Jumaat, 28 November 2014

Zahid Tayang Video Penggal Kepala - Sumber Ekonomi Cina Dari Hasil Haram Kata Perwakilan UMNO PP.

Apa motif Zahid Hamidi berbuat demikian? Aku ada 3 analisa.



Yang pertama. Nak menakut2kan rakyat Malaysia (muslims) bahawa jihad yang di alung2kan oleh pihak tertentu bukan la jihad dalam erti kata yang sebenar. Bahkan ia adalah keganasan. Buktinya video penggal kepala tersebut ditunjukkan untuk sedarkan komuniti muslim bahawa mereka sebenarnya telah menyimpang dari matlamat jihad yang sebenar.

Yang kedua. Cubaan menakut2kan orang melayu bahawa jika kaum melayu terus berpecah dan bergolak maka anasir2 luar akan berupaya masuk dan merosakkan perpaduan dan keamanan negara kita sehingga mendorong kepada apa yang terpapar dalam video tersebut.

Yang ketiga. Membayangkan bahawa rakyat Malaysia boleh terlibat dalam militan IS, boleh jadi yang penggal kepala itu adalah militan berwarganegara Malaysia dan jika ia dibiarkan tanpa sekatan atau kawalan maka negara boleh menjadi ancaman kepada negara kuasa besar. Seolah2 memberikan gambaran bahawa Malaysia meraikan keganasan sebab itu tiada tindakan tegas diambil terhadap mana2 rakyatnya yang terlibat dalam aktiviti keganasan dan perkara itu boleh mendorong kepada ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.

Sebab itu. Zahid tayangkan video penggal kepala tue. Nak membayangkan bahawa undang2 dan tindakan tegas terhadap mereka2 yang melibatkan diri secara aktif dengan kegiatan militan luar negara adalah patut disebabkan tindakan2 tersebut berupaya mengancam kedaulatan negara.

Aku tatau yang mana satu. Ada slightly la dari diri aku yang berfikir. Adakah Zahid cuba memberikan bayangan bahawa melayu juga boleh jadi mangsa korban oleh non melayu kat negara neh jika melayu masih berpecah belah. Lebih baik aku dengar dulu ucapan penuh Zahid dari tembak membuta tuli. Satgi termalu sendiri plak kalau salah.

Sebenarnya aku tak suka video tersebut dan tak suka nama militan IS. Cubaan membayangkan Islam sebagai agama yang ganas memang aku tak suka. Nama militan IS itu seperti membayangkan seolah2 Islam menganjurkan aktiviti keganasan bagi mengekang kezaliman pun aku tak setuju.

Militan IS neh ramai juga yang bercakap ia adalah propaganda US. Ada yang cakap ia propaganda israel. Propaganda bagi menzahirkan betapa ganasnya penganut Islam dan kenapa Islam tidak boleh dianggap sebagai agama yang adil. Aku agak percaya logik tersebut sebab militan IS tak pernah serang israel ataupun US sedangkan israel dan US la antara musuh yang perlu diperangi. Kenapa hanya kacau rakyat biasa atau wartawan yang biasa2 saja.

Nampak?

Dari segi senjata. Millage media. Mereka mendapat liputan meluas. Macam pelik pula bila aktiviti keganasan seperti ini gagal diatasi oleh agensi2 yang kononnya hebat dan cemerlang seperti MOSSAD dan CIA. 

Jika sungguh la Zahid tunjukkan video tersebut semata2 nak padamkan semangat rakyat Malaysia yang berkeinginan mahu berjihad di luar negara, aku agak setuju. Daripada disalahguna lebih baik hantar bantuan kemanusiaan. Tapi kalau tujuannya nak mencipta chaos dan kebencian di kalangan rakyat Malaysia, aku tak setuju langsung la.

Rujuk : sini.

Dan. Dalam persidangan yang sama. Perwakilan UMNO dari Penang menyatakan bahawa sumber kekuatan ekonomi orang cina adalah dari hasil2 yang haram. Pelacuran. Judi. 

Ini antara petikan ucapan dia ;



Sebenarnya. Salah tanggapan dia neh. Walaupun dia ada point yang bernas tentang kakitangan kerajaan yang tak amanah. Perkataan yang tepat bukan la 'CINA'. Tapi kegiatan SAMSENG. GANGSTERISM. Sumber kekuatan SAMSENG kat negara ini adalah hasil dari kegiatan haram. Dan perbuatan itu ada yang mendapat sokongan dari ahli politik melalui parti tertentu.

Dekat Selangor ada banyak rumah urut tumbuh bak cendawan selepas PR mentadbir. Cuba fikir kenapa.

Ahli politik yang tak amanah + ambil kesempatan satu peringkat.
Pegawai kerajaan yang tak jujur + ambil rasuah satu peringkat.
Pegawai atasan dan menteri yang tak cekap uruskan masalah satu peringkat.

Jadi tak aneh la kegiatan samseng berleluasa. Lepas tue tiba2 nak kaitkan ia sebagai sumber kekuatan ekonomi orang cina. Terasa la orang cina. Bukan semua orang cina berjudi dan terlibat dalam kegiatan pelacuran. Melayu pun tak kurang ada yang terlibat dalam kegiatan2 seperti itu. Ia bukan ada kaitan dengan bangsa. Ko nak kritik bab ketidakcekapan dan ketidakjujuran kakitangan kerajaan yang bersubahat menutup dan menyembunyikan kegiatan2 haram kau jangan la citer pasal bangsa.

Tapi. Memang betul pun point dia. Kerajaan gagal sekat kegiatan haram sebab rasuah berleluasa di kalangan kakitangan mereka. Perkara tue memalukan kerajaan. Memang betul. Sekarang dah sedar apa yang korang nak buat? Pemimpin pertama dan kedua korang pun kasi bersih la. Kalau kita bersih secara automatik kita akan cari jalan untuk bersihkan perkhidmatan awam. Tapi sebab kita pun tak bersih, peduli la kalau orang2 bawah neh makan suap ke apa. Ye tak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...