Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Mac 2015

Yuran Kad Debit Pun Ada GST Juga?

Hak ala.


Aku syak. Syak saja la. Semua perkhidmatan di bank tertakluk GST. Aku tak pasti tentang ganti kad lama kepada kad baru. Sebab setahu aku la aku buat percuma je. Bagi Maybank. Kalau bank2 lain aku tak sure sangat. Sebab aku paling aktif dengan MBB dan BIMB maka aku boleh cakap la atas pengalaman.

Kalau dah tukar kad ialah percuma. Maka mestila 0.00 pun caj GSTnya sebab tak dicaj. 

Tapi ini berbeza kalau kita hilang kad. Memang kena bayar 10.00 paling rendah untuk buat kad baru. Dan bila kad ini dibuat baru, maka kena la GST. Ini la yang dipanggil caj. Maka caj inila akhirnya dikenakan GST nanti oleh kerajaan.

Kalau kad kita hilang angkara kecurian. Kena cukai lagi. Mesti sakit ahti kan?

Lepas tue kita setiap tahun akan dipotong oleh pihak bank atas perkhidmatan kad debit. Ini pun kena caj GST lagi.

Aku macam keliru sikit kat sini.

Apa logiknya kerajaan nak menGST kita atas simpanan kita melalui yuran kad debit?
Apa logiknya kerajaan nak menGST kita atas duit2 yang kita keluar thru MEPS?
Apa logiknya kerajaan nak menGST kebanyakkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BANK terhadap kita?

Dia sedar tak yang kita berurus-niaga dengan bank bagi memudahkan urusan sehari-hari kita.

Takan ini pun kerajaan nak amek kesempatan?
Tak cukup pihak bank bayar cukai tahunan.
Dia mahu rakyat bayar cukai sebagai pengguna yang melanggan perkhidmatan bank sama ka?

Bukan kah ini bermaksud 2 kali mencukai?
Satu amek atas keuntungan bank.
Satu amek dari rakyat secara directly.

Dan dalam sedar tak sedar pentingnya peranan bank neh pada kita bukan sahaja kerana pembayaran gaji bahkan pinjaman pun keluar masuk guna account bank. Kita simpan duit nak p haji pun guna bank. Kalau buku bank tabung haji hilang. Bukan sahaja kita kena bayar duit untuk buat buku baru bahkan dikenakan GST lagi. Apa semua neh?

Sana GST.
Sini GST.
Situ GST.

Semak la wei.
Semak!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...