Sabtu, 7 Mac 2015

Bantah GST Untuk Topup - Kerajaan Dah Terdesak Sangat Ke Sampai Mencukai Kad Topup?

Sebelum neh ada yang kata aku buat cerita fitnah kononnya kalau kita kehilangan kad atau buat buku bank baru akan dikenakan cukai. Aku tak kisah sangat kalau dia reply point aku elok2. Tapi aku jadi meluat bila cara point tersebut diutarakan membayangkan aku neh macam orang jahat sangat sampai sanggup nak fitnah BN. Kalau dia tanya elok2 aku boleh jek bagi bukti dan hujah apa semua. Aku bukan jenis ralat kalau orang nak tegur atau minta bukti. Sebab aku boleh bagi.

Ini buktinya.


Untuk memahami sepenuhnya perkhidmatan bank yang akan dikenakan GST, baca sini. Aku pun masih dalam proses pembacaan. Sudah agak lama juga sebab aku masih tak memahami beberapa terma kewangan. Even dalam bahasa melayu pun hancur. Kalau ENGLISH lagi la ke laut. 

Muahaha..

Oke. Berbalik kepada tajuk posting. Oleh kerana sekarang huha huha bab topup dan sim pack juga tertakluk kepada GST, aku ingat2 kembali masa baca isu perbankan dan GST. Aku memang ingat sangat katanya kalau ko topup guna bank pun kau akan tertakluk pada GST.

Aku godek2 semula dan aku jumpa ini.


Dah memang sahih la ingatan aku. Jika kau fikir kau nak lari dari GST dan topup guna bank (aku selalu guna cara neh) maka kau silap besar la.

Pasal topup guna bank pun ada GST la. 


Yang sekarang buat aku tertanya2 ialah macam mana nanti perkhidmatan prabayar ini akan berfungsi. Syarikat telekomunikasi akan jual kad topup + GST terus kepada pekedai2 sebagai orang tengah sebelum sampai kepada pengguna. Betul tak?


Dan pekedai2 nanti akan kutip cukai dari kita semua la kan?

Kat kedai2 runcit pun sekarang ada jual kad topup. Maka kalau kita p kedai runcit nak beli topup just in case kita dah tertakluk kepada GST la kan.

Mahasiswa2 yang beli kad topup pun dah kena bayar cukai sekarang. Belajar pun mak bapak tanggung. Sekarang kena bayar cukai pula. Keadaan neh buat aku macam entah, rasa pelik kot. 

Dulu2 Najib juga kata kad prepaid dikecualikan GST. Dan kad prepaid sebenarnya dah tertakluk kepada caj cukai 10% dalam nilai kad. Dan sekarang dari 10% kepada 6% bukan kah patutnya jadi murah? Atau sekurang2nya harga statik kad? Tapi kenapa makin mahal sedangkan kadar percukaian itu turun dari 10 kepada 6? Nampak tak? 

Kalau semakin mahal maka konsepnya kalau dulu mencukai syarikat sekarang mencukai pengguna.

Syarikat akan seronokla sebab cukai di alih keluar.
Sudah la dapat re-claim cukai.
Cukai di alih keluar lagi.
Pengguna macam kita dapat apa?

Elok sangat tuntutan PERBIT. Aku harap rakyat Malaysia sahut bantahan berkenaan.

Baca ;
Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata CBP sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

"Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

"Penambahan cukai CBP ini sudah sudah pasti akan membebankan mereka," katanya kepada Bernama semalam.

Justeru, katanya persatuan itu telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha mendapatkan sokongan pengecualian CBP terhadap produk tambah nilai dan pek permulaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata pihaknya akan mengkaji dakwaan berhubung caj tersembunyi yang dikenakan oleh syarikat telco terhadap mel suara, panggilan yang tidak disambung, mel remeh dan sebagainya.

Menurutnya pihaknya telah menerima lebih 18,000 aduan dalam tempoh setahun daripada pengguna telefon bimbit mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dan kebanyakannya berkaitan dengan masalah caj tersembunyi.

"Sebelum ini kita pernah buat kajian dan mendapati lebih daripada 60 peratus kos atau caj yang dibayar oleh pengguna adalah daripada kos tersembunyi seperti mel suara, panggilan yang tidak disambung dan mel remeh dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata hasil kajian itu akan diserahkan kepada KKMM dan SKMM untuk dibincangan dengan syarikat telco bagi mencari jalan penyelesaian.

- Bernama 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...