(1)
Langit tidak selalunya cerah. Kadangkala, ketika kita menyangka ianya cerah hingga ke petang, namun baru sahaja tengah hari, hujan turun dengan lebatnya.Terpaksalah kita kenselkan program yang telah dirancang.
Begitu jugalah dengan kehidupan manusia. Tidak selalunya indah. Kadangkala kita berada diatas, kadangkala kita berada di bawah. Turun naik.
Apabila kita berada di atas, kita sering terlupa. Kita sangkakan hidup ini indah, best dan semuanya berada dalam genggaman kita.
Bila di atas, kita sangkakan orang sekeliling kita teman atau sahabat. Mereka sentiasa bersama. Tetapi apabila kita terjatuh kebawah, barulah kita tahu siapa teman siapa sahabat. Siapa ikhlas dan siapa ada kepentingan.
Jangan terkejut jika yang kamu sangkakan teman baik itulah - bukan sahaja tidak menolong malahan memijak-mijak lagi kamu yang sedang menderita.
Diatas hanyalah introduksi yang boleh menjadi pengajaran kepada saya dan anda yang membaca tulisan ini agar berhati-hati dalam hidup dan jangan terlalu percayakan "keindahan" yang dilihat disekeliling.
(2)
Semenjak menglibatkan diri dalam dunia aktivisme dari zaman mahasiswa sehingga hari ini, pelbagai manusia telah diketemui. Ada yang berjuang untuk mendapatkan sesuatu seperti pangkat, kedudukan dan habuan.
Namun tak dapat dinafikan ramai juga yang berjuang tanpa memikirkan "ganjaran" atau "habuan". Diantaranya adalah sepasang suami isteri dan dua orang anaknya yang telah aku kenali semenjak berberapa tahun lalu.
Aku seringkali terlihat mereka berdua membawa dua orang anaknya dalam kebanyakkan program-program kerakyatan termasuklah dalam kebanyakkan demonstrasi-demonstrasi di ibukota. Pasangan ini tidak lain tidak bukan adalah Fendi, Sham dan kedua anaknya Annisa dan An-Nur.
Mereka kurang bernasib baik kerana kedua anaknya menghidap penyakit "Cerebral Palsy". Aku tak berapa faham sangat dengan penyakit ini- akan tetapi aku ada pakcik yang mempunyai anak yang menghidap penyakit ini.
Pakcik aku kurang bernasib baik kerana kedua anaknya yang menghidap penyakit ini telahpun meninggal dunia walaupun telah berpuluh tahun membela kedua anaknya itu.

Aku kagum dengan semangat yang ada pada Fendi dan isterinya Sham. Mereka tidak berputus asa. Kini mereka ingin mencari jalan untuk memberikan sinar baru kepada Annisa dan An-Nur. Mereka bercadang untuk membawa kedua anak tersayang ke China untuk mendapatkan perubatan dan pendidikan.
Di China terdapat hospital yang boleh memberikan rawatan dan terdapat juga sekolah khas untuk penghidap penyakit "Cerebral Palsy". Namun ianya bukan murah. Fendi dan isterinya memerlukan lebih kurang RM 500,000 untuk menjayakan impian mereka.
Dengan sokongan dan dokongan daripada teman-teman yang baik hati, maka terlancarlah kempen yang dinamakan "Hope 2 Walk". Kempen ini bertujuan untuk memungut derma bagi mencukupkan dana bagi memberikan harapan baru kepada Annisa dan An-Nur. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen "Hope 2 Walk", sila klik disini atau rajin-rajinlah melawat blog www.kulupsakah.blogspot.com
Jika anda mempunyai rezeki lebih, dermalah kepada mereka. Mereka benar-benar memerlukan. Jika tidak boleh derma besar, derma sikit-sikit pun tak apa. Sekadar yang termampu. Untuk menghubungi Fendi, lawatilah alamat blog diatas.
Artikel neh untuk tujuan sebaran. Jika anda ada blog dan sudi membantu mereka, sila sebarkan kempen derma neh di blog masing2. TQ