Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Mac 2018

1MDB : Selagi Tak Dibuktikan Bersalah PAS Tidak Akan Menghukum.

Pas konsisten dengan pendirian untuk tidak masuk campur dalam isu tuduhan salah laku termasuk melibatkan 1MDB selagi tidak dibuktikan benar dibawah kendalian sistem penilaian yang adil lapor Sinar Harian.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata, sesuai dengan pendekatan dasar Islam parti itu, sesuatu tuduhan dan dakwaan perlu dibuktikan benar atau tidak sebelum dihukum dan dalam proses itu banyak aspek perlu beri penilaian untuk berlaku adil.

“Pas ambil pendirian untuk tidak mengamalkan budaya terus menghukum individu yang terlibat dengan dakwaan salah laku pengurusan 1MDB.

“Pendirian ini bukan bermakna Pas membela orang yang jahat, tetapi kita mahu tuduhan itu dikendalikan seadilnya. Kita hendak orang yang dituduh dianggap tidak bersalah (sebelum dibuktikan).

“Dia baru dituduh, tapi apa yang berlaku pada budaya menghukum hari ini, bila tuduh sahaja terus dikatakan salah,”
katanya ketika mengulas isu berkenaan dalam Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menjelaskan andai individu yang dituduh itu akhirnya terbukti melakukan salah laku pengurusan, rakyat tidak seharusnya lupa kepada faedah dan kebaikan kepada rakyat hasil badan pelaburan negara itu.

“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia.

“Oleh sebab itu mesti dikendalikan dengan seadil-adilnya, bukan sahaja 1MDB, termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji, KWSP. Apa yang berlaku hari ini ialah kita bawa budaya Melayu mudah lupa, bila timbul isu 1MDB hari ini kita lupa isu-isu sebelumnya, kita tak lupa. Mereka yang salah mesti dihukum tetapi jangan kita nilai kesalahan dia saja, tetapi juga jasa,”
katanya seperti laporan Sinar Harian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...