Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Februari 2015

Isu Sambut Thaipusam - JAKIM Pertahankan Kehadiran Najib, Tidak Langgar Hukum Syarak.


Kalau ikut cerita pegang anjing hari tue kan, semua kena ikut satu pandangan aje. Sapa2 yang tak ikut pandangan tue macam aku dah confirm sesat, murtad, rosak akidah, liberal, freemason, kpop semua cukup.

Hish. Yang Najib hadir Thaipusam pun kena la begitu juga.

Satu pandangan dah cukup. Itulah syarat hidup di Malaysia. Muslim Malaysia perlu patuh pada satu pandangan semata-mata. Samada nak ikut pandangan mufti Perlis dan Perak iaitu MAZA dan Harrusani ke atau ikut pandangan JAKIM. Salah satu kumpulan dari mereka mesti ada yang perlu disesatkan, dikafirkan, dilaknatkan, dirosak-akidahkan, diliberalkan dan difreemasonkan. Ayuh pilih, nak kutuk yang mana.

KAH KAH KAH

BTW. Jakim macam biasa dan macam selalu. Memang tugas mereka membetulkan dan membenarkan tindakan pemimpin. Rakyat pergi demo itu lagi haram dari Najib yang sambut Thaipusam. 

FAHAM TAK KORANG SEMUA ?

KAH KAH KAH

Baca ;

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lepas tidak menyalahi hukum syarak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu diperjelaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

"Kehadiran perdana menteri di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis itu berlangsung. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan.

"Selaku ketua kerajaan, perdana menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengenai pakaian yang dipakai perdana menteri semasa majlis itu, Othman berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

"Saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat," katanya.

Selasa lepas, Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, kurta berwarna krim.

- Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...