Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Mac 2015

Di Ambang GST - Pakatan Pentingkan Isu Liwat Berbanding GST - Pakatan Mahu Debat Usul Liwat Di Parlimen.


Kesian rakyat Malaysia. Kanan kena penyek. Kiri pun kena penyek. Sudahla ditindas kerajaan. Pembangkang pula ada yang menyemak buat kerja bangang. Sebentar tadi, dalam satu sidang media, ahli parlimen sebanyak 70 orang dilaporkan telah menanda-tanggani satu usul yang mahu meminta parlimen membahaskan usul berkaitan kes pertuduhan liwat II yang menyebabkan Anwar terpenjara 5 tahun bermula 10 februari yang lepas.

Usul berkenaan bertujuan mahu membahaskan dan berdebat mengenai keputusan lima hakim mahkamah persekutuan yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim.

Usul berkenaan telah dihantar pagi tadi dan Pakatan Rakyat berharap akan adanya kelulusan segera dari speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membincangkan usul berkenaan di dalam dewan kata Ketua Whip Parlimen PKR, Johari Abdul lapor The Malaysian Insider.

Sekarang sudah memasuki hari ke 12 bulan March 2015. Lebih sebulan sudah Anwar terpenjara dan kurang sebulan kita akan berhadapan dengan GST.

Aku melihat strategi yang PKR dan PR gunakan untuk menyelamatkan Anwar dari penjara. Antaranya memohon pengampunan diraja. Jika sudah itu keputusan yang dibuat maka proceed saja la dengan jalan tersebut. 

Lakukan sesuatu untuk pujuk Agong agar ampunkan Anwar.

Membahaskan di parlimen sebenarnya buang masa dan tak mendatangkan faedah.

Pakatan Rakyat sendiri kata ini konspirasi politik BN terhadap mereka.

Dan untuk apa berbahas di parlimen yang mana korang akan berbahas dengan BN kembali?

Adakah dengan berbahas maka esok ya BN akan keluarkan Anwar dari penjara?

Dah tahu ia tidak akan mengubah atau memperbaiki apa-apa maka jangan la buat tindakan bangang.

Baik focus untuk bahas masalah GST. Minta menteri dedahkan apa itu 8,000 barangan yang turun nilai selepas pelaksanaan GST itu. Tulis satu persatu. Jangan sembang kencang nak tunjuk bagus depan media je. Buktikan 8,000 barangan itu benar2 wujud dan turun nilai.

Lepas tue minta menteri buktikan bagaimana GST tidak akan mempengaruhi hidup rakyat apabila nak topup kena GST, nak keluar duit kena GST, nak check PUSPAKOM kena GST, nak beli barang kena GST, pendek kata serba serbi GST sekarang so tang mananya GST tidak akan mempengaruhi kehidupan kita apabila kita terpaksa keluarkan lebih duit untuk mendapatkan satu2 perkhidmatan dan barangan berbanding sebelum pelaksanaan GST?

Isu GST la buat debat.
Isu liwat dah debat hampir 7 tahun.
Nak debat sampai bila dan untuk berapa lama baru kau semua puas meroyan?
Pening ar aku tengok pembangkang neh. Pening.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...