Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Januari 2011

Ronnie liu : Jangan sibuk urusan umat islam.

Saya rasa kebanyakan dari kita dah tahu yang khalid ibrahim, menteri besar selangor telah bersetuju akan membantu org islam yg mahu berhenti kerja di tempat2 seperti pub, kilang arak, disko, pusat2 judi dan sebagainya untuk mencari kerja yang halal. Sila rujuk sini.

Sekarang neh khalid ibrahim telah mendapat tentangan yang sengit dari ronnie liu. Ronnie liu neh adun nya DAP. Walaupun baru2 neh dia dihukum oleh dap atas masalah disiplin parti itu soal lain. Soalnya kini apsal si ronnie liu neh sibuk sangat nak menghasut org islam supaya terus kerja haram? Baca sini

Mungkin kita tak sedar ataupun kurang peka sebab tak kerja kat tempat2 macam tue, tapi dari apa yang aku tahu, memang ramai org2 melayu yg terlibat dalam kerja2 sedemikian. Ini bukan hanya org2 dalam negara, ini termasuk org2 islam luar negara terutamanya indonesia. So mungkin inilah yang ronnie liu marah sangat.

Mungkin kalau khalid cuma sebut umat islam malaysia, ianya takde berapa nak effect kat ronnie liu, tp masalahnya sekarang khalid sebut umat islam. So ble dah namanya umat islam, bukan kira umat islam malaysia, umat islam indonesia, umat islam singapore ataupun umat islam dari negara2 lain. Ianya hanya satu. Umat islam hanya bermaksud umat islam. So khalid nak bantu umat islam. Ini bukan perkara jahat. Ini perkara baik. Kalau sungguh umat islam kena support usaha murni khalid neh. Jangan dok pandang level parti. Sebab khalid nak bantu umat islam. Bukan nak bantu umat pkr. Bukan nak bantu umat pas. Tapi umat islam. Kena faham apa itu umat islam dulu.

Sebab itulah si ronnie liu neh cemas semacam. Aku kenal beberapa org indonesia yg tak boleh nak solat sekalipun kerana di tegah oleh majikan mereka. Heh. Ini kisah benar. Ada kat cheras. Aku tak cakap ikut parti. Aku tak citer ikut bangsa. Aku luah ikut realiti. Memang ada perkara macam neh. Aku tahu ada indonesia yg kena masak babi. Aku tahu ada org indonesia yg kena makan makanan yg tidak halal. Majikan mereka memang ada yang kejam. Majikan mereka bekas majikan aku juga. Menyampah juga aku dengan majikan macam neh.

Pernah majikan aku bawa anjing kat tempat kerja. Dah tue dia siap suruh aku buat kerja sambil anjing tue dok gesel2 kat kerusi tempat aku duduk. Gila apa. Macam mana aku nak buat inventory stock kalau dah ada anjing kat bawah kerusi aku. Dah le aku tak suka anjing. Jangan salah faham, benci anjing bukan bererti aku benci ciptaan Allah swt. Aku cuma rasa tak selesa. Sama macam aku rasa tak selesa dengan anak2 kucing yg baru lahir.

Tapi di antara majikan2 aku, bukan seme nya jahat. Dari 10 adalah 7 yang baik. Ada yang sediakan surau untuk ruang solat. Majikan macam neh aku respect. Majikan yang jahat tue mungkin bersikap macam ronnie liu. Majikan yang baik itu mungkin bersikap macam lim guan eng. So ini terbukti manusia yg sama bangsa boleh jadi jahat dan boleh jadi baik.

So, untuk isu neh, aku minta kita umat islam usah bersikap tunding menunding. Sikap ronnie liu neh memang melampau. Dia tak patut sibuk dalam urusan umat islam. Ya, aku faham mereka tak faham islam. Dan di sebabkan dia tak fahamlah dia patut diam. Ya, aku faham nanti ada lah bloggers dok banding2kan dap [ronnie = arak] dan umno [najib = hub mlm].. apa2lah..bla bla bla.. tapi itu seme tak perlu kawan2. Kita kalau nak buat baik, kita cari yang lagi baik. Dah khalid buat baik, kita kena respect. Dah ronnie buat jahat kita kena libas. Jangan asyik cari salah umno yg lepas2 untuk bela ronnie liu. Tak perlu dan tak penting pun.

Sebaliknya, kita bilas, bidas dan balun je ronnie liu neh kaw2. Dia sibuk tarik tangan umat islam untuk buat kerja haram. Tapi jangan risau, disebabkan kita sayang kawan2 kita, kita kena ikat, peluk, dan tarik semula tangan kawan2 kita agar tidak terjebak ke lembah maksiat.

Ameno : Sudah sampai masanya umat islam bersatu atas dasar islam.

Share this

9 Responses to " Ronnie liu : Jangan sibuk urusan umat islam. "

  1. saya juga kesal dengan situasi ni...but after reading this article- http://becok.blogspot.com/2011/01/muslim-dan-arak-2.html well ... senang cakap kita kena guna hikmah untuk terangkan kebaikan keptusan MB Selangor pada Ronnie Liu. kalau kita tunjuk dengan baik, insyaAllah dia akan terima.
    Kalau kita buat dengan sgt baik, kita even boleh terbalikkan situasi ni.meaning sekarang hal ni kan dah tarik byk perhatian, termasuklah the not-yet muslims.thus by handling this baik2, kita dpt dakwah free kat the not-yet muslims.bukankah itu lebih baik dari menyerang Ronnie Liu dgn keras?

    BalasPadam
  2. Cadangan MB datang selepas Ronnie keluarkan bantahan kepada MPSJ - dan ianya lebih kepada masalah bagaimana isu pengangguran. Walaupun nampak Ronnie tak sepatutnya bukak mulut tapi memang mudah mengeluarkan arahan tapi apa alternatifnya? berapa pendapatan bulanan mereka di pusat pusat ini?
    Pernah menguruskan Dinner untuk tetamu luar negara di sebuah hotel/restoran exklusif di KL. Sommellire dia Melayu. Tukang hidang semua melayu. Sedih gak tengok - bulan Ramadhan lak tu.... gaji dorang? Lebih dari aku... aku nak offer dorang keje dorang nak ke?
    Situlah maslahnya sebab ianya telah menular dengan amat lama sekali sehingga amat sukar hendak mengatasi atau membenterasnya dengan serta merta seperti yasng disyorkan oleh MPSJ.
    Tidak pula bermakna saya mendorong atau memuji tindakan Ronie Liu ataupun pekerja Islam yang beekrja ditempat sedemikian.

    BalasPadam
  3. ronnie liu neh dap pun taknak simpan dia sbb dia terbabit dalam kes rasuah, rci mendedahkan yg ronnie lie bagi tender tidak adil dan telus di selangor. agih2kan projek pd syarikat pro dap dan untung2 nya di bagi pd dap utk perjalanan politik dap. apa beza dap dan umno kalau sama2 kaki rasuah neh? saya melihat dap menyeluruh. bukan kerana sentimen kpd kepada umno menjadikan saya buta menilai kelemahan dap.

    BalasPadam
  4. dengan umno yg islam pun kita dakwah bertahun2 tak makan, ini kan pula dap yg terang2 minum arak, makan babi dan main judi? kita tak boleh menyalahkan dap kalau dia tak faham tp kita juga tak patut tunggu dap sampai dia faham.

    BalasPadam
  5. Cina DAP tak mau la bangsa dia buat kerja waiter ni..apa class kerja ni..bukan boleh kemahiran pun..kerja2 yang tak melibatkan kemahiran kalau boleh Cina DAP nak bagi kat umat islam..sebab kerja yang tak melibatkan kemahiran,gaji tak besar..lagipun susah nak demand....Bila dah gaji sikit..dah tentu ekonomi umat islam tak berkembang..

    Itu yang cina DAP nak sangat tu...

    BalasPadam
  6. Penerangan perlu digiat aktifkan.
    Pas Selangor perlu lebih aktif untuk buat penerangan untuk PKR dan DAP faham. Mungkin PR perlu buat Majlis Dislpin Pakatan Rakyat untuk kawal displin. Kalau ada Adun buat perangai macam Adun Umno , baik buang saja sebab kelak jadi "Pisau Dalam Lipatan".
    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
    Perempuan buat gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
    Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah
    FARISZ@AZ.Com

    BalasPadam
  7. takde yang mustahil..ingat tak dulu DAP selalu bercakaran dengan PAS? dan ameno mengambil peluang sebgai penambah perisa..tapi muncul satu hamba Allah s.w.t menyatukan ke-dua dua parti nie..memang mustahil awalnya, tapi skang semua telah berubah..bak kata pepatah, dalam setandan pisang, pasti ada satu yg busuk..kalo boleh didakwah si Ronnie lagi baik..moga beliau mendapat pencerahan..

    BalasPadam
  8. saya juga kesal dengan situasi ni...but after reading this article- http://becok.blogspot.com/2011/01/muslim-dan-arak-2.html well ... senang cakap kita kena guna hikmah untuk terangkan kebaikan keptusan MB Selangor pada Ronnie Liu. kalau kita tunjuk dengan baik, insyaAllah dia akan terima.
    Kalau kita buat dengan sgt baik, kita even boleh terbalikkan situasi ni.meaning sekarang hal ni kan dah tarik byk perhatian, termasuklah the not-yet muslims.thus by handling this baik2, kita dpt dakwah free kat the not-yet muslims.bukankah itu lebih baik dari menyerang Ronnie Liu dgn keras?

    BalasPadam
  9. takde yang mustahil..ingat tak dulu DAP selalu bercakaran dengan PAS? dan ameno mengambil peluang sebgai penambah perisa..tapi muncul satu hamba Allah s.w.t menyatukan ke-dua dua parti nie..memang mustahil awalnya, tapi skang semua telah berubah..bak kata pepatah, dalam setandan pisang, pasti ada satu yg busuk..kalo boleh didakwah si Ronnie lagi baik..moga beliau mendapat pencerahan..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...