Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Disember 2011

Doa Umno dan Sumpah Baiah Part II.

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti." -Muhyiddin Yassin-

Kat atas neh ialah sumpah baiah orang umno dalam pwtc baru2 neh. Dan lihat pula bawah neh. Bawah neh ialah doa orang umno yang dilafazkan oleh najib, piem malaysia yang juga pengerusi umno ;





Apa yang tak kena nya pada sumpah baiah dan doa umno neh? Salah ke? Tak salah kalau umno nak berdoa dan bersumpah bagai pun. Bukan lah urusan aku nak menyemak sampai ke kain2 dalam umno neh. Tetapi aku minat nak ulas isu sebab dua perkara.

1. Doa umno.

Cuba perhatikan betul2 apa benda yang najib dok pongpang dalam doa dia. Aku bukan nak memperkecilkan doa dia yer. Apa je urusan dia nak minta dengan Allah swt bukan urusan aku. Tapi isi doa najib bagi aku adalah tidak mengambarkan perkara yang sedang berlaku sekarang neh.

Dia dok pongpang cakap pr akan hancurkan malaysia neh.  Selepas tue dia perasan lagi bahawa islam dan melayu akan terus lesap gak sebagaimana umno bakal lesap seandainya umno tiada. Inilah pada pandangan aku dia sebenarnya sedang memikirkan perkara yang khurafat dan tahyul. Jangan banyak tengok filem seram najib.

Penjelasan aku mudah je. Kalau dalam doa pecah perut [dan najib sakit selepas itu] tgna mendoakan agar sesiapa yang mahu membuat onar kepada rakyat kelantan agar dibalas semula oleh Allah swt.  <-- Ini doa yang betul. Makna nya meminta perlindungan dari Allah swt daripada perbuatan jahat seseorang. Dan yang neh pun punyalah ramai yang pongpang twist cakap tgna mendoakan keburukkan najib. Walhal..nama najib tak pun disebut rasanya. [Walaupun memang dia yang sakit selepas itu].

Tapi dalam doa najib di atas neh, bagi pandangan aku ia ibarat seperti = Seseorang penjenayah yang berdoa kepada Allah swt agar terus dibolehkan untuk berbuat jenayah lagi. Itulah situasi yang aku lihat dalam doa najib neh. 

Hujah dan argument doa yang dia gunapakai pun salah dan berunsurkan fitnah malahan hampir sahaja kepada tahyul dan meroyan. Apa dia fikir di dalam malaysia neh dia ke yang memperjuangkan islam? Walaupun pas tidak layak mendapat kredit secara total dalam perjuangan menegakkan islam di malaysia tetapi itu bukan tiket untuk umno perasan bahawa doranglah pejuang islam. Ini lawak. 

Kasino, kelab malam, judi bola sepak, lesen judi, lesen arak ia tidak datang dari pas. Ia datang dari pemimpin yang pongpang cakap mereka pejuang islam. Contoh ;

Seorang pelacur yang menasihatkan orang lain hukum melacur neh berdosa.. masuk neraka.. lalu dia brharap orang akan gelar dia ustazah. Inikan lawak. Inilah yang najib + umno sedang buat.

Dan lebih sadis, ayat berunsur fitnah diselitkan dalam doa najib. Apa? Pakatan pembangkang akan hancurkan Malaysia neh? Apa dia ingat pr neh bukan rakyat malaysia ka? Penyokong + ahli pr juga ialah rakyat malaysia. Tinggal disini, makan disini, kerja disini, sedara mara disini, rakan2 disini, musuh2 disini, kenangan disini, bisnes disini, rumah disini, kereta disini, hutang disini, harta disini, segala2nya ada disini. 

Apakah pr akan sebodoh neh untuk hancurkan tempat dia bergantung? Malaysia neh bukan negara umno je. Malaysia neh negara kami juga. Jika kami menghancurkan malaysia neh kat mana lagi kami nak lari? Indonesia? Nepal? Bangladesh? China? Mana? Mana ada tempat nak lari dah. 

Rakyat hanya mahu melakukan reformasi bagi membaiki dan memulihkan sistem pentadbiran di malaysia. Ini bukan hanya pertempuran pihak bn dan pr sahaja. Ini lebih kepada pertempuran pemimpin yang tamak + rakus yang gila kuasa berlawan dengan rakyat biasa yang teraniaya. Dan rakyat2 teraniaya neh menggunakan pr sebagai batu loncatan untuk baling2 batu sambil tayang2 tangan kepada pemimpin yang zalim dan jahat.

Fahami fakta neh. PR tidak akan sesekali menghancurkan rumah sendiri sebab inilah satu2nya rumah kita. Berbeza dengan pemimpin2 utama umno. Mereka ada banyak rumah. Rumah neh hancur, boleh lari rumah lain. Bila ada masalah, boleh upkan PATI dapat ic. So, mereka tak pernah sayangkan malaysia neh. Kalau pun mereka sayang, kasih sayang mereka itu tidak boleh dibanding dengan kesayangan mereka terhadap duit dan sebagainya.

Kalau sungguh mereka sayang rakyat malaysia,  waima setitik pun airmata kita jatuh, mereka akan rasa bersalah. Ini usah kata air mata, darah dan nyawa rakyat telah melayang ditangan orang jahat, tapi apa yang mereka buat untuk kita?

BERSIH HARAM. PR HARAM. PENYOKONG PR HARAM.  DSAI MELIWAT. TGNA SESAT. PAS PARTI SESAT. PKR PARTI HAPRAK. DAP PARTI RACIST. BLABLABLABLABLABLABLABLA.. dan neh berterusan hinggalah ke perhimpunan agung sendiri.

Kalau benda betul takpe, neh benda fitnah. Lagilah buat orang menyampah. Masalah rakyat sorok bawah karpet. Yang baik2 citer satu dunia. Yang buruk2 langsung tak bersuara.
Walaupun PR neh tidaklah sebagos mana, tapi apa salahnya kalau BN memilih cara damai dan mengubah landskap politik malaysia. Jika BN boleh brhenti menfitnah, sudah semesti PR juga boleh brhenti mempropaganda. Jika BN boleh menerima teguran dan kritikan, sudah semestinya PR boleh menjadi pembangkang yang baik dan berhemah. 

Politik di malaysia neh jadi kelam kabut kerana ada pihak yang mainkan lagu fitnah. Dan fitnah neh sangat besar kesan nya. Apa yang kita alami hari neh adalah kesan daripada fitnah. Dan orang yang bertanggungjawab memulakan fitnah neh ialah umno. Dan umno jugalah yang harus menghentikan seme fitnah neh. Even dalam doa pun bawa unsur2 finah. Punyalah melekat kuat virus fitnah dalam diri pemimpin umno yang baru balik haji.


2. Sumpah baiah.

Walaupun aku langsung tidak bersetuju dengan wakil rakyat pas yang disuruh berbaiah lafaz talak tiga andai meninggalkan perjuangan tetapi aku boleh nampak sebab disebalik perbuatan tersebut. Namun itu bukan alasan untuk kita pandai2 mengatakan bahawa pas = parti sesat.

Pas yang dicop sebagai sesat kerana baiah oleh umno pada awal tahun, akhirnya umno sendiri yang berbaiah. Mereka beri alasan neh sebagai membenarkan hujah mereka bahawa pas ialah sesat ;
Bagaimanakah bentuk bai'ah masyarakat Yathrib dengan Rasulullah saw di Bukit Aqabah? Adakah isi kandungan bai'ah tersebut sama dengan kandungan bai'ah talak Pas? Ini merupakan kandungan bai'ah mereka kepada Rasulullah saw;
  1. Kami tidak akan menyekutukan Allah yang Maha Esa
  2. Kami tidak akan mencuri, melakukan zina, membunuh anak-anak dan bercakap bohong
  3. Kami tidak akan menolak perkara-perkara baik
  4. Kami akan mengikut perintah Muhammad Rasulullah baik semasa susah mahupun semasa senang -tfia-

Terima kasih kerana bandingkan baiah pas dengan baiah kepada Nabi SAW. Benda neh satu benda yang bagos dan pas perlu pertimbangkan cara lain bagi mengikat taat setia wakil rakyat. Contohnya buang kerusi adun / mp yang dimenangi andai membelot dari perjuangan. Lebih baik kalau buat perjanjian peguam agar benda neh sah dari segi undang2 andai ada ahli2 yang benar2 belot dari perjuangan.

Tapi sesudah bandingkan ia dengan pas, jangan pernah lupa bandingkan ia dengan umno pula. Tang mana satu dari 1 ke 4 ada persamaan dengan baiah Nabi SAW? PAS ada keempat2 di atas dan dengan tambahan lafaz talak tiga. Keempat2 di atas bukan sahaja dibuat dalam bentuk baiah malahan juga diamalkan sehari2. 

Jadi bagaimana pula dengan umno? Yang mana satu persamaan nya? Ataupun takde langsung?

Ameno : Tanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...