Jumaat, 6 Mac 2015

Rumah Rakyat Diroboh, Penduduk Dipenjarakan.


"Siri2 kekejaman Kerajaan BN. Saki baki rumah orang melayu berusia 40 tahun di pekan Matau Jengka yang dimusnahkan oleh Majlis Daerah kelmarin. Penduduk yang mempertahankan tanah adat mereka di penjara. Kerajaan BN tidak pernah bersimpati dengan nasib rakyat. Kita mesti fokus menentang kedurjanaan mereka!".





Berikut di atas adalah petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mazlan Aliman menerusi laman rasmi facebooknya.





Ini pula gambar2 kejadian.








Ada beberapa perkara yang aku rasa sedih bila membaca penyebaran insiden berkenaan oleh Mazlan Aliman.





Pertama. Aku marah sangat rakyat sering menjadi mangsa dalam isu tanah. Kat mana-mana pun sama.





Kedua. Aku marah sangat bila dapat tahu penduduk yang mempertahankan tanah dan hak mereka dipenjarakan.





Ketiga. Posting yang membahaskan masalah rakyat ini TIDAK VIRAL. Posting yang pemimpin PAS saling kutuk mengutuk serang menyerang antara satu sama lain VIRAL pula. Aku tak salahkan pimpinan PAS. Tapi rakyat la. Ada banyak isu. Jika kau nak sebarkan isu2 pimpinan PAS bertekak apa salahnya kau sebarkan isu2 yang membabitkan masalah rakyat sekali? Setakat neh hanya 61 orang aje yang SHARE. Sedangkan isu neh sangat penting. Masyarakat kita perlu tahu dan didedahkan dengan kezaliman yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap sesetengah rakyat.





Keempat. Di saat pimpinan PAS kalut bergaduh antara satu sama lain, ada juga pimpinan PAS yang peka dan turun padang membahaskan masalah rakyat. Mazlan Aliman neh aku suka tapi sayang orang2 macam dia susah mendapat tempat di dalam PAS. Kalau jenis tak buat kerja bersepah la ramai penyokong. Jenis yang buat kerja mesti susah nak dapat penyokong. Aku pun heran. Aku tatau lagi kenapa macam tue. 





Berbalik kepada tajuk artikel. Jika ini rumah kau, tanah yang kau usahakan selama bertahun2, dan telah cuba memohon berkali2 tetapi dinafikan hak kau kerana kau bukan kapitalis dan tidak kaya hanya berbekalkan usaha dan semangat apa perasaan kau bila ditindas sedemikian rupa oleh kerajaan hanya kerana kerajaan memilih untuk menilai kemampuan seseorang berdasarkan kepada berapa banyak wang yang dia ada dalam poket?





Kesian kan. Sudah la melawan kerana pertahankan hak sendiri. Dipenjara pula. Dan takde sesiapa pun di luar sana yang mahu peduli dengan nasib yang menimpa. Almaklumla. Hanya rakyat biasa yang tertindas. Bukan la pemimpin mana-mana parti pun. Lue fikirlah sendiri.





Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...