Khamis, 29 Januari 2015

Ibu Sirul Uturn Nafi Laporan Harakah - Tak Pernah Cakap Mahu Sirul Pulang Ke Malaysia.

Sebelum ini ibu Sirul telah didatangi oleh wartawan dari Sinar Harian yang menerbitkan artikel bahawa dia mengharapkan kepulangan Sirul ke Malaysia.

Baca : Berharap Sirul kembali, Sirul kambing hitam kata Ibu kepada Sirul.

Laporan yang sama juga diterbitkan oleh Harakah apabila wartawan Harakah bersama Mahfuz Omar ketua penerangan PAS dan Suhaizan Kayat ketua pemuda PAS yang mewakili PAS secara rasminya mengatakan ibu Sirul berharap kepulangan Sirul ke Malaysia.

Namun lain pula yang diterbitkan oleh Malaysiakini menerusi laporan terbaru mereka.

Baca sekejap ;


Usaha untuk mengesan Piah Samat di kampung di Changkat Jering, Perak tidak sukar kerana beliau amat dikenali di kampung itu ekoran kes melibatkan anaknya, Sirul Azhar Umar.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam, wanita berusia 74 tahun itu baru sahaja pulang daripada mengaji al-Quran.

Beliau menyambut pemberita dengan perasaan sangsi ekoran laporan Harakah berhubung pertemuan pemimpin PAS dengan beliau.

Piah bagaimanapun masih mampu bercakap mengenai anaknya, bekas anggota komando polis yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Piah berkata, kali terakhir beliau bertemu Piah adalah ketika Mahkamah Rayuan membebaskan anak keempatnya itu daripada tuduhan.

“Kami mengadakan kenduri doa selamat untuknya ketika beliau pulang ke kampung,” katanya sambul menahan tangisan.

Menurut Piah, Sirul, 43, jarang pulang ke rumahnya kerana “sibuk mengiringi menteri”.

Sebelum penahanannya, Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi timbalan perdana menteri pada masa itu.

Ditanya sekiranya Sirul sememangnya bercita-cita menjadi anggota polis, Piah berkata anaknya itu ditawarkan jawatan selepas tamat peperiksaan SPM.

"Dia mahu menduduki semula peperiksaan SPM untuk dapatkan keputusan lebih baik namun dia ditawarkan pekerjaan dan berpindah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataannya seperti dilaporkan dalam Harakah, Piah kelihatan terkejut dan enggan mengulas mengenainya.

Laporan itu mendakwa, beliau berkata anaknya “dikhianati”.

Piah juga menafikan bahawa dia mahu anaknya kembali ke tanah air.

"Saya tidak pernah kata saya mahu dia balik.... Bukannya kita boleh percaya sangat akhbar,” katanya, merujuk kepada laporan Harakah.

Menurut Harakah, Piah berkata keluarganya berharap Sirul akan bebas walau disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Beliau didakwa menyatakan demikian ketika menerima lawatan ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

---------------------------

Okay.

Wartawan demi wartawan mencari ibu Sirul. Kesian orang tua tue nak melayani karenah wartawan yang datang seorang demi seorang.

Tak cukup dengan satu laporan, maka mereka datang dan datang dan datang sehinggakan perkara tersebut mungkin membuatkan ibu Sirul keliru ketika secara tiba-tibanya menjadi perhatian pihak media.

Apa-apa pun samada ibu Sirul berharap anaknya pulang atau tidak itu bukan subjek utama dan tak penting pun. Apa yang penting ialah luahan Sirul kepada ibu kandungnya. Dia menjadi kambing hitam dan dia merasa dikhianati oleh orang2 tertentu. Pengakuan Ibu Sirul dalam Sinar, dalam Harakah even wartawan Malaysiakini yang datang jumpa pun dia tak menafikan kenyataan demikian.

Itu point yang cukup penting untuk diperhalusi.

Dan jangan lupa baca pengakuan Razak Baginda. 

Baca : Saya dan Altantuya ada hubungan peribadi, Najib Razak tidak mengenali Altantuya dan kes pembunuhan tersebut adalah kes pembunuhan semata-mata.

Cubaan dia nak memperbodohkan umat bermula apabila dia ingat kita lupa ;

- Wajah suspek ditutup dengan kain sepanjang masa perbicaraan

- Altantuya digambarkan sebagai penterjemah dalam pelbagai laporan dan hasil soal siasat

- Rekod kemasukan Altantuya hilang

- C4 yang dibawa keluar

- Selepas dibebaskan, Razak Baginda menghilangkan diri dan sangat low profile

Apa? Dia tuduh kita terserap dengan naratif yang disediakan oleh pihak tertentu bagi mengaitkan kes tersebut dengan Najib Razak untuk menjatuhkan karier politik Najib sebagai timbalan perdana menteri ketika itu?

Macam la kita neh benak sangat sampai terhasut dengan persepsi secara membuta tuli. Macam la kita neh takde otak nak fikir secara fakta.

Selagi tak dijawab perkara-perkara yang mengelirukan dalam proses perbicaraan tersebut selagi itu sila bertahan dengan spekulasi liar dari rakyat marhaen. Segala-gala ini bermula apabila mulut yang menjawab persoalan, menjawab dengan penuh penipuan. Fikirkan tentang itu Razak Baginda.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...