Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Februari 2015

Anwar Didapati Bersalah Kerana Meliwat - Dijatuhkan Hukuman Penjara 5 Tahun - Gambar2 Anwar Menuju Sungai Buloh.

Gambar Anwar yang dibawa ke penjara Sungai Buloh ketika ini.


Tengah hari tadi hakim membaca keputusan dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 7 tahun yang lepas. Keputusan itu tidak dijangkakan ramai pihak kerana ada yang beranggapan bahawa Anwar telah berkompromi dengan Najib bagi mempertahankan serangan dari Mahathir. Ada juga tuduhan yang mengatakan Anwar sengaja beria-ria mahu membantu siasatan ke atas Daim atas kerana Najib dan Anwar telah berhubungan secara sulit. Sedangkan. Kalau kita ikut fakta kes, Anwar dan PKR telah mengkritik dan mempersoalkan Daim sejak tahun 2013 lagi. Sedang team Najib baru petik pada akhir tahun 2014.

Itu kalau ikut kronologi la. Kalau sungguh pun depa kawtim depan2 atau belakang2 itu cerita lain cuma dari segi fakta kes ia tak kena dengan tuduhan orang ramai ke atas Anwar dan Najib.

Dan selepas mahkamah ditangguhkan selama satu jam, hakim memutuskan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar kekal dan Anwar akan dimasukkan ke dalam penjara bermula pada hari ini.

Dan aku melihat ada yang bersuka ria atas keputusan tersebut. Bukan dari kalangan BN. Tapi dari kalangan pro rakyat. Pada mereka bagus sangat Anwar ke dalam sebab ia mungkin boleh mencetuskan revolusi. Aku dulu pernah ada pendapat begini. Tapi aku dah meninggalkan pendapat ini selepas aku sedar aku sebenarnya tersasar jauh. Mengharapkan orang lain untuk berkorban bagi membolehkan revolusi berlaku, itu sebenarnya tidak betul.

Masa terbuang dalam penjara selama 5 tahun. Atas tuduhan entah betul entah tidak tapi bila ikut jalan cerita nampak sangat fitnahnya. Dan boleh pula sesetengahnya rasa seronok atas nama ia mungkin mencetuskan revolusi. Pada aku kalau ko nak revolusi ia mesti bermula atas kehendak diri dan atas pengorbanan kau sendiri. Jangan harap pada orang lain atau mensasarkan pihak lain seperti sesetengah pihak yang sasarkan Anwar patut ke penjara untuk revolusi atas jalanraya. 

Masa, usia dan kebebasan Anwar pula bagaimana? Jika itu bapa kau, anak kau, menantu kau, adik beradik kau, ahli keluarga kau pula bagaimana? Itu sebab aku kata tadi. Untuk ber-revolusi perlu bermula dari diri sendiri. Jangan mangsakan pihak lain, jangan nayakan pihak lain dan jangan halalkan tindakan ke atas pihak lain bagi memudahkan matlamat kau. Sepertimana ianya salah untuk parti politik memangsakan rakyat dalam mencapai matlamat peribadi mereka seperti itu juga salahnya kita jika kita mangsakan Anwar untuk mencapai matlamat peribadi kita. Maaf. Aku takan bersetuju. Dan ini bukan revolusi. Ini sebenarnya kita amek kesempatan di atas kesusahan yang dihadapi oleh orang lain dan kita convert jadi revolusi untuk mencapai maksud peribadi. 

Mungkin convert itu tidak salah. Tapi bagi aku convert itu nanti boleh dipertikaikan atas nama matlamat di kemudian hari. Aku harap Anwar bertabahla. 5 tahun bukan senang. 5 tahun mungkin masa terbaik untuk kaji kesilapan dan perbaiki diri. 5 tahun yang mendatang, Anwar yang sekarang mungkin bukan Anwar yang sama lain. Siapa tahu, Anwar yang kita kenali sebenarnya semakin baik dari segi idelogi politiknya dan lebih bersih pula halatuju dan matlamat perjuangannya. Semua orang ada turun dan naik dalam kehidupan. Semua ada ada masa silam yang ingin disorokkan. Dan semua orang ada keputusan masa silam yang disesalkan. Aku harap Anwar akan gunakan kesempatan ini untuk melatih diri menjadi seperti seseorang yang aku harapkan. Insya-Allah.

Gambar : Lambaian terakhir penyokong Anwar yang melihat Anwar dibawa oleh kenderaan pacuan 4 roda polis ke penjara Sungai Buloh.
 


-----------------------------



Mahkamah Persekutuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ini apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini ;

After reading for two hours, Justice Arifin arrives at the guilty verdict. The judge says there is overwhelming evidence that Saiful was sodomised by the accused because there is overwhelming scientific and corroborative evidence. Based on the facts of the case, Justice Arifin holds that Dr Mohd Osman Abdul Hamid from Pusrawi Hospital was not telling the truth when claiming in his medical report that plastic objects were inserted into Saiful's anus.The judge said the Kuala Lumpur general hospital doctors did not draw similar conclusions.Justice Arifin says Anwar did not dispute that he was in the condominium and that Saiful was also there."We hold there is no merit in the complaint of political conspiracy. A mere denial (from Anwar) does not mean it could be accepted. A political conspiracy allegation remains unsubstantiated," he adds. 

-----------------------

Makanya, hakim kata barisan peguam Anwar gagal buktikan wujudkan konspirasi bagi menjatuhkan karier politik Anwar sepertimana Anwar tidak menafikan bahawa keberadaan dia dan SBA di dalam kondominium tersebut. Penafian oleh Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan bukti semata-semata bagi membela diri.

Kes neh songsang dari A sampai Z.

Pertuduhan untuk sodomi tanpa rela ialah S377C. Tapi Anwar didakwa di bawah pertuduhan S377B iaitu untuk sodomi (dengan rela).

Kalau aku tak silap ingat, peguam bela Anwar ada mempertikaikan hal ini sewaktu dulu.

Kerana didakwa dibawah syeksen 377b maka SBA pun kena dakwa sama. Apa bingai hukum Anwar dan tinggalkan Saiful disitu. Nampak?

Selepas disabitkan bersalah (keputusan kekal) oleh hakim mahkamah persekutuan, Anwar memeluk Wan Azizah dan bercakap dengan ahli keluarganya. Anwar juga menyampaikan pesanan kepada cucunya agar terus bersekolah, ingat apa yang dia dah katakan sebelum ini. Dan selepas keputusan dibacakan oleh hakim, penyokong2 Anwar di luar perkarangan mahkamah ada yang bersegera berdoa meminta pertolongan. Ada juga yang sedih dan keliru.



Pun begitu, mahkamah ditunda selama satu jam dan keputusan hukuman untuk Anwar masih belum dibacakan. 

Berita akan dikemaskini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...