Isnin, 26 Januari 2015

FOBN Kantoi Fitnah Lagi - Kapal Selam Tak Boleh Menyelam Bukan Fitnah Tapi Fakta, Ini Buktinya.

Korang perasan tak apa yang aku perasan?

Setiap kali cerita ceriti mengenai azan hanya akan berlaku di Penang semata-mata. Seolah2 hanya di sana sahaja ada orang cina. Macam lah kat tempat lain takde orang. Dan seolah-olah cina kat sana terlalunya kiasu sampaikan azan pun dorang pertikaikan. Yang peliknya. Semua ini berlaku hanya selepas DAP mentadbir Penang. Seolah2 sebelum ini cina GERAKAN sangat suci, murni dan baik terlampau menjaga hak orang melayu.

Perasan tak?

KAH KAH KAH

Selepas kantoi isu azan, kali neh geng2 BN kantoi plak dalam isu kapal selam.

Dalam isu azan boleh baca sini : Larangan azan di beberapa buah masjid di Penang adalah fitnah.

Fitnah terbaru geng2 BN terhadap DAP berkisarkan isu tentang kapal selam yang dulunya kecoh menghadapi masalah teknikal kerana kegagalannya untuk menyelam.

Ini apa yang mereka kata ;


Untuk rekod, FOBN dah block aku.

- Bukan aku maki hamun

- Bukan aku sebar fitnah

- Bukan aku merepek atau spam

Aku hanya bagi fakta dengan menggunakan ayat paling suci dan sopan nak mampos sampaikan aku sendiri nak muntah baca itu pun aku kena ban. Dari pemerhatian aku, aku syak dia tahu itu aku so dia ban sebab aku.

KAH KAH KAH

Kalau kat page2 pro PR pula selalunya aku suka provoke dan cakap kasar gila macam aku yang sebenarnya la kan. Itupun jarang2 kena ban. Ada la satu dua page gila yang tak boleh terima fakta dia ban. Selalunya kalau aku bagi fakta, aku akan tulis elok2. Tak kasar2. Kalau aku provoke itu lain cerita. Dan setakat ini aku di ban sebab bagi fakta. Kalau time aku provoke, sekor admin pun tak ban aku. Kat situ boleh nampak kan mentaliti admin page macam mana kan? Asal bagi fakta, laju2 ko ban. Kalau merepek ko biar aje. Sengal punya admin page.

KAH KAH KAH

Berbalik kepada tajuk asal, aku perhatikan, FOBN dan ramai malaon2 UMNO neh dah sasau dan kemaruk nak menfitnah. Bukan aku pertikaikan bab dorang kritik pembangkang. Tapi aku pertikaikan bab point. Kalau ko nak kritik pembangkang, biar isu tue jelas dan benar2 berlaku sepertimana yang kau sebarkan. Ini tidak. Karang ayat cantik2 semata-mata untuk sebarkan fitnah dan serap kebencian orang terhadap pembangkang. Dan semenjak dua menjak neh DAP memang menjadi 'bahan' kepada BN kerana mereka nak mengalihkan tumpuan terhadap pertempuran dalaman BN khususnya UMNO yang melibatkan team Mahathir VS team Najib kepada memecahkan lagi hubungan PAS dan DAP yang kita lihat dari hari ke hari semakin keruh dan buruk.

Dan seperti yang kita sendiri tahu, PAS dan DAP memang dah gila nak bercerai apabila masing2 semakin sasau bergaduh sesuka ahti melibatkan media.

Di saat PAS dan DAP sasau bergaduh, kita lihat PKR parti baling kerusi semakin ke depan membawa permasalahan2 rakyat seperti isu 1MDB, PLKN, GST, AP makanan import, pengiraan subsidi minyak dan sebagainya.

PAS buat apa?
DAP buat apa?

Gaduh sampai mampos. Dari isu kaum kepada agama. Aku harap kedua-dua parti tue bubar lagi bagus. Hidup macam tak hidup. Ada tapi tak menjalankan peranan sebagai pembangkang. Sebangang-bangang PKR yang baling kerusi itu sekalipun, dorang lebih banyak jadi kontroversi dan highlight di media sebab bahas permasalahan rakyat di negara ini.

Tak guna kau jadi parti lama bertahun-tahun tapi perangai buruk mengalahkan parti baru macam PKR tue. Ada otak, fikirla sikit DAP dan PAS tue pun oi.

Mengulas tentang kronologi kapal selam yang gagal menyelam, orang2 BN perlu difahamkan tentang jalan cerita ini.

Pertama. Berita mengenai kapal selam yang gagal selam masuk dalam media massa. Ia bukan cerita fitnah.

Rujukan ; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm

 
Kedua. Ketika kapal selam itu tidak boleh menyelam dan mengalami masalah teknikal, pembangkang termasukla DAP sekalipun mempersoalkan insiden berkenaan pada ketika itu. Pada ketika kejadian sedang berlaku.

Maksudnya. Time kapal selam itu rosak, masa tue pembangkang dapat info, so dorang kecoh minta penjelasan dan mahu kerajaan menjelaskan apa yang sedang berlaku termasuk kos yang terlibat. Kerana ia melibatkan duit rakyat.

Selepas ianya siap dibaiki dan tiada masalah, tidak la pembangkang mahu kecoh-kecoh lagi apatah dijemput pula oleh kerajaan untuk merasai sendiri pengalaman naik kapal selam tersebut bagi membuktikan ia telah dibaiki sepenuhnya dan tidak rosak.

Bukannya mereka kecoh semalam, hari ini, esok, akan datang, dok ulang2 kapal selam tak boleh menyelam. Orang persoalkan ketika kejadian berlaku. Apa pula si FOBN bangang neh pi sebarkan benda yang dah settle secara elok?

Nampak tak kebodohan geng2 UMNO kat sini?

UMNO.. umno. Cuba-cuba la bawa kurangkan kebodohan korang tue. Walaupun aku tahu korang dan bodoh, dan fitnah dan ya seks juga berpisah tiada.

KAH KAH KAH

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...