Rabu, 26 November 2014

Wanita PKR Buat Kerja Gila.

Apa neh? Apa neh? Apa neh?

Tak faham aku.

Makin kronik dah aku tengok ketua wanita PKR seorang neh. 

Ya Allah. Mohon buka kan ahti wanita2 PKR untuk melantik seorang ketua yang lebih berdaya saing, bijaksana dan memberikan penumpuan lebih kepada masalah2 rakyat yang lebih penting daripada merepek dan klip klap klip klap tak tentu hala.

Zuraidah buat hal mengarut lagi.

 

Pemimpin2 pembangkang asyik membayangkan pemberian BRIM adalah umpama rasuah. Penyokong2 mereka pun sama. Mereka kata ia ibarat beli undi. Bagi BRIM nanti rakyat lupa masalah2 utama.

Bahkan. Ada di kalangan pemimpin2 pembangkang pernah mencadangkan penghapusan BRIM dan teruskan subsidi petrol dalam forum.

Setelah ke sana ke mari memekak BRIM dikaitkan sebagai beli undi lepas tue tiba2 nak cadangkan agar SURI RUMAH juga diberikan BRIM atas nama KESAMARATAAN GENDER dan PENGURUSAN EKONOMI bersama.

Aku betul2 tak faham macam mana dia neh berfikir. Suri rumah tak hadap dengan BRIM. Dorang hadap dengan KOS SARA HIDUP + HARGA RUMAH + TANGGA GAJI + PELUANG KENAIKAN GAJI + UPAH YANG BERSESUAIAN DENGAN KERJA YANG DITAWARKAN + KOS PERSEKOLAHAN + KOS KESIHATAN + PENGANGKUTAN YANG EFFISEN.

Kenapa ek?

Bab2 gaji tue semua berkait rapat dengan suami dia. Kadang2 pening paler juga geng2 suri rumah neh dok fikir suami keluar pagi balik malam tapi wang gaji tak cukup2 untuk tampung keperluan mereka.

Bab persekolahan tue kadang2 pening paler gak mikir untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran2, tuisyen2, kelas2 tambahan, aktiviti2 luar, sukan, buku dan sebagainya untuk pandaikan anak2 agar nanti tak la dia bekerja macam si suami yang keluar pagi balik malam tapi gaji tak cukup2 untuk tampung keperluan keluarga.

Bab upah tak setimpal dengan kerja yang ditawarkan tue sebab kadang2 pening gak paler mikir kenapa seseorang yang bekerja guna tenaga diremehkan hasil kerja dia berbanding seseorang yang gunakan akal? Apa sebab mereka2 yang bekerja guna tenaga dianggap bebal berbanding mereka2 yang bekerja gunakan akal? Apa sebab mereka2 yang bekerja gunakan tenaga dianggap lebih rendah taraf mereka berbanding mereka yang bekerja guna akal? Seseorang yang pandai, bijak, keluar masuk U pun memerlukan seseorang yang lain untuk uruskan sampah2 yang dia buat. Kalau semua orang tak sanggup untuk buat kerja2 kotor, takde sesiapa yang sanggup bina rumah berpanas terik, takde sesiapa yang sanggup buang sampah2 yang kita buat atau takde sesiapa yang sanggup jadi drebar untuk angkut barang dari satu lokasi ke lokasi yang lain mampu kah orang2 yang bekerja gunakan akal uruskan semua perkara tersebut secara bersendirian?

Setiap dari kita menyumbang setiap sesuatu dengan cara tersendiri maka upah seseorang itu tidak boleh dinilai berapa banyak sijil yang dia ada sebaliknya perlu setimpal dengan kualiti dan kerja yang dia tawarkan. Inila dia prinsip yang Islam anjurkan. Kadang2 pening juga kepala suri rumah dok fikir kerja suami dia dianggap remeh semata2 suami dia tawarkan tenaga dan suami orang lain tawarkan akal. Pemikiran itula yang akhirnya menyebabkan sistem kita membentuk satu persepsi seseorang yang bekerja guna tenaga layak dibayar murah dan rendah berbanding mereka yang gunakan akal. Sungguh pun yang gunakan akal sering beri alasan bahawa mereka belajar mahal2 jadi layak dibayar mahal2 tapi itu dah masuk ke perbincangan yang lain. Sistem pendidikan telah dijadikan alat kapitalis untuk membina keuntungan dan kekayaan. Sepatutnya yang guna akal neh boleh nampak bagaimana kapitalis telah memperbodohkan umat dengan cara melawan penipuan mereka bukannya menurut dan patuh macam robot.

Zuraidah sepatutnya bawa isu2 yang relevan kepada masyarakat kita. Jika nak bercakap tentang suri rumah bawa la isu2 yang besar dan berbaloi untuk dibahaskan. Bincang bab undang2 syariah yang menyukarkan wanita2 yang ingin bercerai lagi bagus. Sistem perundangan di negara neh telah mendera wanita apabila mereka mahu bercerai. Aku ada kawan (sekarang dah kahwin lain) yang mana dia memerlukan 7 tahun untuk bercerai dari suami pertama (suami pertama buat masalah).

Apa neh? 7 tahun nak bercerai? Kau ingat Islam kejam gila babi ke apa? No. Sistem perundangan negara kita yang kejam. Bila kau ada duit, laju2 kau boleh bercerai sebab ko boleh upah peguam. Kalau ko takde duit? Macam mana?

Fak la. Zuraidah patut bela wanita2 tertindas macam neh. Fight pasal BRIM buang masa. Suri rumah tak hadap 200,300 setahun. Baik fight macam mana nak turunkan kos sara hidup untuk ringankan tanggungan suami masing2.

Kejap BRIM rasuah.
Kejap BRIM perlu kepada suri rumah.
Celaru betul minda pembangkang.
Semak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...