White House Sokong Bebas Anwar - Adakah Pembangkang Barua Amerika? - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Mac 2015

White House Sokong Bebas Anwar - Adakah Pembangkang Barua Amerika?

Apa stance penyokong-penyokong pembangkang khususnya PKR dan DAP? Tak perlu tanya pasal PAS sebab aku tahu kebanyakkan mentaliti orang2 PAS neh. Depa tak sign pun petition tersebut. Tak sign tak bermaksud depa sokong BN. Depa cuma taknak jadi barua Amerika yang kurang ajar lagi biadap membunuh dan menyebarkan fahaman anti Islam di seluruh negara jek.

Baru-baru neh aku ada membaca penjelasan Nurul Izzah. Katanya la kan ;


Heloo kakak Nurul Izzah.

Samada Obama nak bersetuju atau taknak bersetuju dengan Najib, itu bukan urusan dan hal kita. Obama boleh pergi mampos.

Serangan terhadap Anwar atau pembangkang bukan Amerika bukan concern dan tak boleh kita buat sehingga menjadi Amerika punca concern.

Ia adalah hal diri kita, parti kita, negara kita maka kita yang kena selesaikan. Kita tak perlu bawa ke sana ke mari kalau tujuannya untuk atau raih perhatian atau campurtangan kuasa luar terhadap kedaulatan negara kita.

Oke fine. Obama sudah tahu. White House sudah letak semula petition tersebut. Sokongan 100k sudah diraih. Dan ini pula respon USA ;
White House semalam mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen 'Bebaskan Anwar' yang diwujudkan dalam web We The People milik negara Uncle Sam itu.

“Amerika Syarikat sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

“Kami telah menjelaskan berkenaan perkara ini melalui kenyataan kepada kerajaan Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian,” kata kenyataan itu.

Setakat semalam, petisyen itu telah mengumpul 113,830 tandatangan, melebihi 100,000 tandatangan pada awal dimuat naik ke laman web We The People selepas Anwar dihukum lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Washington berkata, keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

Menurutnya, kebimbangan itu ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.

“Amerika Syarikat dan Malaysia telah membina satu hubungan yang baik dan kami akan kekal komited untuk memperluaskan kerjasama kami melibatkan cabaran ekonomi dan keselamatan negara berdasarkan kepentingan di Asia dan di seluruh dunia.

“Pada masa sama, kita akan terus mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang secara adil dan telus bagi meyakinkan Malaysia mengamalkan demokrasi, keadilan dan juga ekonomi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu berkata, sejarah telah membuktikan mana-mana negara yang menekankan hak asasi manusia terhadap rakyatnya, tanpa memikirkan kecenderungan politik, etnik, bangsa, agama ataupun orientasi seks, adalah lebih harmoni dan juga stabil.

Petisyen ‘Bebaskan Anwar’  dimulakan oleh bekas Duta AS di Kuala Lumpur, John Mallot pada 10 Februari lalu, iaitu hari sama keputusan kes liwat Anwar diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Pada Isnin lalu, kerajaan Amerika Syarikat mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen menuntut pembebasan ketua pembangkang itu daripada laman web White House.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan  mengesan penipuan dilakukan White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai ‘kejanggalan’.

Sumber.

Malaon Amerika cerita pasal demokrasi kau. Bapak gile tak malu nak mampos. Tindas Palestine itu demokratik eh? Tak mendiskriminasikan manusia berdasarkan sentimen agama ek?

Menafikan hak Palestine sebagai sebuah negara takpe pula kan?

Jubah, janggut, tudung simbol-simbol Islam sering disalahtafsir menerusi pelbagai media pro Israel yang berkembang mekar di Amerika pun takpe juga kan?

Kalau kutuk Israel itu baru la tak demokratik.
Kutuk keganasan Israel maksudnya tak terbuka.
Kutuk Islam, serap dan sebar sentimen anti Islam itu demokrasi dan kebebasan bersuara.
Betul tak Amerika?

Dan kau sibuk nak betulkan undang2 Malaysia yang mana kalau dibandingkan dengan cara kau mencorakkan pentadbiran di negara kau, kau lebih kurang ajar dan biadap lagi berbanding Malaysia dalam soal demokrasi.

Malaysia takde masuk negara orang, tawan dan bunuh rakyat dia.
Malaysia suka play-safe dan berkecuali.
Walaupun tak mampu tunjuk kebencian secara terbuka tapi Malaysia ada satu sikap yang bagus. Kita suka hantar bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang terjejas angkara peperangan dan konflik dalaman. Walaupun Malaysia tak pernah isytihar sokong pejuang kebebasan di Syria tapi sentiasa pasukan-pasukan misi bantuan berlepas ke Syria dengan tujuan menghantar bantuan.

Setakat ini kita berani buat. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu kat mana nak bantu dan macam mana nak membantu menggunakan cara yang betul dan tepat bagi tak memburukkan lagi konflik perselisihan.

Sekarang White House dah nyatakan secara terbuka sokong petition bebas Anwar dan kritik petition halang Amerika campur tangan dalam masalah politik negara.

Alasan yang diberikan sangat longgar dan aku bukan begitu bodoh mahu mempercayai point Amerika. Bak kata orang2 Amerika sendiri yang kalau ko rajin baca komen2 di berita CNN dan FOX NEWS, kerajaan Amerika adalah pemanipulasi yang paling terbaik di dunia. Mereka tahu nak mengambarkan sesuatu yang baik sebagai jahat dan sesuatu yang jahat sebagai baik. Hanya guna media dan segalanya bertukar.

Dan Amerika yang kononnya ada macam-macam sistem terbaik di dunia boleh pula buat kesilapan bangang kononnya nak buang petition anti campurtangan USA ke atas Malaysia tetapi terbuang petition Bebas Anwar.

Alasan petition anti campurtangan Amerika ke atas Malaysia dibuang ialah kerana banyak dummy account. Tapi betul ke? Siapa malaon Amerika neh yang aku perlu percaya padanya? Ada apa bukti yang membenarkan kenyataan tersebut? Semata-mata bercakap di media dan ya aku kena mempercayai membabi buta? Dan itupun percaya pada Amerika? Amerika yang bertahun-tahun menyerap kebencian kepada orang Islam dan Islam? Mempercayai pentadbiran Amerika Syarikat ialah satu perkara yang perlu diperhalusi secara teliti apatah lagi kalau ianya melibatkan urusan politik.

Mungkin sengaja padam.
Secara halus.
Malaysia masih teragak-agak dengan TPPA.
Amerika mahu Malaysia sokong.
Menteri Malaysia nampak macam condong.
Tapi perlu ada tekanan agar Malaysia terus menyokong.
Sedang cari jalan dan usaha bagi menekan Malaysia.
Mungkin boleh guna modal pembangkang.
Oleh kerana pembangkang di Malaysia pun sama spesis dengan kerajaan iaitu BODOH nak MAMPOS maka secara tak sedar dah bagi modal indirectly. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sana modal, sini modal, situ modal, dihimpun menjadi besar, mungkin Malaysia benar-benar akan terkesan, tertekan dan terikat. Pernah kah pembangkang seperti PKR dan DAP mahu peduli?

Hidup ini bukan berkisar kepada pembebasan Anwar semata.
Perjuangan ini bukan tentang Anwar sahaja.
Anwar tak penting dibanding kedaulatan negara.

Mana maruah hidup kita bila menjilat di kaki yang bunuh dan tindas anak-anak Palestine?

PKR gunakan Amerika untuk tekan Najib. Tanpa PKR sedar seperti meminta bantuan iblis bagi memerangi syaitan.

Hidup ini tidak mudah. Dan kita akan sentiasa dalam kesusahan dan selalunya berpunca dari kesilapan dan kesalahan sendiri.

Tapi jangan jadikan itu alasan untuk kita berpaut kepada musuh yang lebih jahat berbanding BN bagi melepaskan diri kita dari kesusahan kerana tindakan seperti itu kelak akan makan diri.

Takpe. Kita susah. Susah-susah Nurul Izzah dan PKR sekalipun tetap tak teruk susah macam rakyat yang terhimpit dengan GST. Kurang2nya Nurul Izzah ada rumah besar, kereta besar dibanding dengan ratusan ribu rakyat yang lain usah kata rumah, motor pun tercekik nak beli angkara kos sara hidup yang makin menghimpit di samping polisi kerajaan yang pro kepada kapitalisma secara melampau.

Sebab tue kini perjuangan Nurul Izzah dan PKR hanya berkisar tentang pembebasan Anwar dan liwat sana sini. Jika kita susah nak makan, kita lebih pentingkan perjuangan nak cari makan berbanding isu peribadi. 

Cara yang betul untuk bebaskan Anwar bukan dengan minta bantuan dan perhatian dari White House. White House sekadar sembang kencang huha huha depan media aje boleh la untuk tunjuk mereka simpati pada pembangkang tapi di belakang-belakang mereka akan memilih dan memikirkan strategi terbaik bagi memanipulasikan keadaan tersebut agar favor kepada manfaat yang negara itu boleh raih.

Itulah Amerika. Wajah sebenar mereka.

Di mana ada wang, kuasa, kekayaan disitulah mereka bertapak bagi meluaskan empayar.

Semakin mereka berpengaruh, semakin orang tunduk dan semakin mereka dapat menguasai dan menentukan hala tuju dunia mengikut acuan pemikiran mereka.

Adalah amat bodoh sekali, bagi manusia yang bermaruah, merdeka untuk tunduk melukut meminta simpati dan bantuan dari Amerika. 

Biar miskin duit, jangan miskin maruah. Sebab tue sekarang aku miskin. Ego punya pasal.

KAH KAH KAH

Tapi, last but not least la kan, lepas White House sokong, maka apa? Nak raihkan, bangga dan seronok disokong White House? Anwar sudah bebas? Atau harap Amerika mai serang Malaysia untuk bebaskan Anwar? Perkara yang takda hasil, buat atau tak buat tak mengubah kepada pembebasan individu yang dimaksudkan pun. Aku ingat ahli politik belajar lama-lama, belajar jauh-jauh, belajar pandai-pandai, sudah tentu lebih bijak. Rupa2nya ia tak terpakai untuk semua. Dan nampak sangat aku silap. Pengalaman menjadikan persepsi aku berubah.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...