Jumaat, 28 November 2014

Mashitah Kritik Kebanjiran Ustaz & Ustazah Express - Penyokong PR Sentap.

Baru2 neh ustazah Mashitah dok kritik kebanjiran ustaz dan ustazah ekpress dalam persidangan PAU.


Antara yang dia kata ;
“Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan”

Sebenarnya. Ada kronologi dia. Kenapa title ustaz dan ustazah ekpress neh timbul adalah disebabkan sikap penyokong2 kepada artis itu sendiri. Apabila artis2 mereka mengeluarkan satu pendapat yang salah, tidak betul, tidak tepat dan mengarut, penyokong2 artis tersebut atau parti yang artis2 tersebut sertai, mereka laju2 disokong tanpa kira natijahnya di kemudian hari.

Gambaran itu akhirnya menghasilkan satu persepsi. Bahawa. Penyokong2 kepada artis2 tertentu beranggapan bahawa artis2 yang telah berubah dan berhijrah itu adalah seseorang yang layak dianggap ustaz atau ustazah dan kata2 mereka boleh dianggap sebagai 'fatwa' walaupun bukan semua kata2 yang dikeluarkan oleh mereka adalah betul merujuk kepada fakta dan hujah.

Persepsi Mashitah adalah merujuk kepada keadaan di atas. Jangan tipu diri sendiri untuk nampak suci. Jangan tipu diri sendiri untuk bajet betul. Mari kita menjadi lebih terbuka dalam menilai situasi. 

Dan apabila individu2 tersebut terlibat atau terbabit dengan organisasi politik, tiba2 pula dia dianggap seperti seseorang yang perlu diraikan secara keterlaluan, secara membuta tuli, diangkat dan dipuja sana sini.

Bayangkan.

Yang dah lama duduk dalam parti.
Berjuang sana sini.
Ikhlas.
Derma toksah cakap la.
Pasang bendera setiap kali PRU.
Usah kata upah, terima kasih secara direct dari pemimpin2 parti kawasan, negeri mahupun pusat pun tak pernah dengar. Inikan lagi nak menghargai jasa ahli2 parti bawahan.

Tiba2. Tup tap. Orang baru masuk parti. Mak ai. Orang popular dan terkenal wa cakap sama lue. Dulu dia huha huha. Then berubah. Masuk parti tiba2 dianggap alim. Update facebook setiap masa dengan elemen2 agama. Bangun subuh update facebook then tidur balik pun ada. Bangun semata2 nak suruh orang solat subuh tapi dia tidur balik. Hak ala. Nasib baik facebook sekarang ada fungsi posting berjadual. Takyah susah2 bangun subuh la kawan oi. Hang set jek masa nak keluar posting tue pukul berapa then keluar la dia. Nak kejutkan orang bangun subuh kat facebook ek? Oke set masa tue then hang tidur la sampai lena pun. 

** Aku tak galakkan ko tinggal solat subuh oke. 

KAH KAH KAH

Kalau artis lain kahwin cerai kemain lagi kena kutuk sakan.
Kalau artis lain tinggal bini p kahwin lain macam Asyraff Muslim kemain lagi umat mengutuk tak hingat donia. Tapi kalau artis tue saf2 kita. Buat2 tak nampak. Jangan la kita dedahkan aib orang. Tak baik you citer pasal peribadi orang. Pandai2 la dia nak selesaikan masalah dia sendiri.

Memang la. Betul la point kau pasal itu masalah hidup dia. Pandai2 la dia nak settle sendiri. Tapi kenapa kau buat tindakan terpilih berdasarkan sentimen partisan dan idelogi politik kau?

Hanya saf2 parti kau aje ada hak untuk diberikan ruang peribadi bagi menyelesaikan masalah sendiri?

Saf2 parti lain tak layak?

Bodoh la pemikiran lue semua.
Bodoh.

Oke la. Kau berhijrah. Bagus la untuk diri kau. Cuma orang2 sekeliling terutamanya parti yang ko dokong tiba2 mengangkat kau secara keterlaluan atas pentas ceramah untuk apa?

Sedang orang lain yang lebih lama berkhidmat dalam parti pun tak diberikan layanan serupa seperti yang kau terima. Hanya semata2 kau popular dan orang kenal maka layanan diskriminasi dilakukan. Adakah ini betul?

Ini bukan kasta?

Nampak. 

Ini satu lagi elemen yang menyebabkan persepsi ustaz dan ustazah ekpress hadir. Seseorang itu di anggap layak memberikan ceramah kerana dia artis terkenal yang baru berhijrah. Bila dia beri ceramah maka ramai la yang akan hadir dan dengar. Maka parti politik mahukan millage tersebut bagi menambahkan bilangan ahli. Bila dah ramai2 ahli nanti senang la nak buli. Sorang pasang bendera. Sorang p kutip derma. Sorang p susun pentas. Sorang p mengajar kat tadika dengan bayaran yang kecil atas nama jihad. Pemimpin aje perlu berkereta mewah dan berumah besar. Pemimpin aje perlu beli beras guna duit manakala guru2 tadika beli beras guna air liur. Pemimpin bercakap pasal kebajikan dan gaji minima tapi kebajikan ahli dan mereka2 yang duduk dalam parti, yang berkorban untuk didik anak bangsa dengan ilmu agama tak terjaga pun. Gaji minima pun tak lepas lagi mao sembang bab keadilan. 

Kau tak bersikap adil dengan ahli2 bawahan kau sendiri. Kau memperkulibatakkan mereka setiap kali. Time PRU mereka dikerah cari duit, keluar tenaga untuk menangkan calon wakil rakyat. Lepas menang kau ponteng sesedap rasa. Kebajikan pengundi, penduduk dan ahli kau tak terjaga. Jual agama untuk pikat manusia. Jual jihad untuk umpan sokongan. Tapi kau sendiri pun tak berjihad hanya suruh orang. Orang lain perlu mati untuk membuktikan mereka sayangkan Islam dan Allah. Kau hanya keluarkan arahan dah cukup membuktikan kau lebih sayangkan tuhan dari orang lain.

Begitu ke?

Ini la yang dikatakan parti tersebut menghasilkan ustaz dan ustazah ekpress atas nama nak mencari sokongan dan undi. Cari sokongan untuk bantu rakyat takde la orang komplain. Tapi sekadar berbasa basi bab perjuangan tapi halu tuju makin lama makin ke laut.

Itu aku sebut tadi. Ada kronologinya kenapa persepsi itu hadir dan kenapa Mashitah mengatakan begitu. Sungguh pun aku meraikan dengan terbuka mereka2 yang berhijrah dan berdakwah. Aku tiada masalah dengan artis2 sebegitu. Cuma aku tak berminat dengan yang bajet alim depan orang. Aku tak peduli la kau sapa dan berapa banyak peminat yang kau ada sekalipun.

Ini la yang menyebabkan orang memberikan gelaran ustaz dan ustazah ekpress. Baru pakai sesuatu yang dikaitkan dengan unsur2 islamis dah bajet macam ustaz.

Peminat2 mereka pun kemain lagi angkat lebih2.

Pantang kritik terus melenting tak tentu hala. Lepas tue penyokong2 mereka p serang peribadi Mashitah. Kutuk tudung dia. Kutuk cara dia memakai tudung. Blablbla.. yela. Kau lupa sesuatu ke. Perlu aku sebut ke untuk penyokong2 Pakatan Rakyat neh sedar diri? Nak aku sebut ke? Perlu nama? Perlu aku upload gambar? Mari la kita menjadi lebih sedar diri akan kelemahan masing2 dan cari jalan memperbaiki diri. Parti kita juga tak begitu ISLAM untuk kutuk ISLAM atau tidak parti orang lain tau.

Overall. 

Kritikan Mashitah sangat berasas untuk diambil peduli. Mashitah cuma salah faham dua point aje. Artis2 yang berhijrah tersebut tidak mengangkat atau meletakkan kedudukan mereka sebaris dengan ustaz dan ustazah yang bertauliah. Ia diberikan gambaran sebegitu oleh penyokong2 fanatik mereka dan bukan oleh individu tersebut. Bab tauliah tue aku faham kepentingan dan keperluannya di masa sekarang. Cuma agensi agama perlu lebih terbuka dan berlapang dada. Daripada menghalang orang berceramah atas nama takde tauliah ada baiknya dengar dulu isi ceramah yang disampaikan dan kalau terbukti ianya bercanggahan dengan ajaran Islam baru la uruskan protokol seterusnya. 

Kedua. PAS celaru bukan disebabkan peranan ustaz dan ustazah ekpress tersebut. Bukan besar mana pun kes2 yang membabitkan ustaz dan ustazah ekpress dalam PAS. Sikit2 je yang kontroversi dan akhirnya by masa ia berlalu pergi. PAS celaru disebabkan PIMPINAN PAS itu sendiri. Peranan pemimpin2 PAS yang mencelarukan PAS ditambah dengan penyokong2 fanatik PAS. PAS celaru sebab dia JUAL AGAMA. PAS jual agama sama macam UMNO. Sebab tue selain dari PAS, UMNO pun sama CELARU. Sama macam Mashitah. Maka ada baiknya si celaru jangan hanya kutuk dan highlightkan si celaru yang lain sebaliknya si celaru belajar la untuk tidak lagi meneruskan keadaan yang CELARU. Bila si celaru mengata celaru yang lain si celaru tak memperbaiki keadaan yang celaru pun sebaliknya si celaru hanya meneruskan keadaan yang celaru tadinya tue untuk terus menjadi kecelaruan. 

Faham?

Parti yang memberikan gambaran artis2 yang baru berhijrah itu seperti ustaz dan ustazah mee segera, ataupun parti yang memutarbelitkan keterangan agama bagi menghalalkan tindakan mereka ialah parti2 yang bercelaru. Ada baiknya parti2 ini terima hakikat diri daripada kutuk sesama sendiri. Belajar terima hakikat diri untuk memperbaiki keadaan yang celaru tadinya tue.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...