Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Oktober 2017

Surat Dedah Bukti Yang JAS Tak Luluskan Projek Tapi Kenapa Pemaju Teruskan Pembinaan Di Lembah Permai?

Insiden tanah runtuh di Lorong Lembah Permai yang mengorbankan 11 pekerja syarikat pembinaan nampaknya semakin menghimpit kerajaan negeri. Ini berikutan penyebaran satu surat di laman sosial mendedahkan bagaimana projek berkenaan tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar Penang.



Surat yang bertarikh 23 Januari 2015 itu adalah jawapan balas Jabatan Alam Sekitar kepada arkitek lantikan pemaju yang menghantar permohonan untuk kelulusan agensi berkenaan bagi membolehkan mereka membina rumah di atas tapak tersebut.

Bagaimanapun agensi berkenaan tidak meluluskan permohonan syarikat itu atas alasan tidak memenuhi peraturan zon pemampan kerana operasi kuari yang terlalu hampir dengan lokasi projek.

Setakat ini kerajaan negeri tidak mengesahkan samada surat berkenaan adalah tulen mahupun palsu dan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan tentangnya.

Sebelum ini Ambiga selaku pengerusi HAKAM telah mengecam Lim Guan Eng berikutan beberapa kelulusan projek pembangunan di kawasan sensitif termasuklah di lereng bukit seperti projek perumahan di Lorong Lembah Permai. 



Bagaimanapun Lim Guan Eng menjawab Ambiga kononnya "NGO telah jatuh ke dalam perangkap maklumat tidak tepat yang dibuat oleh BN dan beberapa media yang anti-kerajaan," ketika diminta memberikan respon terhadap kritikan lantang oleh Ambiga itu. 
 
Malahan Lim Guan Eng juga sempat menyalahkan BN dalam kelulusan projek-projek berkenaan. "Projek-projek itu diluluskan oleh kerajaan lepas, kami tidak pernah meluluskan apa-apa projek seperti itu," katanya seperti yang dilaporkan menerusi surat terbuka Ambiga kepada Lim Guan Eng yang bertarikh 13 Februari 2016 yang disiarkan menerusi portal Malaysiakini.


Antara lain, kandungan surat itu mendedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak tahun 2008 telah meluluskan 55 projek pembangunan di kawasan berisiko tinggi.


Kandungan surat itu boleh diakses menerusi url berikut;
https://www.malaysiakini.com/letters/330230

Dalam perkembangan yang berkaitan, Adun Tanjung Bungah Teh Yee Cheu mendedahkan bahawanya beliau pernah membantah projek berkenaan sekeras-sekerasnya sampai menjadi bahan ejekan pihak tertentu.


"Selalunya di dalam OAC bila ada permohonan di kawasan sini, ADUN kawasan selalu membantah permohonan di kawasan (lereng bukit) sini sekeras-kerasnya. Tetapi ia disokong sepenuh-penuhnya. Maksudnya diluluskan sepenuh-penuhnyalah. Selalunya saya akan diejek. Ahli Majlis pun ejek," katanya ketika diminta memberikan respon ketika berada di lokasi kejadian pada semalam.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...