Sabtu, 31 Januari 2015

Ananda Krishnan Pinjamkan 2 Billion Kepada 1MDB - Apa YG Dia Bakal Terima Dari Kerajaan?


Big boss Astro dan Maxis selain terlibat dalam pelbagai jenis rangkaian perniagaan yang lain, Ananda Krishnan dilaporkan telah meminjamkan sejumlah wang USD 550 juta ataupun RM2b kepada 1MDB bagi membantu syarikat pelaburan milik kerajaan itu membuat pembayaran balik kepada Maybank dan RHB.

Untuk rekod, sebelum ini media melaporkan bahawa ;

1. 1MDB telah terlepas membuat pembayaran semula sebanyak 2 kali dari tarikh yang sepatutnya.

2. 1MDB juga telah menukar pegawai tertingginya sebanyak 3 kali sepanjang masa 5 tahun beroperasi. Di samping menukar pegawai kanan yang bertanggungjawab jaga account syarikat sebanyak beberapa kali.

3. Hutang yang ditanggung oleh 1MDB ialah berjumlah 43 billion ringgit setakat hari ini.

4. Pada persidangan parlimen sesi pertama yang lepas, Rafizi telah mendedahkan bahawa hutang 1MDB telah dijamin oleh kerajaan namun ia dinafikan oleh Ahmad Maslan pada awalnya sebelum Ahmad Maslan meminta maaf dan menarik semula kenyataan asalnya apabila Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen yang mengesahkan kenyataan dia tentang hutang 1MDB telah dijamin oleh kerajaan Malaysia. Disebabkan itu juga Rafizi mahu merujuk Ahmad Maslan ke jawatankuasa hak kebebasan di parlimen namun selepas Ahmad Maslan meminta maaf secara terbuka, Rafizi membatalkan hasratnya itu.

5. Sebelum bekas CEO 1MDB meletak jawatan, Mohd Hazem Abdul Rahman dan digantikan dengan Arul Kanda pada 5/1 yang lepas, media telah melaporkan kegagalan 1MDB membayar hutang ikut jadual dan ini mungkin sebab utama kenapa Hazem memilih untuk melepaskan jawatannya. Secara tak langsung ia memberikan gambaran bahawa 1MDB menghadapi masalah sebab hanya syarikat yang bermasalah aje mempunyai masalah kewangan sehingga menjejaskan kemampuan mereka untuk membuat bayaran balik pinjaman bank.

Dan pada semalam menerusi laporan REUTERS dan NST dilaporkan bahawa Ananda Krishnan telah menyalurkan pinjaman sebanyak 2b kepada 1MDB bagi membolehkan mereka membuat bayaran ke atas pinjaman bank. Sedangkan sebelum ini Ahmad Maslan dilaporkan telah menyedut kembali pelaburan luar negara 1MDB secara berperingkat dan ianya kini disimpan menerusi bank tempatan.

Jika 1MDB telah berjaya menyedut kembali pelaburan luar negara mereka, kenapa tak gunakan duit tersebut untuk bayar semula pinjaman sedia ada?

Kenapa perlu menambah pinjaman sedia ada?

KENAPA PERLU BAYAR PINJAMAN DENGAN MEMINJAM?

Sebab itu Mahathir mendesak agar kerajaan mendedahkan di bank mana kah, apa buktinya, dan mana dokumentasi yang menunjukkan bahawa kerajaan telah menyedut kembali pelaburan luar negara mereka dan wang tersebut kini berada dalam negara.

Setakat cakap dah bawa masuk semua orang boleh cakap. Lebih-lebih lagi bila yang bercakap tue Ahmad Maslan yang dah terkantoi putar fakta di parlimen isu 1MBD oleh Rafizi Ramli. Adakah kita nak main percaya sewenang-wenangnya?

Memandangkan yang mendesak itu Mahathir. Minta tunjuk bukti. Maka secara halusnya kita dah boleh nampak sindiran tajam Mahathir. Mahathir memberikan petunjuk. Hint. Clue. Bahawa Ahmad Maslan sebenarnya 'tidak bercakap benar selagi mana dia tak tunjukkan bukti di manakah duit pelaburan yang disedut kembali itu disimpan'.

Berbalik kepada Ananda Krishnan. Tidak kah pelik jika dia sewenang-wenangnya memberikan pinjaman 2b kepada 1MDB?

Apakah pertukaran dan perjanjian perniagaan yang bakal dimeterai oleh mereka?

Adakah ianya membabitkan kepentingan dan hak rakyat?

Ananda ialah ahli perniagaan. Dia bukan dermawan ataupun sedang membuat kebajikan. Tak mungkin dia akan memberikan pinjaman sewenang-wenangnya tanpa mengharapkan sesuatu sebagai pulangan. Paling kurang sekalipun dia akan menganggap dia sedang membuat pelaburan dan sebagai pelabur sudah tentu dia telah kaji baik buruk pelaburan 2b yang mahu dia salurkan kepada 1MDB.

Dan bagaimanakah caranya dia mampu memanfaatkan pelaburan 2b itu sepenuhnya tanpa kerugian?

Ini yang menakutkan sebenarnya. Apabila kerajaan perlu bergantung kepada kapitalisma bagi melunaskan hutang perniagaan mereka. Ia bukan semudah Ananda Krishnan bagi pinjam 2b dan tamat. Selain dari memikirkan hutang 1MDB yang menimbun, hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, hutang 1MDB yang gagal dibayar semula, di manakah bukti pelaburan 1MDB telah dibawa masuk kembali, apa bukti 1MDB untung sedangkan pinjaman pun gagal bayar semula, kita juga patut fikirkan apakah kepentingan yang bakal diraih Ananda menerusi pinjaman tersebut.

Jangan main-main woo..

Ini kapitalisma punya sistem. 

Boleh buat kita semua mati wooo..

Terutamanya yang miskin dan tertindas..

Rujukan : http://malaysianreview.com/96377/ceo-1mdb-letak-jawatan-pengurus-bank-arul-kanda-ambil-alih/

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/reput-yang-membawa-runtuh-sakmongkol

http://www.malaysiakini.com/news/287502

http://www.malaysiakini.com/news/285547

http://www.malaysiakini.com/news/283397

http://www.malaysiakini.com/news/280860

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...