Ahad, 23 November 2014

Utusan Di Saman 15 Juta Oleh Menteri Besar Pahang.

Utusan selalu kena saman dengan geng2 pembangkang. Sebab Utusan suka sebar fitnah. Fitnah2 yang disebarkan Utusan adalah bertujuan mengkritik pembangkang namun dalam masa yang sama cuba polish persepsi baik untuk UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Kritikan sebenarnya tak salah. Walaupun parti pembangkang tak terbuka meraikan kritikan tapi dorang tak boleh buat apa2 pun kalau ko kritik depa. Tapi bila ko start fitnah, masa tue la geng2 pembangkang boleh amek kesempatan untuk raih persepsi politik bahawa Utusan sebarkan fitnah. Bukan salah geng2 pembangkang yang amek kesempatan dengan menyaman Utusan. Salah Utusan yang pandai2 pergi sebarkan fitnah. Lainkali nak kritik bagi fakta sudah la. Yang melalut p tulis fitnah sapa suruh. Tak pasal2 asyik kalah saman aje.

Dan yang terkini. Utusan disaman lagi. Kali neh oleh MB Pahang plak. MB Pahang orang UMNO kot.

Tengok ;


Tue dia. 15 juta terus. Mesti dalam ahti ada taman si Adnan Yaakob neh. Itu yang dia terus saman 15 juta terus. Sentap tak sentap la juga Utusan. Punya la beria2 dok bekap UMNO sana sini sampai berkali2 di saman pembangkang alih2 geng sendiri pun kaki saman kita juga. Kan tak pasal2 dapat naya aje.

Baca ;

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.

Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu. Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.

Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.

"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya. – TMI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...