Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 April 2019

Betul Ke Kos ECRL Berjaya Dijimatkan Kerajaan? Ulasan Pro Pembangkang.

Syed Agil Jamalullail |PENJIMATAN ECRL ADALAH PENIPUAN TERHADAP RAKYAT!

Berdasarkan maklumat yang diberikan sekarang, pengurangan kos RM21.5 billion adalah bukan penjimatan. Sebaliknya hasil daripada pengurangan spesifikasi skop projek ECRL dan pengubahan laluan jajaran.




Tapi apa yang dikurangkan sebenarnya?

1. Buang 44 terowong sepanjang 50km

Jajaran Gombak-Bentong memerlukan lebih kurang 50km kerja2 terowong, tunneling untuk membina 44 buah terowong. Paling panjang ialah terowong Genting sepanjang 18km melalui banjaran Titiwangsa, yang sepatutnya menjadi longest run train tunnel in Malaysia.

Tapi jika mengikut jajaran Kuala Kelawang, hanya 7km tunneling sahaja, kerana muka bumi yang kurang mencabar.

Kos tunnelling 50km banjaran Titiwangsa boleh menjangkau hingga RM15 billion.

2. Kos ambilalih tanah lebih murah

Kos pengambilan tanah di jajaran Kuala Kelewang semestinya lebih murah berbanding dengan jajaran Gombak.

3. Dua stesen di Kelantan dibuang

Walaupun semua stesen di Terengganu dan Pahang dikekalkan, namun 2 stesen di Kelantan dibuang iaitu stesen Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor.

Pakej jajaran ini diluluskan pd 3 May 2017, bernilai sekitar RM1.28 billion.

4. Tiga stesen di Selangor dibuang

Iaitu stesen Gombak, Bentong dan Serendah. Pakej jajaran ini diluluskan 13 May 2017, bernilai sekitar RM9 billion.

5. Pembuangan sekitar 48km railway

Kerajaan umumkan panjang ECRL dikurangkan daripada 688km kepada 640km.

6. Traffic vs cost

Jika mengikut traffic, mengapa memilih jajaran Kuala Kelewang yg kurang traffic volume berbanding jajaran Gombak?

Pastinya, disebabkan kos. Jajaran Gombak memerlukan modal pengambilan tanah yang tinggi.

Jadi, masalah jem di Gombak akan terus bermasalah disebabkan kerajaan merasakan pegambilan tanah terlalu mahal di Gombak berbanding Kuala Kelewang.

6. Meter gauge atau standard gauge?

Kalau meter gauge, akan sama seperti interface KTMB trek Kajang/Bangi, yang akan memudahkan connectivity.

Tapi kalau standard gauge sepatutnya kos turun lebih murah.

Itu belum masuk tentang saiz platform, saiz koc, saiz gerabak, jumlah gerabak, rolling stocks dan lain-lain.

7. Daripada pengiraan manual, sebenarnya jajaran Kuala Kelewang sepatutnya lebih panjang daripada jajaran Gombak, kerana lebih ke selatan dan lebih jauh curvenya tapi pengumuman dibuat ialah pengurangan 40km. Ada kemungkinan beberapa km spurline atau branchline mungkin tidak dimasukkan di dalam costing ini.

Contoh : spurline kerteh 10.4km, kemaman spurline, Kuantan port city spurline 10km, kuantan sentral spurline 10km, bukit besi spurline 27.4km

Jadi, sama-sama kita tunggu pengumuman spesifikasi skop projek pada hari Isnin. - 14 April 2019.

Rujukan : https://www.thesundaily.my/…/final-cost-ecrl-rm81-billion-l…

https://www.thestar.com.my/…/ecrl-to-go-ahead-as-costs-red…/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...