Selasa, 25 November 2014

52 Aduan Polis Tapi Tiada Tindakan - Apa Sudah Berlaku?

Mohon pihak2 berkaitan lakukan siasatan samada aduan neh benar ataupun tidak. Aku siarkan aduan tersebut untuk bacaan semua pihak dan pandai2 la korang menilai sendiri kebenarannya. Individu yang terkait dengan perkara ini diminta untuk tampilkan penjelasan samada benar atau tidak apa yang tengah hangat tersebar di laman2 sosial dan portal2 berita. Dah viral kot. 

Kalau benar. Kenapa selepas 52 laporan polis dibuat, tiada tindakan?

Kalau fitnah, kita tunggu je la penafian dari individu2 yang terkait dalam citer neh.

Baca ;

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku nak buat aduan dan nak mohon bantuan ko papar dan viralkan kisah penipuan sepasang suami isteri ni. Nama penipu tu Naza Mat Rozekhi dan Noor Syawal Abdul Jalil. Aku dan rakan2 salah seorg mangsa meraka 4 tahun lepas. Laporan polis dah dibuat pada ketika itu, tapi tiada tindakan diambil terhadap mereka. Dan memandangkan kami waktu tu bergelar pelajar, pertama kali ditipu, xde ilmu, xde pengalaman, xde duit nak upah lawyer, faktor nak jaga nama baik IPT, akhirnya kes tu terkubur begitu sahaja. Ni kisah aku dan rakan2: (copy paste sbb xdan nak taip panjang2 semula) :

Saya dan rakan2 antara mangsa penipuan pasangan suami isteri ni. Kami kena 4 tahun lepas (2010). Berhasrat beli tiket penerbangan ke London untuk trip belajar bagi salah satu subjek universiti.. Pasangan ni tawarkan tiket harga murah. Mereka claimed ada staff AirAsia bagi kuota tiket staff thats why dapat harga murah. Kami telah buat bayaran utk flight ticket sejumlah rm54k. Kami buat bayaran tapi ticket tidak diberikan sebagaimana dijanjikan. kitorang bayar 2 bulan awal. Bila jumpa dia ckp dah book tiket bila call kata dah beli. Tp xde pun tiketnye. Bila sehari tarikh nk berangkat. Dia bgtau yang kitorang yg boleh pergi separuh je. Lagi separuh pergi lg 3 hari. So kitorang tak bersetuju la. Semua hotel transport dan arrangement dengan agent dan university di London telah dibuat dan dibayar untuk tarikh tersebut. Kami tak boleh simply cancel dan ubah tarikh suka2. Akan burn duit kami yang dah bayar untuk arrangement di London. Kitorang berkeras nk tiket pada hari  yang dijanjikan.

Kami buat report di Balai. Lepas tu si penipu ni punya la muka tebal kaki belit boleh buat mcm kitorg yg salah. Dia akan cakap ada masalah dgn staff airlines n offer utk ubah tarikh ticket dgn minta tambah duit. Bila kita x setuju utk ubah tarikh, de akan cakap kita yg salah dan xnak pulang duit sbb katanya duit da hbs guna utk beli tiket utk tarikh yg kita x setuju tu. Padahal bila check ngn airlines, xde tiket apa pun yg telah dibook dan dibeli. Dan sangat la muka tembok cara bercakap nye mcm dia lgsg x bersalah n akan shift the blame pd mangsa. Ntah macamne cek cek tiket yang konon separuh je boleh pg tu, pun palsu. Dah la edit pakai word je. Siot.  Itu mmg modus operandi de.

Mereka mulut memang manis, putar alam, muka tembok, hati busuk. Banyak dah testimoni penipuan mereka. Boleh google dan cari di facebook. Mereka akan bawak anak2 utk menipu bagi tujuan dapatkan keyakinan mangsa dan sanggup bersumpah gunakan anak2 untuk tagih simpati.

Tapi baru-baru ni pasangan suami isteri ni 'hot' balik sbb tipu seorg Dato' jual kosmetik. Atas usaha Dato ni, semua mangsa-mangsa bersatu di bawah Group "Kelab Mangsa-Mangsa Penipuan Syawal dan Naza' di facebook. Ko boleh search dan cari di facebook. Aku ingat pasangan laki bini ni dah stop buat keje haram menipu org. tapi rupanya mereka masih aktif menipu. Maka semangat sume mangsa2 ni termasuk aku membara untuk lenyapkan terus 2 makhluk ni supaya xde org lg yang akan ditipu. Kira nya macam khidmat sosial kitorg membantu masyarakat la kan? :)

Oleh itu, aku nak mohon ko tolong up kan cerita pasal pasangan suami isteri ni memandangkan ko ada jumlah reader yg banyak dari segenap lapisan masyarakat dan ini kira salah satu ko punye CSR la. Jangan risau, ini bukan post untuk aniaya org. Tapi ini kes benar. Dan antara sebab aku nak minta ko up cerita ni supaya jadi viral dan minta polis ambil tindakan. Berdasarkan maklumat di group facebook, telah ada 52 laporan polis terhadap pasangan ni tapi yang peliknya tiada tindakan diambil pihak berkuasa. 

KENAPA??

Untuk post The Rakyat Post boleh refer sini : 
image

 






Rujukan : Facebook.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...