Khamis, 29 Januari 2015

#MH370 - Isunya Bukan Ganti Rugi, Isunya Waris Mahu Tahu Apa YG Terjadi Ke Atas MH370 - Peguam.


Sidang media khas mengenai perkembangan MH370 yang dijadualkan pada jam 3.30 petang siang tadi telah dibatalkan atas alasan kehadiran ahli keluarga mangsa. Jabatan Penerbangan Awam membatalkan sidang media yang dijadualkan di Putrajaya itu pada saat akhir dan menyebabkan ianya menjadi tanda tanya ramai pihak. 

Namun DCA tetap meneruskan sidang media tersebut namun kali ini dalam versi rakaman untuk edaran umum. 

DCA juga memaklumkan satu taklimat secara tertutup akan diadakan kepada ahli keluarga mangsa bagi memaklumkan perkembangan terkini tentang perkembangan kes kehilangan pesawat MH370.

Ini serba sedikit point dalam sidang media khas rakaman siang tadi oleh ketua pengarah DCA, Datuk Azharudin Abdul Rahman ;

1. Kerajaan Malaysia secara rasminya mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 adalah sebagai ' satu kemalangan' dan 'terlibat dalam nahas'.

2. Kesemua penumpang dan anak kapal yang menaiki penerbangan MH370 dianggap telah terkorban dalam nahas tersebut.

3. Malaysia menggunapakai protokol antarabangsa berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago bagi membuat pengisytiharan tersebut.

4. Menurut ketua pengarah DCA, dalam bab pertama dari Lampiran 13 konvensyen Chicago menyatakan bahawa istilah 'kemalangan' juga merujuk kepada situasi apabila pesawat hilang (tidak dapat dikesan, gagal ditemui, unable to locate / undetected).


5. Tambah Azharudin lagi, ia juga bermaksud apabila apabila usaha mencari dan menyelamat secara rasminya ditamatkan atau bangkai pesawat gagal dikesan. 

6. Azharudin menambah bahawa ia adalah berdasarkan analisis bahawa pesawat tersebut telah kehabisan minyak dan berakhir di selatan Lautan Hindi.

7. Pencarian dasar laut masih diteruskan (tetap diteruskan) dan operasi dilakukan oleh 4 buah jenis kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter dan melibatkan kawasan seluas 18,600 kilometer persegi.

8. Ketua pengarah DCA juga menyatakan punca kemalangan tidak dapat dinyatakan kerana tiada apa-apa bukti yang boleh menyokong kepada apa-apa spekulasi.

9. Susulan dari pengumuman tersebut, kerajaan juga memaklumkan pihak MAS bersedia untuk meneruskan proses pampasan dengan mengambilkira kesediaan dari pihak waris.

10. Kerajaan juga akan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung hak-hak waris kesemua penumpang termasuk anak kapal termasukla bayaran pampasan dan segala perkara berkaitan.

11. Ahli keluarga waris juga boleh membuat tuntutan dan proses selanjutnya dengan pengumuman tersebut.

----------------------

Dan sebenarnya, tadi di Awani, mereka akan menemubual seorang peguam yang berkongsikan pandangannya tentang pengumuman yang dibuat oleh ketua pengarah DCA, datuk Azharudin tadi. Aku tertarik la dengan point-point dia.

Apa yang dia sebut?

Pertama. Menerusi undang-undang Malaysia selepas 3 bulan, keluarga waris sudah boleh menuntut atau memulakan proses mendapatkan pampasan selepas kejadian.

Kedua. Menerusi undang-undang perjanjian antarabangsa selepas 6 bulan, keluarga waris sudah boleh menuntut atau memulakan proses mendapatkan pampasan selepas kejadian.

Ketiga. 3 bulan dan 6 bulan had masa yang ditetapkan telah berlalu jika merujuk kepada alasan pampasan sebagai punca kerajaan membuat pengisytiharan tersebut.

Keempat. Setakat ini pihak insurans telah pun mengeluarkan/membayar sejumlah USD 110 juta dollar sebagai pampasan awal dan telah pun dimasukkan ke dalam satu account.

Kelima. Setakat ini pihak MAS juga telah mengeluarkan pampasan segera berjumlah USD 50,000.

Keenam. Perkataan 'kemalangan' ini dihighlightkan seolah-olah penting bagi tujuan menuntut proses gantirugi. Sedangkan ini tidak benar kerana tuntutan gantirugi telah pun boleh dibayar ataupun diproses apabila pesawat tidak sampai ke destinasi selepas 2 hari dari tarikh pesawat sepatutnya tiba di destinasinya.

Ketujuh. Isunya bukan tentang gantirugi. Isunya ialah keluarga mahu tahu apa yang telah berlaku ke atas MH370.

Kelapan. Kehilangan MH370 masih belum jelas benar-benar merupakan satu kemalangan ataupun sebaliknya.

Kesembilan. Sampai bila kita boleh terus bergantung dengan alasan 'siasatan akan diteruskan, operasi pencarian akan diteruskan' dan apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan (bagi mencari punca nahas).

Kesepuluh. Lokasi pencarian MH370 ditentukan menerusi formula matematik dari satu syarikat yang berpengkalan di London. Boeing, syarikat yang bertanggungjawab membina pesawat tersebut dipercayai tahu di manakah pesawat MH370 berada dan kenapa maklumat sebegitu tidak dikongsikan kepada orang ramai.

Point peguam ini memang ada benarnya. Korang boleh lihat rakaman disini.

Sekarang bukan isu pampasan. Apa yang kerajaan buat pada aku ialah protokol rasmi bagi memuktamadkan kehilangan MH370 selepas tiada petunjuk baru selama berbulan-bulan lamanya. Dan aku syak keluarga waris syak kerajaan dah mula putus harapan untuk terus menjejaki mangsa kejadian. Itu yang mereka berdemo di China di depan kedutaan Malaysia.

Cerita tentang BOEING tue pula. Kalau korang rajin baca blog Chedet, dia ada ulas banyak kali. Aku baca point-point Chedet dan aku agak bersetuju sebenarnya. Boeing takan takde barang sedikit pun maklumat ke atas MH370? Kata pesawat ciptaan kau canggih dan gunakan teknologi terkini.

Sebenarnya aku dan ramai orang lain agak keliru. Macam mana pesawat tersebut boleh berlepas ke Lautan Hindi. Dan macam mana ia boleh dikatakan telah berpatah balik. Dan kenapa sampai sekarang kita gagal menemukan walaupun satu, hanya satu, setakat satu clue sekalipun bagi membenarkan spekulasi kita bahawa pesawat tersebut telah terbenam ke dasar laut.

Sebenarnya, aku percaya dengan teori segitiga bermuda. Walaupun kalau kita tengok dari segi lokasi, laluan MH370 sebenarnya terkeluar dari teori tersebut. Aku percaya bahawa pesawat tersebut tidak semestinya terhempas dan tak mustahil ia berada di kawasan ghaib seperti dalam drama LOST. Siyes. Aku percaya pada teori sebegitu.

Bagi aku, selagi kerajaan tak temui apa-apa objek yang membuktikan pesawat tersebut terhempas di lautan maka aku rasa aku boleh fikirkan kemungkinan yang lain memandangkan kerajaan pun tiada teori yang menyokong kesimpulan mereka. 

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...