Khamis, 5 Mac 2015

Cabaran UMNO Disahut - Rafizi Dedahkan Pendapatan Pada 10 Mac 2015 Dalam Bentuk Dokumentasi Lengkap!


Bagus Rafizi. Bila kau tak salut diri kau dengan cerita liwat kau memang nampak cerdik. Tahniah diucapkan. Aku sokong tindakan ini kerana pada aku memang bijaksana. Tindakan yang hampir serupa pernah dibuat oleh Nasruddin Tantawi. Setakat neh hanya 4 je wakil rakyat yang terbuka mendedahkan pendapatan masing2 tanpa banyak songeh.

Pertama. Ahli parlimen dari PSM. Jeyakumar.
Kedua. Dari PAS. TGNA dan Nasruddin Tantawi.
Ketiga. Dari PKR. Rafizi Ramli.

Yang lain apa cerita? DAP? BN? PAS yang lain2? PKR yang lain2? DAP lain2. Eh ada ke dari DAP yang dah mendedahkan? Pendapatan dari Ngeh dan Nga yang aku teringin sangat nak tinjau2.

Baca ;

Menyambut baik seruan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengenai pengisytiharan harta, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada Khamis menyatakan kesediaannnya berbuat demikian.

“Secara peribadi, saya sentiasa percaya bahawa ahli-ahli politik perlu hidup secara sederhana agar mereka dapat merasai susah payah rakyat.

“Hanya dengan cara itu ahli-ahli politik dapat menjadi suara rakyat yang berkesan dan tidak terpisah dengan permasalahan rakyat,” ujarnya.

Rafizi disaran berbuat demikian oleh Syed Ali sebelum Ahli Parlimen Pandan itu terus mengkritik kekayaan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Barisan Nasional yang lain.

Dalam kenyataan media tersebut, Rafizi akan membuat satu akuan bersumpah yang akan menyenaraikan perkara-perkara seperti kedudukan harta dan hutang terkini ; latar belakang pendapatan dan kerjaya sebelum menjadi ahli politik; pendapatan bulanan sebagai ahli politik; dan perbelanjaan bulanan sebagai ahli politik.

“Akuan bersumpah yang mempunyai maklumat ini akan saya edarkan di ruang lobi Parlimen pada 10 Mac 2015 untuk memberi masa kepada saya mengumpulkan semua maklumat ini berserta dokumen bukti,” ujanya.

Rafizi berharap, setelah pengisytiharan tersebut dibuat, Syed Ali dapat memimpin kempen dalaman UMNO supaya semua pimpinan UMNO bertaraf menteri ke atas membuat pengisytiharan yang sama.

“Saya percaya budaya mengisytiharkan harta perlu disemarakkan dan menjemput lebih ramai ahli Parlimen dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengambil langkah yang sama,” katanya. -Awani.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...