Wahh..
Sudah ada saluran berita terbaru sebagai alternatif kepada berita yang sedia ada di malaysia neh. Baca bawah neh ;
Worldview Broadcasting Channel (WBC), satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April tahun depan kini membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Dis lalu.
Menurut satu kenyataan Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd, ujian siaran itu adalah dari pukul 7 petang hingga 10 malam dan boleh diikuti menerusi frekunesi UHF Saluran 39 pada 615.25 megahertz dengan siaran program majalah serta dokumentari tempatan dan asing.
Kandungan utama stesen televisyen itu adalah 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala bakinya adalah pelbagai program meliputi hal ehwal semasa dan dokumentari.
"Penonton WBC boleh mengikuti laporan berita yang disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi di seluruh dunia yang disampaikan mengikuti perspektif Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Arab," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pendekatan WBC untuk mempelbagaikan sumber berita menerusi kerjasama dengan stesen televisyen berita dan hal ehwal semasa seluruh dunia akan memberikan penonton pengalaman baru menonton siaran berita.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.wbcchannel.tv, menurut kenyataan itu. -MKINI-
Untuk rekod 90% pemberitaan di malaysia neh memang memualkan. Baik dari pr mahupun dari bn. Mereka memang benar2 membencikan. 10% je yang okey. Antaranya malaysia insider, sinar dan awani.
Kalau diperhatikan pemberitaan politik di malaysia neh mereka akan cenderung bagi alasan bahawa kebiasan media arus perdana sebagai punca mereka memilih untuk melapor berita dengan sendiri. Ini satu usaha yang bagus. Tapi masalah bermula apabila mereka sendiri melakukan pembiasan yang sama sebagaimana media arus perdana lakukan. Inilah yang benar2 membencikan.
Asalnya ko benci BIAS. Good. Tapi ko sendiri amal BIAS? Boleh? Selepas tue mereka bagi pula alasan lapok owhh dorang buat takpe. Kita pun buat lah balik. Lagipun normal lah neh kan media pembangkang mestilah siar berita2 pro pembangkang jek.
Wakluee..
Kalau itu alasan nya maka normal juga media arus perdana bias sebab media tersebut dikuasai oleh bn. Jadi jangan pongpang pasal bias dan pasal undi bila sendiri dah tetapkan di minda bahawa media pembangkang = berita mestilah pro pembangkang = dan hasilnya hanya pro pembangkang je larh yg undi ko. Adil bukan?
Walhal, ko nak raih undi kan? Adakah hanya pro pembangkang je yang mengundi? Aniaya. Bukan. 12juta pengundi di malaysia neh ada pelbagai pandangan. Pro pembangkang dan pro kerajaan hanyalah meliputi 5juta ataupun kurang darinya. Yang menguasai undi ialah orang atas pagar = bebas = neutral yang menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta dan penjelasan yang kukuh.
Inilah target sasaran ko. Orang pro pembangkang neh dah sah2 takan undi lain. Lagi ko buat media untuk dorang buat hapa? Ko nak orang sokong ko kan? Ko nak orang lihat ko berkaliber kan? Ko fikir orang akan melihat ko berbeza bilamana ko amalkan apa yang umno dan bn buat? Aniaya. Choltey aniya. Tidak sama sekali. Jangan pernah mimpi.
Inilah target sasaran ko. Orang pro pembangkang neh dah sah2 takan undi lain. Lagi ko buat media untuk dorang buat hapa? Ko nak orang sokong ko kan? Ko nak orang lihat ko berkaliber kan? Ko fikir orang akan melihat ko berbeza bilamana ko amalkan apa yang umno dan bn buat? Aniaya. Choltey aniya. Tidak sama sekali. Jangan pernah mimpi.
Apa salahnya, walaupun ko media di bawah pembangkang tetapi ko laporkan berita2 yang benar dan tanpa bias. Apa salahnya instead of sering mencari salah, ko laporkan berita2 yang boleh memperbaiki kesalahan2 tersebut? Manusia ada akal. Dorang akan pandai banding. Contohnya ;
Harakah bias : CSL HINA HUDUD. BIADAP. <-- berita bias, time csl lapor time karpal sorok.
Utusan bias : Karpal singh hina hudud. Pas bawah kawalan Dap. <-- berita bias, time csl senyap time karpal lapor.
HARAKAH = UTUSAN = MEDIA ARUS PERDANA = MEDIA PRO PEMBANGKANG.
Bezanya? Utusan jual fitnah, harakah pula jual propaganda dan lawak.
Ya.. ya ya.. lepak dulu. Ruangan komen ada kat bawah tue. Nak marah ka nak sakit ahti ka nak apa ka, buat selepas neh. Okey?
Cuba bayangkan ;
Harakah pro telus : CSL DAN Karpal singh persoal hudud. Pas akan tarbiah bn dan dap secara berjadual.
Bila orang tengok dan baca, ini secara automatiknya akan mengubah persepsi seseorang. Akhlak yang baik akan meraih rasa hormat orang lain. Inilah yang PR gagal faham. Pemberitaan di malaysia neh bukan di tangan umno dan bn. UMNO dan BN bukanlah penanda aras ataupun rujukan kita bila kita melaporkan berita. Kita sepatutnya ada trademark sendiri.
Jika utusan dan media arus perdana tidak boleh pergi kepada ketelusan, maka kita buat. Jangan sesekali merendahkan diri kita dengan membandingkan cara pemberitaan antara pr dan bn. Siapa bn itu sehingga kita perlu meniru cara mereka melaporkan berita? Siapa?
Sampai bila harakah [khususnya dan media pro pembangkang umumnya] hanya mahu dibaca dan dibeli oleh ahli sahaja? Sampai bila nak harap dan hadap undi dari ahli2 + penyokong2 pas dan pr sahaja? Bukan kah sudah sampai masanya untuk harakah keluar kepompong tersebut? Kalau nak undi rakyat malaysia syarat pertama kena jadi adil dulu. Apa sahaja dibuat oleh bn, jangan lagi ditiru. Orang jadi malas dengan pembangkang sebab mereka melihat bn dan pr ialah cermin kepada diri masing2. Faham?
Dan sudah sepatutnya harakah boleh berdiri sendiri. Pengalaman sangat luas. Lebih luas dari malaysiakini dan malaysiainsider tetapi kenapa harakah dilihat sangat kuno dan lembab? Ini benar2 membencikan.
Kalau utusan tak boleh lapor berita telus, harakah lah buat. Biar baik buruk pembangkang dan kerajaan seme disiarkan tanpa bias. Perkemaskini bahasa dan jangan sesekali mempromosikan
budaya maki hamun.
Sampai bila harakah mahu orang mengenali pas sebagai
parti islam yang suka maki hamun? [melalui penulisan mengarut wartawan harakah]. Sampai bila harakah hanya mahu memasang cita2 owhh harakah neh untuk ahli sahaja maa. Biarlah kami nak sempoi2. Mana pergi otak bussiness dalam brain orang2 harakah neh? Mana?
Apa salahnya meluaskan penulisan harakah sehingga memaksa orang ramai tercari2 harakah di pasaran. Inikan product orang islam. Product neh perlukan inovasi bhai. Idea yang kreatif mesti mao. Inilah caranya kita berkembang. Ekonomi first, barulah dakwah senang.
Andai kata orang ramai mula tercari2 harakah, mereka akan sedaya upaya langgan dan jadi ahli supaya boleh baca harakah sekaligus bermakna market dan modal bertambah. Bila market dan modal bertambah, media harakah boleh berjalan seiringan dengan utusan. Malahan mungkin lebih hebat dari utusan.
Bukan kah peluasan penerbitan harakah akan memperluaskan konsep dakwah? Bukan kah ia akan menjana pendapatan umat islam dan mencipta peluang pekerjaan? Bukan kah ia akan membantu pertambahan dana politik pas yang selama neh asyik pandai minta derma jek?
Inilah kesilapan jentera media penerangan pas yang benar2 membencikan. Mereka bukan sahaja tidak pandai mempromosikan pas malahan mereka gagal membawa perubahan terhadap pandangan orang ramai terhadap pas. Buat apa ko jadi media pas kalau akhirnya melalui ko, orang bertambah2 benci pada PAS dan PR?
Dan macam biasa setiap kritikan kepada pas hanyalah satu lagi catitan dosa. Ini lah pasal agaknya orang malas nak mengkritik pas. Ia benar2 membencikan.
Ameno : harakah dan utusan adik beradik tapi sorang nakal dan sorang jahat.