Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Januari 2019

Melaka Gateway, Najib Maafkan Pemfitnah Yang Tuduh Dia Jual Negara..

NAJIB RAZAK | Antara projek-projek yang PH sering menyerang saya dengan kuat sebelum PRU14 sebagai "bukti" saya "jual negara" ialah Projek Melaka Gateway yang melibatkan pelaburan RM48 bilion dimiliki 60% syarikat tempatan Malaysia dan 40% dari Negara China.

PH sering menghasut dan melabel projek ini sebagai bukti saya menjual kedaulatan negara kepada pihak asing.

Mereka juga mendakwa kita tidak perlukan projek ini kerana Malaysia sudah ada banyak pelabuhan dan infrastruktur.


Kini projek ini telah diluluskan dengan sepenuhnya oleh kerajaan PH pada 20 September.

Saya pelik apabila Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dipetik sebagai berkata bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi (yang juga dilabur oleh pelabur negara China) amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Saya pelik juga mengapa projek yang dibuat semasa saya menjadi Perdana Menteri dilabel sebagai jual negara tetapi bila diteruskan oleh PH, ianya tiba-tiba menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka - walaupun projek-projek di atas tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham,.

Sebenarnya, Melaka Gateway yang dilancarkan oleh saya pada tahun 2014 merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa pertama di Melaka, pembangunan yang lain di Melaka Gateway termasuk bandar komersial, terminal pukal cecair, pusat pelancongan, taman tema dan dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim.

Projek ini tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.

Tanah yang ditebus bukan mengambil tanah rakyat dan bukan ambil tanah orang kampung, tanah yang kita reclaim. Singapura reclaim jual pada orang, Dubai reclaim jual pada orang . Di Dubai tu padang pasir pun boleh jadi metropolis yang hebat di dunia. Mengapa Melaka tidak boleh dan mengapa Malaysia tak boleh?

Projek ini untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi untuk negeri Melaka dan Malaysia.

Berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung untuk anak tempatan diwujudkan semasa pembinaan projek dan selepas projek ini beroperasi.

Apa-apa pun, tomahan dan fitnah sudah dilakukan. Saya reda dan maafkan mereka yang membuat tuduhan melulu sebelum ini.

Saya optimis projek-projek ini bakal memberi pembangunan ekonomi dan menjana pekerjaaan.

Oleh itu, saya doakan projek-projek tersebut akan dimajukan dengan lancar dan matlamat tercapai.

#FitnahSudahMenang

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...