Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Mac 2018

Hujah-Hujah Kenapa DAP Bantah Persempadanan Semula.

Terima kasih, Tan Sri Speaker atas peluang ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang begitu penting.
Pertama, saya mohon Perdana Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan laporan persempadanan semula selepas pembentangan laporan ini untuk bacaan ke-2 berdasarkan tanggungjawab beliau yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.
Perkara 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa SPR, setelah selesai menyediakan laporan persempadanan semula, mesti mengemukakan laporan ini kepada Perdana Menteri. Dalam Perkara 9 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, juga dinyatakan dengan jelas bahawa Perdana Menteri bertanggungjawab untuk membentangkan laporan itu di hadapan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan ini.
Memandangkan bahawa hanyalah Perdana Menteri yang ada kuasa perlembagaan untuk melakukan pengubahsuaian kepada laporan persempadanan sebelum yang dikemukakan kepada beliau oleh pihak SPR, kita perlu kehadiran YAB di Parlimen untuk menjelaskan kepada kami, butiran dalam laporan tersebut, dan untuk memberitahu kami dengan tepat di mana pengubahsuaian, jika adal, telah dilakukan kepada laporan ini sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.
Saya berharap YB-YB dalam dewan yang mulia ini akan menyokong permohonan saya bahawa Perdana Menteri perlu menjawab soalan-soalan secara langsung terutamanya oleh kerana laporan ini hanya dibentangkan sekali setiap 10 tahun, secara purata.
Kedua, saya ingin menumpukan perhatian dewan ini kepada sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah persempadanan semula untuk Tanah Melayu.
Dalam setiap lima persempadanan semula untuk Tanah Melayu yang dilakukan sebelum ini, kerusi parlimen baru ditambah. Sebagai contoh, dalam tahun 1958, 52 kerusi Parlimen yang digunakan dalam pilihan raya 1955 dibahagikan kepada 2 kerusi masing-masing untuk membentuk 104 kerusi Parlimen. Dalam persempadanan ke-2 pada tahun 1974, 10 kerusi parlimen ditambah. Dalam persempadanan ke-3 pada tahun 1984, 19 kerusi parlimen ditambah. Dalam persempadanan ke-4 pada tahun 1994, 12 kerusi Parlimen ditambah. Dalam persempadanan ke-5 pada tahun 2003, sejumlah 21 kerusi Parlimen telah ditambah (termasuk WP Labuan).
Kenapa satu pun kerusi parlimen tidak ditambah dalam persempadanan 2018 walaupun jumlah pengundi, terutamanya di kawasan bandar, telah meningkat dengan ketara sejak persempadanan tahun 2003?
Jumlah pengundi dalam senarai pemilih telah meningkat lebih dari 3 juta sejak persempadanan 2003, iaitu sebanyak 37%. Di Selangor, jumlah pengundi meningkat sebanyak 52% atau 709,618 pengundi. Di Terengganu, jumlah pengundi telah meningkat sebanyak 258,093 atau 63%. Di Kelantan, jumlah pengundi telah meningkat sebanyak 284,889 pengundi atau 43.4%. (Rujuk Jadual 1 di bawah)
Peningkatan pengundi, terutamanya dari segi tambahan peratusan, begitu ketara bukan sahaja di negeri-negeri maju seperti Selangor tetapi juga di negeri-negeri yang lebih ‘rural’ seperti Kelantan dan Terengganu. Dalam erti kata lain, keputusan oleh SPR untuk tidak menambah kerusi parlimen adalah tidak adil bukan hanya kepada pengundi di negeri-negeri perkotaan seperti Selangor tetapi juga kepada negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu! (Rujuk Jadual 1 di bawah)
Jadual 1: Tambahan Pengundi (Jumlah dan Peratusan), Persempadanan 2003 dan 2018
Negeri2003Q1 2016Perubahan 2003-2016% Perubahan 2003-2016
Johor     1,223,532      1,649,131              425,59934.8%
Kedah       791,943      1,044,444              252,50131.9%
Kelantan       655,702         940,591              284,88943.4%
Melaka       331,327         456,645              125,31837.8%
Negeri Sembilan       417,712         557,137              139,42533.4%
Pahang       554,501         740,023              185,52233.5%
Penang       659,155         867,748              208,59331.6%
Perak     1,138,010      1,407,529              269,51923.7%
Perlis       109,750         137,098                27,34824.9%
Selangor     1,368,693      2,078,311              709,61851.8%
Terengganu       411,453         669,546              258,09362.7%
Wilayah Persekutuan KL       664,233         788,413              124,18018.7%
Grand Total     8,326,096     11,379,352           3,053,25636.7%
Sekiranya kita meneliti bilangan pengundi yang berpotensi tinggi oleh kerusi Parlimen, kita dapat mencari pola yang serupa. Bilangan pengundi setiap kerusi oleh negeri di Selangor meningkat daripada 62,213 kepada 94,469, peningkatan 32,255. Bilangan pengundi setiap kerusi di Terengganu juga meningkat daripada 51,432 kepada 83,693, peningkatan sebanyak 32,262 yang merupakan peningkatan tertinggi oleh kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia. (Rujuk Jadual 2 di bawah)
Sekiranya bilangan pengundi kerusi Parlimen secara purata diteliti, corak yang sama boleh diteliti. Jumlah pengundi purata mengikut kerusi parlimen di Selangor meningkat daripada 62,213 kepada 94,469, iaitu peningkatan sebanyak 32,255. Jumlah pengundi purata mengikut kerusi parlimen di Terengganu juga meningkat daripada 51,432 kepada 83,693, iaitu peningkatan sebanyak 32,262. Ini merupakan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia. (Rujuk Jadual 2 di bawah)
Jadual 2: Jumlah Pengundi Purata Mengikut Kerusi Parlimen, setiap negeri, Persempadanan semula 2003 vs 2018
State# Kerusi ParlimenPurata pengundi/kerusi (2003)Purata pengundi/kerusi (2018)Purata pertambahan pengundi
Johor26                  47,059           63,428                  16,369
Kedah15                  52,796           69,630                  16,833
Kelantan14                  46,836           67,185                  20,349
Melaka6                  55,221           76,108                  20,886
Negeri Sembilan8                  52,214           69,642                  17,428
Pahang14                  39,607           52,859                  13,252
Pulau Pinang13                  50,704           66,750                  16,046
Perak24                  47,417           58,647                  11,230
Perlis3                  36,583           45,699                   9,116
Selangor22                  62,213           94,469                  32,255
Terengganu8                  51,432           83,693                  32,262
WP KL11                  60,385           71,674                  11,289
Grand Total166                  50,157           68,550                  18,393

Saya ingin mengingatkan ahli parlimen dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, terutamanya dari Barisan Nasional, bahawa tiada kerusi Parlimen ditambah di negeri-negeri ini dalam persempadanan semula tahun 2003. Oleh kerana tiada kerusi parlimen ditambah dalam persempadanan terkini, ini bermakna pengundi-pengundi di 4 negeri ini sekali lagi tidak dapat melihat peningkatan jumlah kerusi Parlimen.
Saya ingin menegaskan bahawa adalah tanggungjawab SPR untuk memastikan bahawa persempadanan semula dijalankan secara adil. Sekiranya kerusi Parlimen dan DUN perlu ditambah untuk memenuhi syarat-syarat Perkara 2 Jadual ke-13, SPR perlu berbuat demikian. Adalah tanggungjawab Perdana Menteri untuk memastikan sokongan yang mencukupi termasuk mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen untuk meminda Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya persempadanan semula dilakukan secara adil dan tepat, tidak ada sebab mengapa Perdana Menteri tidak dapat sokongan 2/3 di parlimen dan juga sokongan kerajaan negeri masing-masing.
Adakah SPR tidak menambah bilangan kerusi Parlimen kerana ini akan memberi manfaat kepada pihak pembangkang? Berdasarkan keputusan PRU 2013, jumlah pengundi purata untuk 80 kerusi yang dimenangi oleh pembangkang, menurut laporan ini, adalah 83,150 pemilih dibandingkan dengan purata 54,969 pemilih dalam 86 kerusi yang dimenangi oleh BN (Rujuk kepada Jadual 3 di bawah). Sekiranya kerusi akan ditambah untuk mengurangkan perbezaan antara jumlah pengundi setiap kerusi, kemungkinan besar ia akan berada di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU2013.
Jadual 3: Purata Jumlah Pengundi Kerusi Parlimen (BN vs Pembangkang) menurut Laporan Persempadanan Semula 2018 (pemenang mengikut PRU2013)
BN /PembangkangBilangan kerusi Jumlah pengundiPurata pengundi/kerusi
BN86                 4,727,373                  54,969
Pembangkang80                 6,651,979                  83,150
Jumlah166               11,379,352                  68,550

Ketiga, saya ingin tanya Perdana Menteri tentang pemahaman beliau mengenai prinsip ‘rural weightage’ seperti yang dinyatakan dalam Perkara 2c dalam Jadual ke-13 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai tindak balas kepada artikel dalam the Economist yang bertajuk “How Malaysia’s next election will be rigged” yang diterbitkan pada 8 Mac, 2018, SPR telah keluarkan kenyataan media pada 13 Mac yang bertajuk “Tidak ada manipulasi sistem pemilihan pada PRU14 untuk menangkan pihak tertentu”.
Salah satu perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan media SPR adalah berkenaan dengan saiz kerusi parlimen dan / atau negeri di kawasan luar bandar yang lebih besar tetapi jumlah penduduknya lebih kecil sedangkan bagi kerusi bandar, saiznya lebih kecil dan padat tetapi jumlah penduduknya lebih tinggi.
Saya rujuk ke kerusi parlimen P16 Baling, kerusi luar bandar di Kedah, dan juga P9 Alor Setar, kerusi bandar, juga di Kedah. P16 Baling adalah lebih daripada 10 kali ganda saiz P9 Alor Setar tetapi ia mempunyai 94,809 pengundi berbanding dengan hanya 73687 pengundi untuk Alor Setar. Oleh itu, bukan sahaja kerusi luar bandar seperti P16 Baling meliputi kawasan yang lebih besar, ia juga mempunyai lebih ramai pengundi daripada kerusi bandar seperti P9 Alor Setar. Mengapakah persempadanan semula 2018 tidak membetulkan ketidakseimbangan ini?
Saya juga merujuk ke P92 Sabak Bernam dan P94 Hulu Selangor. P94 Hulu Selangor adalah kira-kira 5 kali ganda saiz P92 Sabak Bernam tetapi mempunyai 86,599 pengundi yang lebih daripada dua kali ganda bilangan pengundi P92 Sabak Bernam yang hanya mempunyai 37,126 pengundi walaupun Hulu Selangor mempunyai akses dan liputan jalan yang kurang baik (“more inaccesible”) berbanding dengan Sabak Bernam.
Saya juga merujuk ke P103 Puchong dan P104 Subang. Kerusi-kerusi ini hampir sama dengan saiz kawasannya dan kedua-dua kerusi ini berada dalam kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Kedua-dua kerusi itu pasti adalah kerusi kawasan bandar. Namun, P104 Subang mempunyai 128,330 pengundi manakala 103 Puchong hanya mempunyai 82,698 pengundi. Mengapa dua kerusi bandar yang bersebelahan dan yang berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sama mempunyai perbezaan sebanyak 45,000 pengundi? Kenapa P104 Subang mempunyai 50% lebih pengundi berbanding dengan P103 Puchong?
Penerapan prinsip “rural weightage” yang tidak konsisten menunjukkan bahawa kenyataan SPR membalas artikel dalam Economist adalah satu pembohongan! Adalah jelas dari contoh-contoh yang saya telah tunjukkan bahawa prinsip “rural weightage” ini langsung tidak dipatuhi oleh SPR!
Keempat, saya ingin tanya Perdana Menteri mengenai keperluan untuk memeliharakan perhubungan tempatan seperti yang digariskan dalam Perkara 2 (d) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan media terhadap artikel dalam the Economist, SPR telah “menegaskan bahawa kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dibuat untuk kepentingan dan keselesaan pengundi serta memudahkan wakil rakyat untuk memberi khidmat mereka kepada pengundi.”
Keperluan untuk memelihara perhubungan tempatan ataupun ‘local ties’ difahami bermaksud bahawa, sebaik mungkin, satu kerusi parlimen tidak meliputi lebih daripada satu PBT. Saya rujuk ke kerusi parlimen P106 Damansara yang sekarang bernama PJ Utara. Bilangan pengundi di kawasan ini meningkat kepada 150,439 dengan kemasukan kerusi DUN N37 Bukit Lanjan. Sebahagian besar daripada P106 Damansara berada di bawah kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Tetapi SPR membuat keputusan untuk membawa masuk tempat mengundi yang berada di bawah Majlis Bandaraya Selayang (MPS) dan juga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke P106 Damansara! SPR membuat demikian walaupun banyak bantahan telah difailkan oleh pengundi di PJ Utara atas alasan ‘memelihara perhubungan tempatan’ dalam Siasatan Tempatan pertama persempadanan semula.
Kenapa syarat memeliharakan perhubungan tempatan ini tidak dipatuhi oleh SPR?
Kelima, saya ingin tanya Perdana Menteri tentang proses siasatan tempatan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 5, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Untuk siasatan tempatan ke-2 di Selangor, selepas penerbitan Syor 2, sebanyak 748 bantahan telah diterima. Daripada 748 bantahan ini, 689 (atau 92%) telah ditolak kerana mereka tidak memenuhi syarat untuk siasatan tempatan. Sebilangan besar bantahan ini telah difailkan oleh pengundi di PJ Utara, PJ Selatan dan Kelana Jaya. Alasan SPR untuk menolak bantahan ini adalah kerana sempadan kawasan tersebut tidak berubah berbanding dengan sempadan yang digunakan dalam PRU2013. Walau bagaimanapun, sempadan SEMUA kerusi ini berubah apabila EC kembali kepada cadangan Syor 1 dalam laporan persempadanan yang dibentangkan di parlimen. Ini dilakukan walaupun SPR bersetuju dengan bantahan yang dikemukakan oleh pengundi di P106 PJ Utara semasa siasatan tempatan pertama berdasarkan alasan “memelihara hubungan tempatan”.
Ini bermakna hak pengundi di kerusi-kerusi parlimen ini telah dicabuli oleh SPR. Pengundi ini tidak diberikan peluang untuk merekodkan bantahan mereka dalam siasatan tempatan kedua. Isu ini adalah subjek kes mahkamah yang difailkan oleh Maria Chin dan 106 plaintif lain terhadap SPR, Perdana Menteri dan juga Speaker Dewan Rakyat dalam Kes No BA-25-15-03 / 2018.
(Pada ketika ini, saya ingin minta Tuan Speaker membuat ‘ruling’ sama ada saya boleh membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh kes mahkamah ini atau sama ada ia adalah sub-judis mengikut Peraturan Mesyuarat Seksyen 36 (2))
Dalam Lampiran IX jilid ke-2 laporan persempadanan semula, seramai 457 cadangan direkodkan oleh SPR untuk pendengaran awam kedua di Selangor. Setakat yang saya dapat lihat, ini adalah cadangan yang dibentangkan oleh individu yang mewakili NGO seperti persatuan penduduk, JKP dan JKKK. Kebanyakan cadangan ini adalah untuk menyokong Syor 1 dan membantah Syor 2 untuk Selangor. Saya ingin tanya sama ada cadangan-cadangan ini telah mengikut Fasal 5 Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan di mana cadangan-cadangan ini mesti disokong oleh sekumpulan 100 pengundi dari kawasan itu. Sekiranya TIDAK disokong oleh sekumpulan 100 pengundi dari kawasan tersebut, maka SPR akan melanggar syarat perlembagaan.
Keenam, saya ingin memberi cabaran kepada ahli parlimen dari MCA, GERAKAN dan MIC. Saya telah membaca dalam banyak laporan akhbar dan dari banyak forum bahawa MCA, GERAKAN dan MIC tidak bersetuju dengan persempadanan semula ini kerana ia bersifat perkauman dan telah mengurangkan bilangan kawasan pilihan yang berbilang kaum ataupun ‘heterogenuous constituencies’. Ini berbahaya, menurut pemimpin MCA, GERAKAN dan MIC, kerana ia boleh meningkatkan polarisasi perkauman di negara ini. Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan saya dari sebelah sana.
Saya merujuk kepada beberapa kawasan Parlimen terpilih.
Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P74 Lumut akan menjadi 71% Melayu, 16% Cina, 12% India dan 1% lain-lain. Sebelum persempadanan ini, P74 Lumut mempunyai 51% Melayu, 35% Cina, 12% India dan 1.5% pengundi lain-lain. Persempadanan ini telah menjadikan P74 Lumut sebagai kerusi parlimen majoriti Melayu. Ia dipertandingkan oleh MCA dalam PRU13. Kemungkinan besar ia akan ditandingkan oleh UMNO dalam PRU14.
Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P107 Sungai Buloh akan menjadi 64% Melayu, 23% Cina, 12% India dan 1% pengundi lain. Sebelum persempadanan, P107 Subang mempunyai 47% M, 38% C, 13% I, 2% pengundi lain-lain. Persempadanan ini akan menjadikan P107 Sungai Buloh sebagai kerusi parlimen majoriti Melayu. Ia dipertandingkan oleh MIC dalam PRU13. Kemungkinan besar ia akan dipertandingkan oleh UMNO dalam PRU14.
Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P109 Kapar akan menjadi 69%M, 16%C, 15%I pengundi. Sebelum persempadanan, P109 Kapar mempunyai 51%M, 34%C, 14%I pengundi. Persempadanan ini menjadikan P109 Kapar sebagai kerusi parlimen majoriti Melayu. Ia dipertandingkan oleh MIC dalam PRU13. Kemungkinan besar ia akan dipertandingkan oleh UMNO dalam PRU14.
Selepas persempadanan ini, pecahan kaum P124 Bandar Tun Razak akan menjadi 58% M, 31% C, 8% I, 2% pengundi lain-lain. Sebelum persempadanan semula, P124 Bandar Tun Razak mempunyai 52% M, 37% C, 9% I, 2% pengundi lain-lain. Persempadanan semula ini telah meningkatkan % pengundi Melayu di kerusi ini. Ia dipertandingkan oleh MCA dalam PRU13. Kemungkinan besar UMNO akan bertanding di kerusi ini pada PRU14.
Memandangkan persempadanan ini seolah-olah dilakukan untuk membantu UMNO dan pada masa yang sama, merugikan MCA, GERAKAN dan MIC, saya mencabar Ahli Parlimen MCA, GERAKAN dan MIC yang berada di sini pada hari ini untuk tidak menyokong persempadanan ini sebagai langkah untuk membantah ‘ethnic gerrymandering’ yang dilakukan oleh SPR. Jikalau ahli parlimen parti-parti ini gagal membuat demikian, ini bermakna mereka bertunduk kepada UMNO dan telah gagal untuk mempertahankan satu sistem pilihanraya yang adil dan saksama.
Saya juga mencabar ahli Parlimen dari Sabah untuk membantah persempadanan semula ini sebagai satu bantahan terhadap kegagalan Perdana Menteri untuk membentangkan persempadanan semula negeri Sabah dalam sesi parlimen ini. Jikalau ahli parlimen Sabah tidak membantah persempadanan ini, ia akan menunjukkan kegagalan tugas anda untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah dan akan membuktikan bahawa anda masih tunduk kepada tuan politik anda di peringkat persekutuan.
Dengan ini, saya MEMBANTAH SEKUAT KUATNYA Laporan Persempadanan Semula ini.
BERSIH! BERSIH! BERSIH!
*Perbahasan Persempadanan Semula 28 Mac 2018 Ahli Parlimen Serdang

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...