Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 November 2014

Kalau Nak Saman, Saman la - Cabar Mashitah Kepada DAP.


Isu yang diperdebatkan antara Mashitah dan DAP ialah berkenaan pembakaran Alquran. Aku tak jumpa lagi ucapan Mashitah tentang hal tue. Maksud aku. Aku tak dengar lagi dia cakap macam tue. Hanya baca laporan berita yang DAP buat laporan polis disebabkan Mashitah tuduh cina bakar Alquran dalam sembahyang mereka.

Ini sedikit yang aku petik dari blog Malaysian Review ;

DAP membuat laporan polis terhadap Dato Dr Mashitah Ibrahim kerana dalam ucapannya di PAU 2014 mengatakan bahawa Cina membakar Al Quran dalam sembahyang mereka memungkinkan Mashitah disiasat di bawah akta hasutan. Tidak tahu dimaksudkan adakah kes bakar Al Quran di Kedah atau Beijing.

DAP buat laporan polis sebab kenyataan tersebut ;

1. Menuduh kaum cina secara sebarangan.

2. Menuduh agama tertentu secara sebarangan.

Ada banyak cina kat Malaysia neh. Cina mana satu yang dimaksudkan oleh Mashitah neh ek? Ada banyak jenis agama yang kaum cina anuti kat negara neh. Agama mana satu yang diperkatakan oleh si Mashitah neh ek.

Di Malaysia sekurang2nya cina terpecah kepada 3 jenis agama utama (tolak yang tak beragama) ;

- Buddha

- Islam

- Kristian

Dalam ketiga2 agama juga ada upacara sembahyang yang tertentu. Cina mana yang bakar Alquran ketika sembahyang? Biar jelas percakapan kita. Bila tak jelas ianya timbul salah faham dan keraguan.

Sekali baca. Nampak gaya si Mashitah neh menfitnah pun ada. Betul tak?

Satu lagi. Kalau Mashitah nak kaitkan ucapan dia dengan apa yang berlaku di Kedah tue sebenarnya si Mashitah neh salah fakta. Itu kalau dia nak kaitkan la. Fakta kes pembakaran Alquran di Kedah ialah ;

- Tiada kejadian bakar membakar, hanya ada kejadian koyak mengoyak

- Dibuat oleh seseorang yang mengalami sakit jiwa

- Lelaki yang melakukan perbuatan tersebut ialah melayu merujuk kepada laporan Malaysiakini. Dalam Sinar Harian, bangsa tak dinyatakan.

- Dan perbuatan koyak Alquran dibuat pada waktu siang di kawasan berhampiran pasar dan terbuka. Bukan ketika sembahyang atau apa.

- Polis dan MB Kedah juga menyeru agar spekulasi2 negatif yang tersebar tentang insiden tersebut dihentikan.

Nampak?

Kalau Mashitah cakap tentang perkara yang berlaku di Kedah tue, dia salah fakta kes. Betulkanlah wei Mashitah woi kalau sungguh ko cakap pasal insiden tersebut.

Tak payah nak berbasa basi la.

Ini respon Mashitah ;
Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.

Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/281939

http://malaysianreview.com/90154/ucapan-dato-dr-mashitah-ibrahim-cina-bakar-al-quran/

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tahan-lelaki-bakar-al-quran-di-kedah-1.335249

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-kurang-siuman-bakar-al-quran-1.335214

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kedah-terima-laporan-dakwaan-kes-bakar-al-quran-1.336291

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...