Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mac 2015

Mahfuz Akhirnya Kantoikan Penipuan Diri Sendiri.

Aku percaya semua tahu bahawa pada satu majlis 'tele-sidang' yang dijanjikan Mahfuz \yang tak memasal telah bertukar menjadi 'tele-fon', Mahfuz telah tunjukkan satu bukti bergambar yang dia telah berhubungan dengan Sirul menggunakan telefon.

Ini gambar yang menunjukkan Mahfuz dengan gaya bangga (mungkin) memaparkan perbualan dia dengan Sirul menggunakan mesej.



Apa yang aku faham selepas melihat mesej berkenaan ialah ;

1. Mahfuz dan Sirul berkomunikasi menggunakan mesej

2. Sirul boleh hubungi Mahfuz menggunakan saluran mesej

Aku tak nampak macam Mahfuz sedang berkomunikasi menggunakan wassap ataupun facebook chat.

Dia save nama Sirul sebagai Sirul1. Aku yakin yang disave itu merujuk kepada 'satu no telefon'.

Sebab, kalau kita berbual di facebook, maka nama facebook la yang naik.
Bukan nama yang kita save (menerusi no telefon/simkad) yang naik.

Maka. Apa yang Mahfuz cuba nak buktikan kepada semua orang dan wartawan yang hadir ialah dia berkomunikasi dengan Sirul. Bukan cerita palsu. Dia cuba yakinkan para wartawan dengan menunjukkan perbualan dia dan Sirul. Ini berlaku susulan kegagalan tele-sidang yang pertama. Yang mana tele-sidang tidak pernah pun berjaya.

Dan, semalam. Ada sesuatu yang meragukan dilaporkan oleh TMI. Kenyataan itu dipetik oleh TMI menerusi apa yang dinyatakan oleh Mahfuz Omar sendiri.

Baca ;


Rujukan : sini

Point penting ;

1. Mahfuz kata sebarang alat telekomunikasi dilarang dibawa masuk ke dalam pusat tahanan.

2. Mahfuz akan cuba update perkembangan terkini menerusi WhatsApp.

3. Mahfuz juga memberitahu dia akan mengemukakan bukti bahawa dia telah berhubungan dengan Sirul selepas pertemuan itu diadakan.

Ada sesuatu yang aku fikir, aku keliru.

Aku fikir Mahfuz maksudkan begini. Selepas pertemuan itu berakhir dan selepas dia berjaya mendapatkan semula alat telekomunikasinya, maka dia akan update perkembangan terkini menerusi platform WhatsApp.

Untuk masuk ke pusat tahanan, sebarang alat komunikasi tidak dibenarkan.

Hatta, HP pun tak boleh. Maka, ini akan membuka satu persoalan yang baru pula. 

Jika HP ialah barang terlarang, maka bagaimana Sirul boleh membalas mesej yang dihantar oleh Mahfuz sebelum2 ini?

Aku tatau jika ada software tertentu yang boleh diakses menggunakan komputer untuk saling berbalas mesej ke no telefon.

Jika Sirul ada akses kepada HP, ini bermaksud HP perlu dicharge. Kredit perlu ditopup dan sebagainya bagi melakukan komunikasi.

Persoalan neh aku baru fikir selepas membaca kenyataan Mahfuz. Dan, pada aku perkara neh pelik kot. Aku pun dah tak faham cerita sebenar. Sapa yang call sapa. Sirul call Mahfuz atau Mahfuz call Sirul? Apakah telefon yang digunakan oleh Sirul dan adakah Mahfuz membayangkan dia ada direct line dengan Sirul?

Kalau kita call pusat tahanan. Mestila akan naik ke pegawai yang bertugas. Yang jaga line telefon tue. Sirul bukannya jaga line telefon. Dia tahanan kot. Dan dari situ akan pass dan pass sehinggalah Sirul dipanggil bagi membolehkannya bercakap dengan Mahfuz.

Ataupun, jika Sirul yang call Mahfuz, maka logik juga direct line.

Sirul terus dial no Mahfuz dan terus call Mahfuz. Menggunakan telefon yang tersedia di pusat tahanan. Tapi melihatkan kepada kandungan mesej, jelas Mahfuz yang call Sirul dengan membuat anggapan 'alat komunikasi' tersebut boleh memaparkan no telefon untuk Sirul lihat dan membayangkan pula Mahfuz ada direct akses kepada Sirul. 

Tapi semalam. Mahfuz kata alat komunikasi tidak boleh dibawa masuk. Jadi alat apa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Sirul. Bagaimana Sirul hantar mesej kepada Mahfuz neh. Faham tak?

Kalau berhubungan melalui email memang logik.
Kalau guna talian telefon pun logik.
Sebab Sirul memang dibenar untuk akses internet dan bebas bergerak di pusat tahanan.
Dan, kalau guna HP, kena charge dan sebagainya bagi membolehkan komunikasi terus berlaku.

Kalau HP ialah barangan terlarang pelawat apakah logik HP bukan barangan terlarang tahanan?

Malaysiakini juga baru2 neh ada berhubungan dengan Sirul.
Tapi mungkin guna talian tetap. Kena sambung-sambung dan tunggu. Atau berbalas melalui email. Tapi dari gaya penceritaan, aku rasa wartawan Malaysiakini berhubungan menggunakan talian tetap.

Ada sesuatu yang tak kena. Aku rasa Mahfuz sebenarnya baru sahaja kantoikan diri sendiri. Hak ala. 

Baca : Menyangkal Hujah Mahfuz Menipu Dalam Isu Panggilan Telefon.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...