Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 September 2011

Miss bikini di perak - Di sokong 100% tanpa was2.



Aku tak pasti samada zambry boleh dipersalahkan atau tidak dalam isu neh sebab maklumat yang dilampirkan dalam bentuk yang was2. Betul ke pelancongan perak yang anjurkan event di atas neh? Jangan salah faham. Aku bukan nak bela zambry dalam soal neh. Cuma at least bagi lah hujah konkrit untuk menyalahkan zambry dalam isu neh apa2 hal dulu.

Bagi aku kalau event neh memenuhi beberapa syarat yang ada di malaysia [kena faham maksud ayat neh yer] ;

1. di anjurkan oleh orang bukan islam

2. yang terlibat ialah orang bukan islam

3. dapat permit dari penguatkuasa

4. tidak berbuat apa2 kekacauan kepada masyarakat yang tinggal berhampiran

5. tidak melibatkan orang islam dari segenap segi samada pekerja + peserta

Itu dah enough. Mungkin ramai orang akan marah dengan pandangan aku, tetapi pandangan aku ialah pandangan orang yang sedar diri. Orang yang sedar diri macam aku tidak akan sibuk masuk campur dalam moral umat bukan islam di saat moral umat islam itu sendiri sedang menuju kehancuran. Aku bukan nak bela dorang..tapi siapa aku nak tegur dan perbetulkan dorang kalau umat islam sendiri sedang hanyut dan rosak segala bagai?

Pada aku, lantaklah dorang nak buat apa pun sebab umat islam pun lebih kurang gitu je. Fasha sandha siap berbikini di bali lagi. Ramai lagi artis islam berbikini walaupun tanpa miss bikini. Neh at least mereka berbikini sebab miss bikini tapi yang bukan ada miss bikini tapi sibuk berbikini gak apa cerita? Apa tindakan kerajaan dalam menghukum dan mentarbiah mereka? NONE. I repeat, NONE.

Akhlak umat islam sendiri adalah disaster di malaysia neh tapi sibuk pula nak memperbetulkan akhlak orang bukan islam? Kelawakan apakah neh? Umat islam ada hidayah + ilmu + pengetahuan tentang akhlak berbanding orang bukan islam tapi dorang tak amal. Dan bila ada benda2 yang membabitkan umat islam contoh kes berbikini sana sini haramm nak amek tindakan. Sapa pun tak mendongak untuk pantau.

So.. kalau dah umat islam sendiri tergolek berbikini dalam dan luar filem, yang ada kelulusan finas dan sebagainya.. jangan sibuk2 nak halang event orang lain plak. Event neh aku sokong 100%. Korang nak marah aku, marah larh. Bagi aku menyokong event orang bukan islam lebih baik dari melihat umat islam yang tak sedar diri moral masyarakat islam tapi sibuk menegur moral umat bukan islam. Sekian.

Ameno : Sehingga sedar diri..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...