Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Disember 2011

10 salah faham rakyat terhadap PR - PART I





Di bawah neh ialah 10 salah faham yang berlenggar di pemikiran rakyat malaysia. Anda kena baca dan fahamkan perkara sebenar. Jangan takutkan diri sendiri atas benda yang tidak pasti apatah lagi takut dengan perkara2 fitnah. Itu sendiri takutkan diri sendiri namanya. Kalau nak rasa takut pun, biarlah atas benda yang ada asasnya.


1. Anwar Ibrahim ialah agent CIA. Dia berkawan rapat dengan yahudi. PKR menerima dana dari yahudi untuk berkempen di Malaysia. Bila PKR menang kelak, Malaysia akan menjadi alat yahudi. 

Penjelasan : DSAI bukan agent mana2 pihak. DSAI berkawan dengan yahudi. Dan semua pemimpin di malaysia juga berkawan dengan yahudi. Hubungan neh terjalin atas beberapa sebab. Contohnya apabila mereka menghadiri persidangan antarabangsa. Ataupun mengangotai pertubuhan yang sama.

Ini ialah perkara yang normal apabila anda menjadi pemimpin negara. Najib juga berkawan dengan yahudi. Najib juga melantik apco [zionist] sebagai perunding antarabangsa bagi membina semula imej di peringkat antarabangsa. CIMB [adik najib] juga berkerjasama dengan israel dalam sistem sekuriti banknya. Malaysia juga mengizinkan kapal israel berlabuh di Malaysia. Malaysia juga ada mengeluarkan permit import-eskport [perdagangan] dengan israel.

Malahan rosmah mansur juga ada membeli barangan yang mahal2 dari syarikat pemilikan yahudi. Sama seperti kita yang menggunakan barangan yahudi, makan makanan francais yahudi dan main fb. 

- Tapi.. kenapa media hanya mengatakan dsai je brkawan rapat dengan yahudi? Siap ada video lagi. Tipulah najib berkawan dengan yahudi.. fitnah jer neh. 

Media mengatakan demikian atas tujuan propaganda dan politik semata2. Ini dilakukan agar rakyat kekal melihat najib = umno sebagai seorang yang baik manakala dsai = pkr sebagai orang yang jahat.

- Tapi kenapa..? Siapa dsai neh yang sibuk2 sangat najib nak jatuhkan? Dia bukan nya apa sangat..

DSAI memang bukan apa sangat. Malahan bukan apa2 langsung pun. Kenapa najib takut sangat dengan dsai ialah najib merasakan bahawa dsai boleh menganggugugat kedudukan dan kuasa politik najib di malaysia.  Oleh kerana sebelum dan ketika tahun 1998, najib dan dsai agak rapat tetapi setelah dsai dijatuhkan, pada masa itu barulah dsai kenal siapa lawan dan siapa kawan. 

DSAI tahu banyak rahsia negara. Dia juga tahu rahsia najib. Dan tahu bagaimana sistem negara neh [pentadbiran] berjalan. Oleh kerana dia ada pengalaman neh, maka najib merasakan bahawa dsai ialah pesaing dia yang sangat kuat. 

Mahathir, pm malaysia selama 22 tahun juga terpaksa berundur, semua nya atas satu sebab iaitu dsai. DAP dan PAS boleh berkerjasama, semuanya juga di atas satu sebab iaitu dsai. Oleh kerana najib melihat dsai boleh pergi jauh dalam politik di malaysia, dan boleh meraih kepercayaan dari rakyat, maka dia berfikir bahawa ada baiknya jika kredibliti dsai dijatuhkan sebelum dia benar2 merampas malaysia neh dari dia dan umno.

Dan apabila dia gagal mencari kelemahan dsai yang benar2 boleh menjatuhkan dsai, maka mereka beralih kepada mencipta [me-reka2] kelemahan sehingga menjurus kepada perbuatan fitnah dan sebagainya. 

- Tapi..pkr menerima dana yahudi.  Dari george soros. Ezam dan Rahimi yang bagitau. Ezam dan rahimi dulu kan ex pkr dan orang kuat dsai.

PKR memang ada menerima dana. Dulu dari syarikat2 dan orang2 persendirian. Sekarang mereka menerima dari peruntukan kerajaan negeri selangor. Malahan mereka juga rajin mencari dana dengan menjual buku, banner, sticker dan tshirt. 

Semua neh diperlukan bagi meluaskan aktiviti kempen dan membiayai individu2 yang mengusahakan kempen2 tersebut. Manusia perlu makan, tempat tinggal dan bayar hutang dan sebagainya. Adalah amat mustahil nak hidup tanpa duit dan hanya melibatkan diri dengan kempen sana sini jek. So sebab itu pkr perlukan dana untuk bergerak.

Tetapi tuduhan bahawa pkr menerima dana dari yahudi dan george soros adalah tuduhan yang dibuat melalui percakapan. Maksudnya ezam dan rahimi hanya menuduh pkr menggunakan air liur. Andai benar pkr ada menerima dana dari yahudi dan george soros, lebih baik ditampilkan bukti yang jelas. Ini perlu bagi menegakkan hujah. 

Contoh ;

Aza : Wehh ko curi duit aku ek?

Din : Bila masa.

Aza : Ya, aku tahu ko curi. Dengan neh aku isytiharkan ko ialah seorang pencuri. Nanti aku akan mendedahkan kepada pihak media, masuk paper dan sebagainya. Dan ko kini ialah pencuri.

Din : Aik..? Bukti apa takdak.. dan2 aku dah jadi pencuri?

Inilah situasi sebenar bagi mengambarkan tuduhan ezam dan rahimi terhadap pkr yang menerima dana dari yahudi.  Berkaitan soal politik pula, ezam dan rahimi berhak dan bebas menukar hala tuju dan pendirian mereka. Boleh jadi hari neh mereka umno dan esok pkr selepas tue umno balik dan kemudiannya bebas dan begitulah seterusnya. Sebab kenapa mereka menukar halatuju politik, hanya Allah swt yang lebih jelas tentang itu. 


2. PR hanya nak merampas kuasa dari bn. Mereka tamak. Mereka hanya nak menrealisasikan cita2 dsai yang nak menjadi PM. PR juga ialah alat dap yang cuba nak merampas kuasa politik dari orang melayu. Orang melayu ada apa je di malaysia. Semua orang cina dah pegang kecuali kuasa politik. Inilah yang dap dengki sangat. DAP juga anti islam. Dia nak mengubal undang2 dan menyamaratakan semua agama. Sudah lah di kebanyakkan negara anti islam, neh nak jadikan Malaysia pun anti islam juga? Taknak undi PR walaupun BN bukan bagus sangat tapi PR lagi teruk. 

Penjelasan : Ini ialah ketakutan dan persoalan yang berasas. Tapi adakah ketakutan neh berdasarkan kepada fakta? Ya, PR nak rampas kuasa dari BN. Tetapi bukan sebab tamak, sebaliknya disebabkan nak mengajar bn agar jangan tamak lagi. 

Apa yang PR nak buat sekarang ialah membuktikan kepada BN ialah PR boleh buat yang lebih baik dari apa yang bn buat. Caranya hanya dengan merampas kuasa. Kelemahan yang paling utama dalam bn ialah ;

- penyelewengan yang tidak berkesudahan dan tiada pemantauan.[oleh pemimpin]

- rasuah yang berleluasa dan tidak dikawal.

- orang kaya terus dibela, orang miskin terus ditindas.

- karenah biokrasi yang menyesakkan dan menyusahkan.

- kroni bn bermaharajalela manakala rakyat biasa [yg tiada link] tidak mendapat apa2 yang diperuntukkan sebagaimana yang sepatutnya.

- Media massa yang sangat berat sebelah.

- Masalah sosial umat islam yang sangat2 membimbangkan tetapi tiada langkah2 pencegahan yang efektif.

- Dakwah islam yang penuh halangan.

- Masalah jenayah yang tinggi dan polis sibuk urus hal politik dan vvip.

- Harga barangan yang semakin melambung tetapi tiada penyelesaian efektif.

Contoh ;

Hai, saya aishah. Saya berumur 19 tahun. Suatu hari ada vvip rogol saya. Saya report polis, tapi tiada tindakan. Saya sangat marah, lalu saya cadang nak buat pc, tetapi tiada media sudi nak laporkan. Akhir sekali saya di ugut bunuh andai berani mengambil apa2 tindakan. Saya sangat marah dan buntu. Walaupun vvip tersebut tawar saya wang bagi menutup mulut tetapi saya menolak dan berasa sangat sakit ahti. Di manakah keadilan rakyat biasa macam saya?

Hai, saya aishah. Saya berumur 19 tahun. Saya ialah anak kepada seorang vvip dan sangat kaya. Suatu hari ada vvip rogol saya. Saya report polis, dan tindakan serta merta dibuat. Saya sangat marah dan saya buat pc hebahkan pada semua. Semua media laporkan isu tersebut dan keluarga vvip tersebut malu. Saya sangat bersyukur kerana keadilan berada di pihak saya. Terima kasih PDRM.

Dua individu yang berbeza. Satu situasi yang sama. Tetapi cara layanan yang berbeza. Boleh faham? Inilah yang bn buat pada rakyat malaysia. Inilah yang dia bagi kita dan majoriti rakyat malaysia alami. Situasi neh sangat2 menyakitkan ahti rakyat malaysia. 

Atas sebab neh larh, maka rakyat jadi marah. Bila bercakap, tv taknak siar. Bila pergi lapor, pdrm dan sprm takmo amek tindakan. Bila mengadu, perlu menunggu sampai kiamat baru nak proses. Ataupun perlu ada orang dalam + orang politik, barulah diberikan perhatian. Jadi seme menda neh menyakitkan ahti.

Kalau mengadu harga barang naik, nak bercakap benda neh membebankan, tv pun tak sanggup lapor sebab di kawal pemerintah. Nak komplen isu rasuah, isu penyelewengan pemimpin pun tak boleh. Konon nya atas alasan bukti. Even ada bukti pun dia tak bagi. Kalau takde bukti, asal sahaja ia berkaitan PR laju je masuk berita.

Pendek kata, keadilan untuk apa sahaja telah dikawal di malaysia neh. Sehinggalah ia diluluskan oleh bn barulah boleh proceed. Andai bn say no, maka janganlah pernah mimpi untuk dapat keadilan.  

Selepas semua masalah neh rakyat neh digabungkan, akhirnya PR mula berfikir sudah sampai masanya mereka memerintah malaysia. Sebab bn sudah tidak relevant lagi. Bukan pasal PR tamak kuasa, tetapi sebab dah muak dengan sandiwara bn. 

Berkaitan dengan dap yang cuba mengubah perlembagaan ==> ini ialah persepsi. Pas sesekali tidak akan biarkan dap melampaui batas racistnya.  Ini telah dibuktikan banyak kali bila pas dan dap beberapa kali bertelagah isu2 yang berkaitan islam kemudian diambil kesempatan oleh umno untuk putar fakta. Ingatkan umno nak backing pas, tetapi dia jadi setan lak kat tengah2. 

Contoh ;

A, B dan C ialah kawan. D pula tak kawan dengan A,B dan C. C dan D ialah adik beradik. Suatu hari C bergaduh dengan B. C dipihak yang benar. D tahu. Tetapi dia buat2 taktahu dan sebarkan pergaduhan C dan B siap dengan tokok tambah lagi. Sebagai adik beradik kepada C, D bukan sahaja tidak membantu C, malahan D siap provoke2 lagi biar C terus2 disalahsangka oleh B dan orang lain.

D = umno.
C = pas.

Dah tahu pas nak menerangkan islam kepada dap, umno pakat2lah bantu biar dap faham islam. Biar mca faham islam. Senang sket kerja kita.Neh tidak. Ditikamnya kita lagi. Inilah dia perangai umno yang ramai orang benci. Malahan umno juga seringkali melakukan tindak tanduk yang bukan mencerminkan kehendak islam itu sendiri. Ini salah. Walaupun tanpa dap, islam sebenarnya semakin tersisih dari rakyat malaysia akibat corak pemerintahan bn sendiri.

DAP mungkin anti islam. Boleh jadi dia tidak anti islam. Boleh jadi dia salah faham tentang islam. Boleh jadi dia taktau apa itu islam. Tetapi walau apa pun perasan dap terhadap islam, itu bukan alasan untuk menolak pr. Selain dari dap, di dalam pr ada pas dan pkr [yg mendominasi pkr ialah orang islam]. 

Kalaupun dap benar2 mahu menghapuskan islam di malaysia neh, apakah orang2 islam di dalam pas, umno dan pkr akan menyokong tindakan mereka di dalam parlimen? Pecahan kerusi MP didominasikan oleh orang islam. Kerisauan tersebut adalah tidak mungkin bagi pru-13.

3. Saya tahu bn jahat. Tapi kan saya rasa tak yakinlah dengan pr. Saya tengok negeri yang dipimpin oleh pr kelam kabut je. Contohnya kelantan. Sana banyak masalah sosial, air dan miskin sangat. Lagipun pas tue tak sukakan kemajuan.

Penjelasan : PR di beberapa negeri memang kelam kabut. Ini berlaku disebabkan masalah peralihan kuasa, campurtangan orang2 dalam [fraksi umno], had kuasa, masalah kewangan, provokasi dan kakitangan lama yang setia dengan bn. 

By time, masalah tersebut berjaya diselesaikan walaupun belum lagi menyeluruh. Bagi lah sedikit masa kepada PR untuk membetulkan apa2 yang salah. BN pun dapat 54 tahun. Takan PR nak amek masa 4,5 tahun pun kita nak pertikaikan?

Apa yang berlaku di kelantan, kebanyakkanny di tokok tambah. Ada lah dicadangkan anda berkawan, melawat dan mengenali dulu pas [at least] sebelum terus membuat penafsiran bahawa kelantan mundur. 

Lagipun mengikut stastistik, negeri yang termiskin sekali ialah sabah, sarawak dan perak. Ini negeri2 bn. Ya tidak masuk tv3.

Manakala negeri air terkotor ialah perlis, pahang dan labuan. Ini negeri2 yang bn pegang.
Masalah sosial pula didominasi oleh johor, perak dan melaka. Ini pun negeri2 yang bn pegang. Ketahui fakta anda sebelum anda menyangka. 

PAS menerima kemajuan dan pembangunan. Malahan pas mengalakkan kerajaan pusat membantu pas kelantan membina infrasktuktur yang sepatutnya. Tetapi, kerajaan pusat suka bagi syarat.  Mereka hanya sudi bantu kelantan andai kelantanese tolak pas. Jadi dimanakah sikap perpaduan antara ummah yang dianjurkan oleh islam, di amalkan oleh umno disini? Mereka cakap lain tapi buat lain. 

Contoh ;

UMNO depan media : saya nak bantu pas.. tapi pas neh bodoh sombong. Dah banyak kali umno tawar bantuan tapi pas hanya pandai mengherdik je.

UMNO depan kelantan : saya akan bantu tuan2. Tapi tuan2, kenalah pilih umno dulu. Kalau tak pilih umno macam mana nak bantu tuan2?

UMNO depan2 geng perompak [umno juga] : Royalti minyak ka apa ka jangan harap boleh dapat selagi kelantan aku tak pegang. Hak ka apa ka itu belakang citer. Janji duit tue tak dapat kat ko dan kelantan. Hahaha..

Gila betul. Inilah senarionya. Nak membantu, harap balasan. Lepas tue berlagak baik depan media. Saiful pun menangis. Ada orang lagi pandai berlakon dari dia beb.

Kalau sungguh nak bantu, bantulah. Jangan pasal fikir pasal pas. Fikirlah pasal islam. Walaupun pas yang perintah kelantan, tapi pas kan orang islam dan orang melayu. Bukan nya rugi apa tak dapat perintah satu negeri sedangkan umno ada banyak negeri2 yang lain. 

Artikel neh akan bersambung di dua artikel yang lain.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...