Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mei 2019

Kerjasama UMNO - PAS Seperti Opera Cina.

Mohammad Agus Yusoff | KERJASAMA UMNO-PAS SEPERTI OPERA CINA

1. Semasa berucap di Kerdau, Temerloh, TGHH menyatakan PAS dan Umno akan bergabung menjelang PRU-15. Katanya, usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno sudah bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

2. Kata TGHH lagi, perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam PAS dan Umno. Antara individu yang beliau namakan ialah DSAI yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir.

 
3. Saya setuju PAS-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina. Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara secara faktanya, PAS tidak pernah setia dengan rakan. Saya yakin menjelang penamaan calon PRU-15 semasa pembahagian kerusi nanti, Umno akan menjadi mangsa terbaharu.

4. Gabungan PAS-Umno sudah boleh dibuat kerana PAS-Umno sudah bersih dari individu bermasalah. Bila bersihnya? Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno. Manakala orang PAS yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai yang meninggalkan PAS. Yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam.

5. Perpecahan dalam masyarakat Melayu kerana ada individu ekstrem dalam Umno dan PAS dan hendak dipersalahkan pada DSAI. Bila pula DSAI ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya.

6. Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi PAS-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama PAS-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina.

Selamat berbuka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...