Khamis, 5 Mac 2015

Dr. Dzul Kena Belasah Ramai2 - Konflik PAS Makin Bergolak - Jika Ada Konek Sila Lawan Hadi Depan2.


Dibelasah selepas subuh. Kejadian itu juga dikaitkan dengan insiden kereta Dr. Hatta yang dibakar baru2 neh. Pada aku perkara neh memang pelik. Aku macam keliru sikit nak main tuduh2 sebarangan. Tak kisah la tuduh sapa2 pun. Pada aku. Biar polis jalankan siasatan.

Ini info tentang kejadian.

Pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.


Berdasarkan maklumat diterima, Dzulkefly dipukul ketika masih berada di dalam kereta, dan sebelum itu beliau memandu keretanya masuk ke perkarangan rumahnya sebaik saja pintu pagar dibuka.

Dzulkefly ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau sedang membuat laporan polis dan akan bercakap kepada media kemudian.

Dalam pesanan melalui WhatsApp kepada Kamarudin yang dihantar kepada The Malaysian Insider kemudiannya, Dzulkefly menjelaskan beliau bertakbir beberapa kali ketika diserang dengan kayu oleh orang berkenaan.

"Saya keluar dari kereta untuk melawan balik dan mereka kemudian melarikan  diri. Saya nampak mereka menuju motosikal yang mereka letak kira-kira 100m di hujung jalan dari rumah," kata Dzulkefly dalam pesanan itu.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa "sudah hilang hormat" terhadap golongan ulama.

Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya ketika bercakap kepada The Malaysian Insider.

Dzulkefly berkata: "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Beliau berkata, kenyataan itu tidak berapa jelas sehingga orang menganggap beliau tidak hormat kepada semua ulama.

Katanya, bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormat, ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun, dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya. -TMI.


------------

Pada aku la kan.

1. Bab label melabel neh terpakai kedua semua pihak. Samada pro Hadi atau pro Mat Sabu. In fact aku sendiri pernah dengar melalui telinga. Bukan sekadar bacaan.

2. Sebab tue pada aku Dr. Dzul perlu jujur dalam menghukum.

3. Bab kena bantai aku takmo cerita banyak. Bila tatau buat cara tatau. Menuduh sebarangan pun bukan dapat apa. 

4. Apa yang aku nampak konflik PAS menjadi2 selepas Kajang-Movie. Kajang-Movie triggernya.

5. Sepertimana aku, penyokong PR, pengundi Kajang, Khalid Ibrahim, PAS juga adalah mangsa angkara Kajang-Movie.

6. Perpecahan dalaman PAS pada aku hanya ada satu kata pemutus. Samada pro ulama atau pro progresif yang tinggalkan parti. Takan ada jalan lain lagi selain dari ini kerana masing2 telah berpatah arang berkerat rotan dalam mempertahankan idelogi, pandangan, pendirian, keputusan dan pendapat masing2. Masing2 enggan mengalah. Enggan berlapang dada. Gunakan media serang sesama sendiri label melabel dan sebagainya.

7. Yang Nik Abduh buka cerita barua. Hanifa konon nak tunjuk cerdik. P lawan Nik Abduh guna media. Maka orang nampak la. Hanifa vs Nik Abduh. Hanya VS sahaja akan gunakan media. Kalau tak VS maka kita calling2. Hello Nik Abduh.. siapa yang awak kata barua tue.. saya ke? Khalid samada ke? Dr. Dzul ke? Mat Sabu ke? Sebab kami pro PASMA dan pro Anwar ek? Alah.. tak baik tau.. terasa aiiii.

8. Bersepah2 serangan DAP dilemparkan ke atas PAS dalam isu hudud. Geng2 pro PASMA sikit pun tak jawab dan ulas. 

9. Even aku sendiri serang PAS isu hudud. Disebabkan kecelaruan parti itu sendiri.

10. Tapi apakah peranan geng2 progresif dalam PAS? Bila aku berhujah dengan ahli2 PAS. Bahawa pimpinan PAS itu sendiri tidak mahu melaksanakan hudud. Mereka marah aku kaw2 di whatsapp.

11. Tapi aku boleh predict la mana satu pimpinan PAS yang non-favor hudud. PAS bercakap tentang penolakan UMNO dan DAP kepada hudud tapi adakah PAS sedar bahawa pimpinan mereka sendiri tidak pro kepada pelaksanaan hudud?

12. Dan ditambah pula dengan perpecahan yang semakin memuncak. 

13. Dr. Dzul pada aku ialah individu yang baik dan bagus dalam PAS. Tapi sayangnya dah kena virus PKR.

14. Kenapa aku kata dia baik? Sebab aku sendiri banyak kali encounter dengan mereka2 yang memuji khidmat Dr. Dzul sebagai wakil rakyat ketika dia menjadi wakil rakyat dulu2. Mereka2 ini rakyat biasa. Aku percaya pada pengalaman dan yang terkesan. Memang Dr. Dzul jenis buat kerja. Bila aku baca twitter2 dan lihat perbahasan dia dalam parlimen pun aku tahu dia pimpinan yang buat kerja. Dalam PAS orang yang bahas isu ekonomi sangat kurang. Dr. Dzul antara yang berkemahiran dalam ekonomi.

15. Aku tak pasti sejak bila, kenapa dan bagaimana Dr. Dzul yang baik dan boleh buat kerja ini dijangkiti virus PKR. Tapi aku pernah berbahas isu Kajang-Movie dengan Dr. Dzul di twitter. Dr. Dzul sangat mempertahankan PKR menukar MB. Dan aku mempersoalkan Dr. Dzul. Yang pada akhirnya dia memilih untuk tidak berjawab selepas reply sekali point aku. Kat situ aku dah boleh nampak. Jadi pemimpin yang baik dan boleh buat kerja juga akan jatuh sakit kalau virus masuk badan.

16. Cadangan aku kepada pelawan Hadi gunakan muktamar untuk calonkan individu yang korang rasa layak untuk jadi presiden.

17. Tak perlu lakon suci atau playsafe lagi sebab aku meluat.

18. Jangan main propaganda lagi sebab aku turut rasa meluat. Balik2 ulang drama swasta UG. Balik2 ulang drama PAS mesti bersama PKR dan DAP. Kalau aku tak salah jangkauan, penyatuan bersama PR bermaksud mengekalkan kepentingan kau semua kan? Ke macam mana?

19. Jika pimpinan PAS ada konek. Sila lawan Hadi depan2. Dalam pemilihan. Jika ada konek la. AJK-AJK PAS PUSAT. Aku ulang. Jika ada konek, lawan Hadi depan-depan.

20. Kempen depan2. Nak ganti presiden. Nak tukar pimpinan.

21. Kutuk mengutuk belakang2 bukan budaya yang parti Islam atau AJK2 yang dok dalam parti Islam patut bawa.

22. Dalam pada mengkritik ulama yang mengutuk dan melabel sedar kah kita sendiri pun mengutuk dan melabel orang. Islam tidak hanya berkata larangan mengutuk itu terpakai ke atas ulama pun. Ia berkata semua orang samada ulama atau non ulama. Muslim atau non muslim sekalipun in order untuk hidup bermoral di dunia ini.

23. Kalau nak kutuk pun gentleman la. Kutuk depan2 sebut nama jangan kias-kias. 

24. Ini kat depan media sesetengah pimpinan PAS progresif lakon suci bajet alim nak mampos.

25. Sebijik macam perangai UMNO yang suka jual agama dan buat aku rasa meluat.

26. Sejujurnya. Aku pro kepada tukar Hadi. Tapi aku tak pro pada fraction Mat Sabu. Boleh kata kedua2 kumpulan utama dalam PAS neh buat aku rasa meluat.

27. Oleh kerana kau semua masing2 taknak mengalah. Maka sila la bertanding secara terbuka dan lawan Hadi depan2. Jangan sembang kencang dan huha2 tak tentu hala je. Btw. Kepada pro Hadi. Ada perlawanan dan persaingan dalam apa2 jawatan tertinggi dalam PAS bermaksud parti korang sihat dan flexible. Bila sesiapa tidak mahu mencabar jawatan seperti jawatan presiden bermaksud parti kau mengamalkan sikap hierarki yang mendahulukan sentimen berbanding kelayakan dan kemampuan dalam mentadbir. Sejak bila jawatan presiden PAS tidak dicabar? Itulah bermula saat PAS mulai rosak secara beransur2. Faham?

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...