Selasa, 3 Mac 2015

Pimpinan DAP Seru Rakyat Turun Demo Tapi Diri Sendiri Entah Turun Ke Tidak.

Jangan mengheret rakyat dalam perang propaganda bodoh korang. 5 atau 6 tahun yang lepas taktik korang berjaya memperbodohkan aku. Dan taktik yang sama juga berjaya memperbodohkan sesetengah orang yang lain. Ramai orang tak faham apa tujuan kenyataan media seperti ini dibuat.


Biar aku ceritakan kenapa. Tapi minta jangan salah faham. Aku bukan berniat nak sabotaj demo korang. Aku menghormati dan meraikan peranan masing-masing. Tapi aku nak kita semua jadi lebih jujur dalam berjuang. Kita buangkan atau kurangkan elemen propaganda dalam meraih sokongan.

Kenyataan-kenyataan seperti di atas dibuat untuk memujuk atau mendorong rakyat secara langsung bagi participate dengan demo yang dianjurkan. Ketika PR masih bersatu suatu ketika dahulu. Korang akan perasan bahawa setiap parti akan issuekan statement media seru rakyat turun demo. Kalau geng2 PAS baca statement media dari PAS untuk turun demo, maka mereka akan pergi. Kalau geng2 PKR baca statement media dari PKR, mereka juga akan turun dan begitu juga berlaku dengan DAP.

Yang bangang juga aku neh. Dulu-dulu. Aku boleh pula rasa nak turun hanya kerana mereka seru untuk turun. Tapi sikit pun aku tak pernah terfikir. Pimpinan parti ada turun ka? Pimpinan parti sendiri tak sibuk turun. Hanya sibuk suruh orang2 macam kita turun dan lakukan sesuatu dengan harapan mereka dapat jadikan ia isu dan sekaligus menaikkan millage parti mereka untuk tujuan mendapatkan kuasa.

Pelik tak pelik juga. Demo #kitalawan neh demo untuk bebaskan Anwar. Tapi adakah dengan berdemo 5,6 jam dapat membebaskan Anwar? Minggu lepas sudah. Minggu sebelumnya pun sudah. Mula2 yang berhimpun 70 orang. Kemudian 140 orang. Yang kali kedua siap bawa bendera parti apa semua bagai. Dan perlu demo berapa lama, berapa banyak, berapa minggu, berapa tahun sehingga Anwar boleh dibebaskan?

Untuk membebaskan Anwar, demo bukan kuasa pendesak bahkan tidak mampu menjadi kuasa pendesak bagi merujuk cause neh.

Ada sesetengah demo boleh menjadi kuasa pendesak. Macam kita desak SPR laksanakan dakwat kekal. Dan kita demo. Kita berjaya.

Tapi demo #kitalawan tidak boleh menggunapakai konsep yang sama.

Ini kerana segala-galanya sudah berubah sejak Kajang-Movie.

Orang semakin meluat nak sokong PR.
Dan orang makin meluat tengok PR bergaduh sesama sendiri.
Orang juga makin meluat nak turun demo di saat pimpinan parti sibuk participate dengan event masing-masing di hari minggu.

Nampak?

Orang huha huha demo. Kau yang seru untuk turun. Tapi kau sendiri mungkin sibuk enjoy yee-sang ka, berehat ka, lepak dengan family ka, buat kerja sendiri ka apa ka.

Nampak?

Tapi demo #kitalawan ialah cause parti. Bukan cause rakyat.

Memang. PKR cuba menterjemahkan demo #kitalawan kepada cause rakyat. Tapi sayangnya ia memang bukan cause rakyat. 

PKR sendiri sudah ada jalan strategik untuk bebaskan Anwar. Korang mohon pengampunan. Korang mohon Anwar dibenar untuk hadiri sidang parlimen. Itula jalan-jalan yang tepat untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jalan-jalan demo tidak mampu membebaskan Anwar kerana kehadiran yang berhimpun bagi menyatakan desakan kepada kerajaan agar bebaskan Anwar adalah sangat kelakar.

Sekali lagi aku ulang. Aku bukan nak sabotaj demo #kitalawan. Aku menghormati dan meraikan kepelbagaian.Tapi convert demo #kitalawan kepada jatuh Najib atau mengkritik sistem kehakiman yang sangat tidak adil semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat tidak akan berjaya menarik perhatian orang untuk turut serta.

Pendapat aku secara peribadi. Berhenti buat kerja bodoh. PRK Sarawak akan diadakan. PRU lagi 4 tahun. PAS dan DAP bergolak sesama sendiri. Focus kepada penyatuan parti. Kuatkan kesatuan dalaman korang dulu sebelum sibuk ajak rakyat turun untuk bersatu dalam demo. Parti pecah belah dan sibuk bercakaran sesama sendiri tak layak seru rakyat untuk turun mana-mana demo sekali pun. Sedar la diri tue sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...