begitu jijik dengan aksi sedemikian, seolah2 ia satu perbuatan yang melampau moralnya, bagaimana pula jika seorang artis wanita muslim melakukan hal yang serupa menerusi satu majalah yang diluluskan permitnya oleh kerajaan Malaysia? Adakah PUTERI UMNO akan melakukan kondeminasi yang serupa ataupun terpilih?

4. Bagaimana pula dengan pihak2 yang mengkritik tindakan peminat KPOP yang memeluk artis kpop apabila artis Malaysia sendiri bebas bergambar seksi menerusi 1 majalah yang permit penerbitannya diluluskan oleh kerajaan?

5. Adakah mereka akan kecoh sekecoh kecohnya sepertimana mereka kecoh tentang aksi peminat2 kpop tersebut? Begitu juga dengan tindakan dan kecaman serta tuduhan pihak tertentu terhadap program pegang anjing. Adakah tindakan pegang anjing lebih jijik dan menghinakan berbanding hampir berbogel di majalah ke macam mana?

6. Jika tiada apa2 tindakan apakah ini bermaksud bahawa undang2 diskriminasi dan hukuman berpihak sedang dilaksanakan di Malaysia?

7. Sesetengah yang tiada pangkat, tidak popular, bukan artis, tidak ternama, bukan kaya, bukan berstatus tinggi tidak berhak dan tidak bebas melakukan dosa yang turut sama dilakukan oleh mereka2 yang popular, kaya-raya, berstatus artis dan sebagainya?

Minta tolong JAKIM berikan jawapan. Puteri UMNO pun sila-silakanlah ek. Pasal aku tengok sehari dua neh nampak gaya PUTERI UMNO begitu prihatin tentang tubuh badan dan aksi wanita di dalam sesuatu majalah. Mungkin mereka akan turut mengutuk aksi artis berkenaan seperti mereka mengutuk Dyana Sofea.

Dan mungkin juga geng2 UMNO akan mengadakan demo besar-besaran bagi mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia sepertimana mereka berusaha habis mempertahankan kalimah Allah.

Mungkin juga JAKIM akan laju2 bertindak dan mendesak kerajaan batalkan permit penerbitan majalah berkenaan dan memanggil Diana untuk sesi kaunseling.

Siapa tahu kan?

Kita kena sangka baik pada kerajaan kita.
Kalau tidak kita terbabas dari jalan2 ke syurga bak kata blogger UMNO kepada MAZA.
Lagipun start bulan depan kita semua dah kaya raya.
Maka jangan la kita buruk sangka.
Sentiasa tenang, yakin dan wasatiyyah la bahawa mereka akan melakukan tindakan yang cerdik dalam menanggani aksi terlampau Diana Danielle.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...