Isnin, 26 Mac 2018

Bela Kucing Savannah Mahal-Mahal, Hidup Jangan Hipokrit, Rizal Mansor Kritik Mukhriz Kaw-Kaw.

Rizal Mansor, Pegawai Khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur hari ini menyelar sikap sesetengah pemimpin parti PPBM yang dianggapnya sebagai hipokrit kerana menjaja cerita rakyat kesusahan angkara kerajaan namun dalam masa yang sama pemimpin PPBM sendiri hidup bermewahan sehingga mampu membela kucing yang mahal dan memerlukan kos penjagaan yang tinggi.

"Masuk kampung keluar kampung hasut petani, penoreh getah, peneroka dan nelayan kononnya rakyat hidup susah sekarang kerana ditindas kerajaan. 

Balik ke rumah teman dia bermain-main adalah seekor kucing yang harganya lebih mahal dari harga sebuah motosikal yang digunakan oleh petani dan peneroka. 

Lebih mahal juga dari sampan atau bot yang digunakan nelayan-nelayan. Berapa harga kucing jenis Savannah? Lihatlah harga yang diletakkan," katanya dalam satu kenyataan. 

Rizal kemudiannya berkongsikan beberapa gambar keluarga Mukhriz bersama kucing Savannah berserta anggaran kos yang perlu dikeluarkan bagi memiliki kucing baka itu.




Rizal turut mempersoalkan tindakan PPBM yang meminta derma atas perjuangan tapi dalam masa yang sama pemimpin PPBM hidup bermewahan dan senang lenang.

Ahli-ahli PPBM dan orang ramai diminta menderma kepada partinya konon untuk perjuangan. Namun begitu yang pasti harga kucing ini lebih mahal dari bayaran deposit untuk seseorang calon bertanding dalam pilihanraya. Moral cerita : Hidup jangan terlalu hipokrit," katanya lagi.

Selain itu, respon netizens di ruangan komen juga membenarkan kenyataan Pegawai Khas Rosmah Mansur itu.

Misalnya Muhd Aamir yang mempersoalkan tindakan anak Mukhriz yang "berlagak" kerana dihadiahkan bot.


Manakala Ahmad Baihaki pula mempertikaikan tindakan meminta derma sedangkan kaya raya sehingga mampu menghadiahkan anak sebuah kereta.


Terdahulu, PPBM diselar netizens terutamanya Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kerana melancarkan kempen kutipan derma bagi menyertai PRU ke 14 sedangkan tokoh-tokoh tersebut selama ini dianggap hidup dalam serba kemewahan dan tak sepatutnya meminta derma dari rakyat yang kesusahan. - 26 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...