Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Mac 2018

RON 95 Dijangka Naik 8 Hingga 10 Sen Mulai Esok.

Oleh : Syahir
Berita tak berapa baik untuk pengguna kenderaan minggu ini. RON95 dijangka naik dalam lingkungan 8 ke 10 sen bermula tengah malam nanti (Khamis).
Harga produk petroleum yang telah diproses melambung sepanjang 7 hari yang lepas (Selasa hingga Isnin). Purata harga MOPS95 meningkat 4 dollar berbanding minggu sebelumnya.
Peningkatan ini secara umumnya disebabkan harga minyak mentah dunia (Brent crude) yang meningkat mendadak berikutan komen oleh Menteri Tenaga Saudi Khalid al-Falih yang memberi gambaran bahawa OPEC dan negara pengeluar minyak bukan OPEC berkemungkinan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak berterusan sehingga 2019.
Faktor geopolitik seperti ketegangan di antara Saudi dan Iran serta perjanjian nuklear Iran dengan kuasa-kuasa besar dunia yang dilihat akan terbatal dalam masa yang terdekat dengan pelantikan Mike Pompeo dan John Bolton sebagai Secretary of State dan National Security Advisor oleh Donald Trump baru-baru ini, yang umum megetahui bahawa mereka tidak menyokong perjanjian tersebut.



Atas sebab itu harga minyak mentah Brent melambung sehingga melebihi 70 dollar setong minggu lepas sebelum menyusut sedikit kepada 69 dollar semalam.
Ringgit pula tidak berubah berbanding US Dollar tetapi sekiranga harga minyak mentah kekal pada trend menaik, dijangka Ringgit akan juga mengukuh.
Semua perkara seperti ini adalah di luar jangkaan dan kawalan sesiapa termasuklah Kerajaan Malaysia apatah lagi parti politik seperti Barisan Nasional.
Sebelum-sebelum ini harga runcit petrol dan diesel naik dan turun juga mengikut faktor-faktor luaran kerana minyak mentah dan minyak diproses didagangkan di pasaran antarabangsa dengan harga yang berubah hampir setiap saat.
Harga minyak turun bukanlah disebabkan pilihanraya semakin hampir, begitu juga sebaliknya harga minyak naik bukanlah kerana kerajaan zalim atau tak ada duit sehingga terpaksa menaikkan harga minyak.
Sudah setahun harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan mengikut harga purata minggu sebelumnya. Sesiapa sahaja yang rajin boleh menganggarkan perubahan harga petrol untuk minggu seterusnya.
But of course, menyalahkan kerajaan lagi senang daripada membaca dan mengira. Terpulanglah kepada anda nak jadi mereka yang berilmu atau mereka yang terus dungu.
p.s. Boleh follow Ahmad Nazhri Mohd Zain atau Abdul Rahman Kamis juga untuk anggaran harga minyak setiap minggu.
Reference:
1. Market Price for Fuel: Australian Institute of Petroleum: https://aip.com.au/…/internation…/international-market-watch
2. Oil rises as Saudi backs extending output cuts into 2019 - Reuters: https://uk.reuters.com/…/oil-rises-as-saudi-backs-extending…
3. Iran senses nuclear deal's last gasps in Pompeo, Bolton picks - Al Jazeera: https://www.aljazeera.com/…/iran-senses-nuclear-deal-gasps-…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...