Isnin, 26 Januari 2015

Menteri Kantoi Menipu Lagi - Harga Rumah Naik 10% Selepas GST Dilaksanakan..


Jikalau ditanya Ahmad Maslan mengenai pelaksanaan GST Malaysia, semuanya indah-indah belaka ibarat di syurga dunia. Dengan GST, kebanyakan harga barang akan turun, manakala harga rumah akan naik sekitar sekitar hanya 1% hingga 2% sahaja.

Datuk Abdul Rahman Dahlan : Kenaikan harga rumah naik 2015 di malaysia sekitar 3%


Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) : kenaikan 1%-25 sahaja


Penganalisis hartanah : Kenaikan harga rumah 2015 naik di malaysia akan berlegar pada kadar 10% selepas pelaksanaan GST


Punca Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10%?
 

Kos bahan pembinaan akan meningkat

simen kena GST 6%
batu bata kena GST 6%
konkrit kena GST 6%
penilaian tanah kena GST 6%
laporan siasatan tanah (soil investigation) untuk menentukan kekuatan tanah kena GST 6%
yuran profesional bagi (arkitek engineer QS) pun kena GST 6% 


Pernah pemaju hartanah membuat jualan amal jariah dengan benar-benar memberikan diskaun kepada pembeli jikalau tidak mereka menyerap kesemua kos dalam harga sebenar yang dijual kepada pembeli?

Sekarang dapat dilihat pemaju perumahan sudah mula menawarkan pakej pembelian rumah yang dianggap mereka tawaran istimewa kepada para pembeli sebelum pelaksanaan GST kelak di mana sekarang ini dilihat rancak pembinaan para GST projek perumahan.





P/S : Angka yang ditimbulkan oleh penganalisis hartanah ini sangat jauh dengan pengiraan pasukan Ahmad Maslan yang dijangkanya 1%-2% sahaja.

-------------------------------------------------

Sumber rujukan : http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-rumah-2015-naik-di-malaysia

Portal BS (Berita Semasa) melaporkan bahawa ;

1. Penganalisis dilaporkan berkata harga rumah akan naik sehingga 10% selepas pelaksanaan GST.

2. Gila kot. Harga rumah sekarang memang dah mahal nak mampos. Nak naik lagi? Sekarang pun orang takde duit nak beli. Cuba buka portal CIMB. Berlambak2 rumah kena lelong. Orang tak mampu bayar. Kadang aku kesian juga tengok rumah2 lelong tue. Tapi itulah, kita kalau dah tak mampu tak payah beli rumah la. Elok jatuhkan kerajaan gila neh dulu. Haha.

3. Standard harga rumah sekarang market price mesti 100k ke atas untuk condo. Kalau landed 200k ke atas. Gaji plak sikit. Sedangkan kerajaan patut bina rumah untuk semua golongan. Kenapa hanya sasarkan perumahan untuk orang2 kaya? Orang2 tak kaya tak layak ke membeli dan memiliki rumah sendiri kat negara ini?

4. Kalau pun ada pembinaan rumah kos rendah, margin dia kecil sedangkan permintaan cukup banyak. Sudahla bina sikit, bina plak kat ceruk2 dan hulu2 sana. Lepas tue orang berebut2 nak beli. Sistem undi la apa la.. yang tunggu bertahun2 pun ada. Jangan2 ada yang mati ketika menunggu. Mana kita tahu kan.

5. Kalau aku jadi PM. Aku laju2 kenakan cukai yang paling maksima untuk pemaju2 hartanah yang bina rumah mahal. Biar dorang tertekan. Dan aku tak faham kenapa kerajaan kita sangat friendly dengan kapitalis. Yela. Aku tahu duit tue best. Tapi duit yang menteri2 kita ada kan dah sangat banyak. Berapa banyak lagi duit2 yang dorang nak sebenarnya untuk puaskan nafsu hidup masing2? Cuba la fikir2 sangat pada rakyat yang tertindas.

Siyes la. Kat mana-mana pun sama je sekarang. Harga rumah mahal. Perlu kah rakyat boikot jangan beli rumah ramai2? Biar pemaju bankrupt? Ke macam mana caranya untuk ajar kapitalis bangsat kat negara neh? Ada plan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...