Sabtu, 31 Januari 2015

Ini Rupanya Yang Ananda Krishnan Dapat Selepas Beri Pinjaman 2B Kepada 1MDB.


Rafizi menulis ;


Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari Ananda Krishnan untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB yang sudah tiga kali tertangguh. Dulu, Ananda Krishnan sudah mendapat durian runtuh kerana aset IPP dijual pada harga yang hampir dua kali lebih tinggi. Sekarang Ananda tambah untung dari faedah atas pinjaman yang diberikan. Lebih teruk, dilaporkan pinjaman dari Ananda itu beserta syarat bahawa beliau akan menjadi pemegang saham utama dalam syarikat tenaga 1MDB yang mahu disenaraikan.

Saya pun akan jadi billionaire kalau saya dapat layanan macam Ananda!

Di mana suara-suara yang dengan angkuh mengaku kononnya 1MDB ada aset yang cukup jadi jangan dibimbang walaupun hutangnya besar.

Sekarang telah terbukti hutang RM2 bilion pun tak boleh dibayar dan sudah kena jual harta, apatah lagi bila hutang itu RM41 bilion.

Gelagatnya sama seperti skandal lembu dan kondo dahulu. Mulanya dipertahankan sehingga ke titisan darah lembu terakhir tetapi bila sudah kantoi: saya yang dedahkan pula didakwa di mahkamah.

3 point penting yang Rafizi ketengahkan dalam penulisan di atas.

Yang pertama. Ananda sudah mendapat durian runtuh dengan menjual aset (perjanjian) IPP pada harga 2 kali lebih tinggi berbanding pada harga pasaran.

Yang kedua. Ananda Krishnan beri pinjaman dan akan mendapat faedah (riba) hasil dari pinjaman yang dia salurkan kepada 1MDB. Bagi 2b takan dapat 2b je kot as return investment, ye tak?

Yang ketiga. Selain mendapatkan faedah, Ananda juga bakal menjadi pemegang saham utama dalam syarikat tenaga 1MDB yang bakal disenaraikan. Itu sebagai syarat kenapa dia mahu beri pinjaman tersebut kepada 1MBD bagi membolehkan 1MDB membayar semula hutang-hutang mereka yang tertangguh sebanyak 2 kali lapor media (namun 3 kali seperti pendedahan Rafizi) kepada pihak pemberi pinjam iaitu MAYBANK dan RHB.

Sepertimana yang Rafizi sebut, persoalan ini juga terbit di minda aku dan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain sebenarnya. Satu je. Kalau betul 1MDB tiada masalah, memberikan keuntungan dan tiada masalah aliran wang tunai, kenapa syarikat berkenaan tidak mampu membayar semula hutang mereka kepada pihak bank? Kenapa syarikat berkenaan perlu meminjam untuk membayar hutang mereka? Kenapa mereka tiada wang untuk membayar hutang meskipun dilaporkan pelaburan mereka membawa kepada keuntungan?

Ada otak fikir la.

Walaupun penyokong UMNO bodoh, tetapi ingatlah. Bukan semua manusia di negara ini menyokong UMNO apatah lagi bodoh seperti mereka.

Fikir-fikirkan.

KAH KAH KAH

Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...