Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar sebuah kereta yang dipercayai telah diparking secara salah. Apa kena mengena gambar neh dengan politik pula? Kereta dalam gambar neh dimiliki oleh Md Sirat, Ahli Parlimen Bukit Katil [melaka] dari BN.
Kereta yang bernombor plat WSW 958 neh telah memarkingkan diri ia secara salah oleh ahli parlimen bukit katil kerana nak menjimat wang. Ini ialah spekulasi, andaian dan kata2 yang telah tersebar di beberapa wall facebook. Hakikatnya aku sendiri pun tatau. Bagi aku, aku faham apabila kita bencikan seseorang apa sahaja yang dia buat memang membencikan.
Ini dirasai oleh aku sendiri. Apa sahaja yang si najib buat dan cakap bagi aku ia memang membencikan. Waima dia tak cakap apa2, sekadar senyum pun aku rasa ia benar2 membencikan. Pendek kata, asal sahaja ia najib, ia benar2 membencikan aku. Aku pun tak faham kenapa sejauh neh aku membenci dia tapi siyes dia benar2 membencikan.
Tapi hidup neh kena pandai membezakan. Membencikan seseorang sebab peribadi ataupun membencikan seseorang sebab perbuatan. Satu gambar neh boleh menghuraikan pelbagai andaian dan persepsi. Kalau benar dia parking secara salah, ia haruslah dibuktikan lebih dari sekadar gambar. Ko tak boleh tangkap gambar kereta yang tak jelas no plat dia, then buat story pongpang2 di wall.
Ini kerja yang bloggers umno suka buat. Tangkap satu gambar dan reka drama bagai. Dan drama bagai depa siap bersiri lagi. Drama tv pun kalah. Kalau boleh terpilih anugerah blogger drama rantaian terbaik, sah2 bloggers umno boleh menang. Saingan sesama mereka memang sengit. Tapi bloggers pr takde chance larh nak rebut apa2 anugerah. Pasal masing2 failed dalam mengolah drama. Heh.
Melalui satu gambar neh boleh timbul macam2 persepsi. Siapa tahu kereta dia rosak? Siapa tahu kereta neh benar2 dimiliki oleh MP BN? Siapa pula pasti yang dia benar2 tidak disaman ketika membawa kereta neh? Dan siapa pula boleh pastikan bahawa dia lah individu yang benar2 telah memandu kereta neh? Hah.. tak boleh kan? Sebelum orang lain pongpang2 bersuara dan mempersoalkan neh, lebih baik kita sendiri fikir dan mempersoalkan perkara2 neh dalam diri kita. Nanti boleh larh kita bagi jawapan balas pada orang umno sebab bangkitkan isu neh. Ye tak?
Apa pun, boleh jadi YB neh pun sama macam kita. Dia pun terkesan dengan kenaikan harga barang agaknya. Kalau benar, maafkanlah dia. Ini yang najib pongpang ekonomi malaysia baik? Eley.. MP sendiri pun dipercayai cari jalan skip parking najib oit.. baik apa nya?
kah kah kah
Ameno : MP kan ada elaun parking..