Selasa, 27 Januari 2015

Zahid Hamidi Kantoi Lagi - Kali Ini Polis Pula Dedahkan Paul Phua Dilarang Memasuki Malaysia.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Hadoiii.. satu persatu Zahid Hamidi kantoi.

Kronologi kekantoian Zahid Hamidi.

- China Press dedahkan Paul Phua disokong oleh salah seorang menteri tertinggi di Malaysia dalam kes pendakwaan terbaru Paul di New York.

- Akhbar China melaporkan perkara berkenaan kerana Paul Phua penjenayah profil tinggi dalam kes-kes jenayah yang berkaitan judi dan judi bola sepak.

- China pernah menghukum (tidak tegas) dan menghalau Paul keluar dari Macau selepas Paul terbabit jenayah di negara berkenaan.

- Kemudiannya, apabila media mereka mendapat tahu Paul mendapat sokongan melalui menteri di Malaysia, negara asal tempat kelahiran Paul, mereka melaporkan perkara berkenaan. Aku syak saja. Ini berlaku kerana hukuman yang dikenakan kerajaan China ke atas Paul dipersoalkan oleh beberapa pihak. Di samping itu, ia juga menjadi tanda tanya bagaimana seseorang penjenayah boleh dikaitkan dengan kerajaan Malaysia merujuk kepada kenyataan dalam surat berkenaan 'Paul membantu kerja-kerja berkaitan keselamatan di Malaysia'.

- Selepas perkara berkenaan kecoh di Malaysia dan tindakan Zahid Hamidi dipersoalkan oleh banyak pihak, Zahid tampil membuat kenyataan bahawa surat berkenaan bukan surat sokongan dan kabinet telah menerima penjelasannya. Lagipun menteri terdahulu juga pernah melakukan perkara yang sama.

- Namun Zahid sekali lagi kantoi apabila PDRM dan KDN dan kabinet mengakui bahawa mereka tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan dan isi kandungan surat berkenaan. Bahkan kementerian luar negeri juga tidak mengetahui. Surat berkenaan tidak melalui protokol rasmi kerajaan Malaysia.

- Dan Zahid bertambah-tambah kantoi apabila Hishamuddin dan Syed Hamid Albar mendedahkan mereka TIDAK pernah menulis apa-apa surat sokongan kepada mana-mana pihak dalam apa jua cara. TIDAK.

- Dan kini Zahid semakin tertekan apabila sumber dalaman polis meluahkan kekecewaan mereka menerusi media. Yang pertama mengenai bagaimana Zahid menafikan laporan siasatan PDRM ke atas Paul Phua. Yang kedua mengenai bagaimana Zahid tidak peka bahawa Paul Phua pernah bersabit kesalahan jenayah di negara ini dan dilarang memasuki Malaysia pada tahun 2008.

Aik. Di larang memasuki Malauysia pada tahun 2008 tapi Zahid pula nak bawa dia masuk Malaysia pada tahun 2014? Apa cerita neh woi?

Rujukan : sini.

Baca : Polis kecewa dengan tindakan Zahid Hamidi

Baca : Bukan surat sokongan? Tapi kena minta FBI benarkan Paul kembali ke Malaysia?

Baca : Hishammudin kantoikan Zahid Hamidi!

Baca : Blogger UMNO dedah dalang surat yang menyebabkan Zahid terperangkap.

Macam aku sebut sebelum ini. Zahid dan PDRM sebenarnya terperangkap dengan tindakan Zahid.

Jika Zahid kata melalui kuasa yang dia ada dia berhak menghantar surat tersebut dan isi kandungan surat berkenaan adalah benar seperti yang dia tuliskan, ini bermaksud dia menafikan laporan PDRM.

Jika laporan PDRM adalah salah, silap, tidak betul, hasil siasatan mereka ke atas Paul Phua boleh dianggap fitnah, dan masyarakat akan mempertikaikan kredibliti PDRM. PDRM tidak mempunyai imej yang baik di Malaysia atas sebab itu adalah amat memalukan sekali untuk PDRM membiarkan kredibliti mereka dicalarkan oleh menteri mereka sendiri.

Jika hasil laporan PDRM salah, sehingga kini PDRM tidak membuat kenyataan atau melakukan apa-apa bagi membetulkan kandungan laporan yang menjadi rujukan FBI. Ini bermaksud secara tak langsung PDRM mempertahankan laporan siasatan mereka.

Dan jika Zahid Hamidi mahu menafikan hasil siasatan PDRM, kenapa Zahid Hamidi hanya gunakan surat tanpa mengemukakan sebarang bukti, dokumentasi, hujah dan dalil bagi menafikan hasil siasatan PDRM?

Nampak? 

Ia samada Zahid atau PDRM yang menipu dalam siasatan berkenaan Paul Phua. Kedua-dua tak mungkin betul pada masa yang sama. Melihatkan KPN enggan mengulas apa-apa ini cukup menunjukkan yang KPN mungkin memendam rasa. Melihatkan kepada tindakan polis menggunakan media menghentam Zahid Hamidi secara halus ini jelas menunjukkan yang PDRM terasa dengan tindakan Zahid Hamidi. Bahkan PDRM langsung taknak respon tentang kenyataan Shafee yang terang-terang menempelak hasil siasatan PDRM tentang Paul Phua.

Apa neh?

Polis Malaysia takde maruah ke?

Orang kutuk korang terang-terang depan media, takde apa perasan ke?

Kalau rakyat yang kutuk laju2 kena dakwa, betul tak?

Tapi sebab individu high profil yang kutuk korang, maka tahan je dalam ahti dan laju2 ketap bibir je la kan?

Betul tak?

Dah memang dasar.. kena la tue. SEPADAN!

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...