Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 November 2014

Ini harga Baru Bagi Ron 97, 95 & Diesel - Berkuatkuasa Pada 1 Disember 2014.


Ada yang naik.
Ada yang turun.

Notis baru harga runcit untuk ron 97, 95 & diesel telah pun diedarkan untuk rujukan pihak berkaitan.

Menurut apa yang terpapar melalui notis tersebut ;

Mulai 1 disember harga bagi ron 97 akan diturunkan sebanyak 9 sen. Ini adalah penurunan kali kedua untuk ron 97 dalam 2 bulan secara berturut2.

Mulai 1 disember harga bagi ron 95 akan diturunkan sebanyak 4 sen. Ini adalah penurunan kali pertama sejak harga minyak di pasaran dunia jatuh beberapa bulan yang lepas.

Manakala harga runcit bagi diesel pula tidak akan diturunkan. Sebaliknya ia akan dinaikkan sebanyak 3 sen berkuatkuasa pada 1 disember 2014. Harga jualan bagi diesel akan dinaikkan kepada 2.23sen seliter daripada 2.20sen seliter ketika ini.

Harga baru bagi ron 97 pada 1 disember nanti ialah 2.46sen seliter. Dan harga baru bagi ron 95 pula ialah 2.26sen seliter. Perbezaan harga sebanyak 20sen. Kualiti yang berbeza namun harga yang tak jauh beza. 

Pandai2 la lue fikir nak isi minyak yang mana satu lebih berbaloi untuk enjin kenderaan lue oke. Untuk rekod, harga di atas merujuk kepada harga2 minyak yang dijual tanpa subsidi langsung. 0 subsidi. Bermula 1 disember 2014, kerajaan memutuskan untuk menghentikan kesemua subsidi ke atas bahan api petrol dan diesel.

K.Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...