Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Julai 2014

Maza Cadang Permit Untuk Pengemis - Respon Cadangan Maza.

Dr. Maza mencadangkan agar pengemis2 diberikan permit untuk membolehkan mereka mengemis.

Baca cadangan penuh MAZA kat bawah ini ;



Dah terang2 MAZA menyebut. Harap berikan maklum balas yang matang. Tapi ada pula puak2 yang tak faham bahasa. Bila ada orang berikan pendapat yang berbeza dari MAZA dikatanya orang tue tak berilmu. 

Hello. Ko ingat orang yang belajar tinggi2 tue asal buka mulut confirm apa yang dorang perkatakan tue wajib betul dan wajib kena setuju ka?

BTW. Aku tak salahkan MAZA. Pendapat MAZA aku raikan. Sebab itulah jenis orang bijak berbicara. Dia tak paksa sapa2 untuk sokong pendapat dia pun. Itu sebab awal2 lagi dia minta berikan maklum balas secara matang. Kat situ je dia dah tahu akan ada orang yang tak bersetuju dengan dia. Takde masalah. Tak bersetuju pun tiada masalah. Janji nyatakan perbezaan dengan matang. Bukan maki hamun apa bagai. Yang pengikut2 dia neh taksub sangat pun masalah juga. Tuan punya badan elok je raikan kepelbagaian. Pengikut pula lebih2. Ada masalah otak ke apa?

HAHAHAHAHA..

Baikla. Aku nak mengulas cadangan MAZA.

Overall. Aku tak bersetuju.

MAZA.

1. Cadangan pertama MAZA, aku setuju.  Ye, semua anasir2 yang membawa kepada keruntuhan nilai manusia perlu dibersihkan  dari ibu kota. Dan di luar ibu kota. Bukan setakat di pusat2 bandar. Bahkan diluar pusat2 bandar juga. Semak ia MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN NILAI2 MANUSIA.

2. Pemberian permit tidak akan menyelesaikan masalah penipuan dan sindiket. Bahkan berupaya mewujudkan penipuan dan sindiket berlesen pula. Apa tue?

Pernah dengar kontraktor Ali Baba?

Tahu apa itu tapak2 bazaar ramadhan diagihkan kepada geng2 dan kroni2 sahaja?

Tahu tak apa itu kedai2 majlis diberikan kepada sedara mara sendiri yang mana kemudiannya mereka sewa kepada orang luar semula? Peniaga sebenar tak dapat. Orang nak meniaga kena tambah kos. Maka modal bertambah. Jual barang mahal sikit orang marah padahal nak cover sewa mahal. Nampak tak penyelewengan menghasilkan penindasan?

So perkara yang sama boleh berlaku dalam citer PERMIT KEPADA PENGEMIS. Orang2 yang diberikan amanah untuk mengeluarkan PERMIT akan berupaya melakukan penyelewengan. Macam PERMIT TEKSI. LESEN UNTUK MENIAGA kat tepi2 jalan di sekitar KL. Dorang boleh plan buat sindiket mengemis berlesen. Memandangkan hanya orang2 tertentu aje yang diberikan hak untuk mengemis, maka peluang untuk menipu sangat tinggi. Sudahnya, orang2 yang susah dan tertindas akan diabaikan sekali lagi. Yang tak susah pula elok2 dapat mengemis sana sini atas izin PERMIT.

Itu tak masuk lagi bab bayaran. Bab proses permohonan. Adakah percuma? Permitnya bentuk bagaimana? Boleh kah pengemis dalam erti kata pengemis sebenar simpan permit? Tak hilang, rosak ataupun koyak? Kalau dah namanya susah. Sakit. Penghidap HIV. Baru keluar penjara. Sakit mental. Tertekan. Apakah dorang akan naik ke agensi kerajaan dan cakap.. hello kawan, i nak permit untuk mengemis. Anak2 yang lahir dari kegiatan pelacuran, yang tiada IC, tercicir, tak ke sekolah, bagaimana? Orang2 susah neh sebenarnya dorang memang TAKNAK MENGEMIS. Geng2 dadah, geng2 arak mungkin la akan gunakan kesempatan ini untuk membolehkan dorang mengemis sekaligus bila dapat duit beli dadah dan arak untuk puaskan nafsu gian masing2. Tapi overallnya, orang2 SUSAH memang tidak cenderung untuk mengemis walaupun ko bagi dorang permit. Pengenalan PERMIT itu adalah semata2 memberikan gambaran yang DORANG neh macam suka pula untuk MENGEMIS.

So cadangan pemberian PERMIT adalah ridicilous. Karut. Tidak patut dilaksanakan kat negara ini. Kerana ia sebenarnya membuka satu lagi masalah. Ia tidak menyelesaikan masalah sedia ada bahkan membuka masalah baru. Kalau dah dapat permit, dihalau keluar dari ibu kota, maka nak mengemis kat mana? Tempat lain pula yang sarat dengan masalah pengemis berpermit sudahnya.

3. Isunya bukan soal pemberian permit semata2. Isunya kerajaan yang corrupt. Kerajaan kita neh dah corrupt la. Jangan harapkan pada pemberian tender yang adil. Jangan harapkan pada pengagihan bantuan yang telus. Jangan harapkan ko akan diadili secara adil oleh agensi2 kerajaan ini. Silap2 dorang suruh ko daftar masuk UMNO dulu baru boleh dapat permit untuk mengemis. Bukan aku nak cakap. Aku tahu ada yang menipu dalam isu bantuan BRIM sekalipun. Hanya kerana dia orang UMNO maka dapatlah BRIM padahal dia tak layak. Memang orang umno, memang BRIM untuk orang susah tapi dia tak layak. Tak layak2 pun jadi layak sebab orang UMNO. Nampak tak bagaimana duit yang sikit2 neh pun geng2 UMNO rambang mata. Inikan pula duit yang besar2. Sudahla. Jangan kita tipu diri kita. Aku tahu, ko tahu dan Allah maha mengetahui bagaimana UMNO dan geng2nya menguruskan negara neh.

4. Baik yang menderma mahupun yang mengemis tidak wajar diambil tindakan. Daripada berikan permit kepada pengemis, lebih baik agensi2 kerajaan yang berperanan bantu orang susah turun padang seperti JKM, Pusat zakat dan lain2 lagi mengambil tahu apa masalah sebenarnya golongan gelandangan dan pengemis2 jalanan ini. Sebenarnya. Tak ramai warga tempatan yang mengemis tak tentu hala di sekitar bandaraya KL. Yang kat masjid india tue banyaknya warga asing. Itu la pelarian dari luar negara yang mana mereka tak diberikan perlindungan yang sepatutnya. Apa peranan kita membantu pelarian? Pelarian2 ini la akhirnya cenderung menjadi mangsa sindiket ataupun cenderung membentuk sindiket apabila gagal mendapatkan pekerjaan yang boleh disesuaikan dengan mereka.

Apa tue?

Contohnya. A pelarian. A ada anak2. A takde suami. A nak pergi kerja. Tapi takde sesiapa boleh jaga anak2 A. Maka A mengemis dengan heret anak2.

Contoh lain. A dan B ada anak. A dan B nak bekerja. Tapi A dan B dilayan secara zalim oleh majikan sebab warga asing + pelarian. Maka dapat gaji ciput. Nak bayar sewa rumah pun tak boleh. Nak bagi makan, pakai dan sekolahkan anak2 pun susah. Maka A dan B tukar kerjaya menjadi pengemis jalanan kurang2 pendapatan mereka lebih baik dari bekerja dengan orang lain.

Itu contoh sahaja. Belum lagi aku buka citer pasal maid2 Indonesia ataupun geng2 wargaasing yang dilayan secara teruk dan hina dalam sel sebelum dihantar pulang. Warga kita ada yang menipu dan ada yang ditipu. Sama juga macam warga asing. Ada yang menindas dan ada juga yang tertindas. 

Orang luar negara yang mengemis, ada yang ditipu oleh agensi masing2. Tapi orang kita biasalah. Asal warganegara luar je mula la nak pandang negatif. Jijik la. Menyampah la. Padahal dorang pun manusia juga. Kalau ko kena tipu sampai kat negara asing dan tiada sesiapa disitu untuk tolong ko, apa ko nak buat? Tak payah makan biar mati terus kat negara asing? Majikan yang nak amek kerja pun takut sebab individu tersebut kena tipu dengan agent. Penguatkuasa pula lambat bertindak. Tunggu dan tunggu la sampai kena tangkap dan akhirnya dihantar pulang ke negara asal. Tapi dalam tempoh menunggu tue dorang tetap perlu makan dan minum. Itu yang jadi pengemis temporary. Yang neh orang kita tak faham. Taknak faham. Yang kita tahu asal babitkan orang asing, hina saja la. Kita kan tak racist. Hina orang asing yang berbeza bangsa dan agama dari kita tak racist. Tapi kadang2 yang seagama dengan kita pun kita hina walaupun tak sebangsa. Sebab luar negara punya orang ma. Yang racist kalau hina orang cina dan india sahaja. Yang sewarganegara dengan kita. Ada orang luar yang buat jahat. Maka semua la jahat. Layak la kena hina. Betul?

5. Bagi aku permit untuk meminta dana dari rakyat adalah lebih sesuai dari permit untuk mengemis. Permit untuk meminta dana ialah bermaksud pusat2 tahfiz, madrasah2, rumah2 anak yatim, rumah2 kebajikan persendirian yang berperanan membantu anak2 OKU, jaga orang tua, jaga orang sakit, jaga yang terbuang, beri perlindungan pada orang. Maka mereka2 inila yang perlu diberikan permit agar orang merasa yakin untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Permit tidak boleh dikenakan bayaran. Tiada tempoh. Sehinggala terbukti mereka tidak layak menerima dana dari pihak luar lagi. Yang neh diberi permit aku setuju sebab mereka organised. Bukan merempat dijalanan. Mana tahu jika ada orang persendirian yang mahu buka pusat2 untuk membantu gelandangan, maka permit boleh menyakinkan orang ramai bahawa pusat2 tersebut adalah disahkan wujud dan beroperasi sepertimana yang diperanan ke atasnya. Maka yakinla orang untuk menghulurkan bantuan derma dan sebagainya.

6. Kebersihan di kawasan memberi makanan kepada gelandangan memang dijaga oleh aktivis2 kita. Maza boleh mengikut serta dan meninjau sendiri akan suasana gelandangan diberi makan. Bahkan MAZA juga diseru untuk turun padang dan meninjau sendiri bagaimana gelandangan2 ini bertebaran di jalanan. Tengok dan fahami mereka atas padang, bukan atas berita.

Dalam Islam kita membasmi kemiskinan. Kita tidak melahirkan kemiskinan ataupun membiakkan kemiskinan sehingga ia menjadi satu kerjaya. Mungkin di sesetengah negara mereka ada mengeluarkan permit untuk pengemis tetapi apa yang diamalkan di negara lain tidak pula bermakna bagus untuk kita ikuti.

Ini contoh bagaimana pengemis diberikan permit untuk mengemis di luar negara. Baca sini.

Tetapi contoh kita bukan mereka. Contoh kita adalah apa yang termaktub dalam Islam. Dalam islam kita membantu orang susah dengan mengeluarkan orang susah dari kepompongan kemiskinan. Kita tak bantu mereka mengembangkan kemiskinan mereka dengan convert kemiskinan menjadi satu kerjaya (permit mengemis).

Tetapi kita akan bantu mereka macam mana mereka perlu bangkit dan dapatkan kembali semangat hidup yang hilang sehingga mendorong untuk mengemis.

Berbeza pengemis jalanan berbeza masalah sebenarnya. Dan gelandangan yang cukup makan selalunya tak mengemis. Cukup makan sebab NGOs sediakan makanan. Gelandangan2 ini mencari kotak. Mencari tin. Dan jual. Pengemis pun sama. Kadang2 bila mereka mengemis dan perlu mencari lebih selain dari makanan ialah mungkin sebab nak beli susu anak dan keperluan anak. Ya. Ada pengemis jalanan mengemis bersama anak2 kecil. 

Point dia ialah PENGEMIS dan GELANDANGAN yang BERBEZA mempunyai MASALAH yang BERBEZA.

Dan cara kita menanggani PENGEMIS2 JALANAN dan GELANDANGAN2 ini ialah dengan tackle masalah mereka secara peribadi, specifically ataupun lebih tepat, penyelesaian yang diberikan haruslah bersesuaian dengan keinginan GELANDANGAN dan PENGEMIS2 jalanan itu sendiri.

Jika mereka nak duduk kat rumah kebajikan, nak duduk kat rumah orang2 tua, maka boleh la hantar mereka. Tapi jika mereka taknak duduk kat dalam rumah orang2 tua, maka mereka cenderung lari semula sebab merasa terkongkong dan tidak bebas. Sebab itula mereka jadi gelandangan balik. Penyelesaian yang diberikan tidak sesuai dengan mereka. Ko suka makan ikan, dia suka makan ayam, ko mana boleh paksa dia makan ikan kalau dah tak kena dengan selera dia, betul? Ikut selera masing2 la.

Jangan cakap, eley orang nak bagi bantuan pun banyak bunyik.

Kita nak bagi bantuan pun kena ikut keadaan orang yang dibantu.

Bukan sekadar bantuan material bahkan emosi dia kalau kita jaga pun, itu juga merupakan satu bantuan.

Mereka sakit. Dari segi emosi. Sakit. Luka. Teruk. Hilang rasa malu.

Sebab itu kalau sungguh2 nak bantu, jaga emosi mereka, jaga bantuan material mereka, bentuk bantuan perlu disesuaikan dengan keinginan pihak yang mahu dibantu. Barulah dapat menyelesaikan root cause.

Pemberian permit tidak menyelesaikan masalah bahkan membiakkan masalah. Lebih teruk bila kemiskinan dijadikan kerjaya. Jadi pemberian permit pada aku bukan la cadangan yang baik. Cadangan aku ialah dekati gelandangan2 ini dan bantu la mereka ikut kesesuaian mereka. Jika A mahu ke rumah orang2 tua, maka hantar la dia. Jika B mahu duduk di sekitar kawasan KL juga mungkin sebab persekitaran, kawan2 dan kenangan, maka biarkan dia disitu dengan menempatkan dia di satu tempat tinggal yang selesa tidak terikat dengan peraturan dan bebas.. menunggu saat mati menjelma kerana usia sudah tua.. dalam video Malaysiakini ada seorang uncle tue cakap, dia bukan burung. Dia tidak boleh dikurung. Maka fahamila. Gelandangan dan pengemis2 jalanan ini juga ada emosi macam kita. Mereka bukan burung. Even burung pun tak patut dikurung. Burung juga mahu bebas. Apatah lagi manusia. Renung2kan.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...