Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Disember 2018

Netizens Tibai Setpol Wan Azizah Kerana Bagi Jawapan Bangang Isu Surat Sokongan.

POLITIK | Viral di sosmed satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah. Surat itu ditulis oleh Romli Bin Ishak untuk ditujukan kepada Menteri Pendidikan.

Surat itu juga ditulis menggunakan kepala surat (letterhead) Pejabat Timbalan Perdana Menteri, untuk perhatian khas Setpol Menteri Pendidikan, Mohd Nizam Bin Morad. Surat itu juga ditujukan kepada Raymond Bin Annuar, Setpol kepada Timbalan Menteri Pelancongan.


Pada awalnya netizens di sosial media mempersoalkan;


👉 Kenapa perlu menggunakan kepala surat pejabat rasmi Timbalan Perdana Menteri?


👉 Kenapa perlu ada U/P : UNTUK PERHATIAN Mohd Nizam Bin Morad, SETPOL kepada Menteri Pendidikan?

👉 Kenapa perlu ada S/K : SALINAN KEPADA Encik Raymond Bin Annuar, SETPOL Timbalan Ketua Menteri Sabah?

Bukankah ini bermaksud surat sokongan? Dan kedua-dua nama yang disebutkan, apakah peranan yang dimainkan? Adakah Mohd Nizam akan menaikkan nama syarikat yang dimaksudkan kepada Maszlee Malik?

Kenapa perlu ada salinan kepada SETPOL dari Timbalan Ketua Menteri?

Penyebaran itu kemudiannya dijawab sendiri oleh SETPOL Wan Azizah, Romli Bin Ishak seperti yang dilaporkan Malaysiakini bertarikh 8 Disember 2018.

Malaysiakini melaporkan, Romli mengesahkan beliau menulis surat itu tetapi menyatakan tidak ada kandungan dalam surat tersebut yang menunjukkan beliau mencadangkan individu berkenaan supaya diberikan kontrak.

"Kalau kamu baca surat itu, ada saya cakap saya sokong? Ada saya minta luluskan? Tiada kan?" soalnya.

Romli memberitahu Malaysiakini suratnya tidak meminta kontrak diberikan kepada pembida tersebut ataupun menyatakan sokongannya dalam permohonan tender.

"Kecuali tulis di situ (surat) sila luluskan, itu salah. Atau tulis saya sokong penuh projek ini, sila ambil tindakan segera. Itu memang kamu salah guna kuasa.

"Surat itu tidak ada apa-apa nilai pun,"
katanya menjelaskan pembida berkenaan tidak berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan tender tersebut.

Romli berkata anggota parti sering meminta surat bagi disertakan bersama permohonan mereka bertujuan membuktikan keperibadian mereka dan ahli politik tidak boleh menolak permintaan sebegitu.
Beliau menjelaskan sering mengeluarkan surat seperti itu kepada ahli parti supaya dapat memberi mereka keselesaan dan keyakinan untuk membuat permohonan.

Walau bagaimanapun, Romly berkata dalam hal surat yang ditulisnya itu, beliau menulis bahawa salinan surat berkenaan dihantar kepada Raymond Ahuar, setiausaha politik kepada timbalan ketua menteri Sabah, Christina Liew.

"Raymond Ahuar itu ada orang tak suka," katanya.

Beliau berkata pihak yang menularkan suratnya dalam talian perlu membuat aduan kepada SPRM jika terdapat sebarang unsur salah laku.

"Kalau kamu rasa saya salah guna kuasa, kamu wajib lapor kepada SPRM.

"Daripada viral begitu baik kamu lapor,"
katanya.

Kesimpulan dari kenyataan Romli itu ialah;


👉 Surat yang tersebar itu benar lagi sahih dan memang ditulis oleh dirinya.


👉 Namun surat itu bukanlah surat sokongan seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Sebaliknya surat itu tiada apa-apa nilai pun.

👉 Jika ada pihak beranggapan beliau melakukan kesalahan, silalah lapor kepada SPRM. Itu lebih baik daripada menviralkan ia.

👉 Syarikat itu tidak mendapat tender yang dipohonnya.

👉 Romli terikat dengan permintaan ahli parti untuk mengeluarkan surat sedemikian bagi membuktikan keperibadian si pemohon projek dan ahli politik tidak boleh berhenti melakukan perkara itu.

👉 Ada orang tidak suka kepada Raymond.


Bagaimana pula dengan penerimaan orang awam apabila membaca penjelasan SETPOL Wan Azizah itu?







"Jika tiada nilai, mengapakah tulis surat itu?," itulah respon kebanyakan netizens yang mengikuti kes ini.


Sesetengah netizens juga berpendapat, amalan menulis surat sedemikian atas nama politik perlu dihentikan oleh ahli politik jika mahu mengubah perkara ini dari akar umbi. Dan bukannya meneruskan ia atas alasan ia perkara yang perlu dilakukan oleh ahli politik atas permintaan ahli.

Dan jawapan kenapa perlu ada S/K ke SEPTOL Timbalan Ketua Menteri Sabah kononnya ada orang tak suka Raymond Annuar adalah alasan yang membunuh diri sendiri.

Kenapa?

Adakah ini bermaksud Raymond perlu dimaklumkan terlebih dahulu syarikat apakah yang menerima surat sokongan itu dan adakah pemilik syarikat itu menyukai dirinya? Dan jika pemilik syarikat itu tak suka padanya, apakah prosesnya untuk mendapatkan tender mengikut protokol akan dihalang dan disusahkan?

Apakah saringan berdasarkan EMOSI ini adalah SOP kerajaan baru di Sabah?

Nampak?

via GIPHY

Satu kata dari kami, KANTOI!.


Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya berkata, kerajaan Pakatan Harapan perlu segera mengharamkan amalan mengeluarkan surat sokongan kepada ahli parti.

Kerana ia boleh disamakan dengan gejala rasuah bertentangan dengan etika urus tadbir, sekali gus menafikan hak rakyat terutama mereka yang lebih layak memenangi sesuatu kontrak kerja.

“Harus diingat surat itu dikeluarkan di bawah kepala surat Timbalan Perdana Menteri sendiri, pemimpin kedua tertinggi yang terpilih di negara ini. Di manakah janji perubahan yang selalu dilaungkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

“Kami mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kabinet segera mengumumkan pengharaman surat sokongan kepada ahli-ahli parti oleh menteri, setiausaha politik dan pembantu rasmi mereka,”
katanya dalam satu kenyataan pada ahad. - 10 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...