Rabu, 28 Mac 2018

KJ Pakai Stokin 'Lain-Lain' Sebab Sokong Hari Sindrom Down - Penyokong PH Dikritik Tak Prihatin, Biadap.

Semuanya bermula di Facebook blogger Pakatan Harapan, Shahbudin Husin. Beliau berkongsikan satu gambar Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin - KJ dengan nada menyindir : "Amboiii, pakai stokin sebelah lain sebelah lagi lain ya...🤣🤣🤣🤣".


Post itu viral dan ramai penyokong PH kemudiannya mentertawakan, menyindir malahan menghina KJ kerana memakai stokin lain-lain pada 25 Mac lepas ketika post itu dimuatnaik.

Malahan sehingga ke saat ini penyokong Pakatan Harapan masih berkongsikan post tersebut di Facebook masing-masing tanpa menyedari maksud sebenar disebalik pemakaian stokin tersebut.


KJ sebenarnya ada menulis mengenai pemakaian stokin tersebut dan mengapa dia menyokong Hari Sindrown Down Sedunia di Instagramnya beberapa hari yang lepas.


"Stokin sebelah lain-lain saya pada hari ini adalah kerana menyokong Hari Sindrom Down Sedunia. Ia adalah untuk mengingatkan mereka di luar sana bahawanya sesuatu atau seseorang yang berbeza dari diri kita juga adalah cantik dan mengkagumkan seperti mana masyarakat biasanya.

Hari Sindrom Down Sedunia adalah untuk menyayangi mereka seperti mana mereka seadanya.

Hari ini juga adalah ingatan untuk anak saudara saya, Aisha. Dia Sindrom Down. Tapi dia tak pernah membiarkan perkara itu mematikan impiannya. Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan adalah seorang speaker yang begitu yakin bercakap tentang pendidikan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa untuk belajar bersama-sama," kata KJ di post itu.

"Hari ini juga merupakan tanda sokongan kepada ibu Aisha, Kak Hana. Dia seorang ibu tunggal yang membesarkan Aisha dan saya teringat pernah bertanya padanya sekali jika dia punya kuasa apakah dia akan menggunakan kuasanya itu untuk menukarkan Aisha supaya tidak lagi menjadi anak Sindrom Down?

Kakak saya kemudiannya membalas, "Tidak mungkin saya akan menukarkan apa-apa kerana jika saya menukarkan dia, dia bukan lagi Aisha saya yang hebat", tulis KJ lagi. 

Sungguhpun hebat disindir penyokong pembangkang di laman sosial, KJ dibela oleh rata-rata netizens yang menyedari kewujudan Hari Sindrom Down Sedunia.

Shahmuddin Abdul : "Bodoh punyo orang tua...kerja nak berpolitik je....kat kepala otak tu penuh dengan taik politik kot".

Zahir Derani : "Kalau tak tahu baik duduk diam. Nanti malu ja dapat. Ada sebab dia pakai macam tu".

Tengku Izani : "Khairy menjelaskan, pemakaian stokin bercelaru mengikut warna dan corak itu adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun. “Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti sedia ada. Hari ini, saya turut menzahirkan penghormatan kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya".


#bukanmacai

Muhd Syazwan : "Kalau tak tau, jangan tunjuk bodoh tu. Dia buat bersebab, solidariti untuk ahli down syndrome sedunia yang kebetulan salah sorang anak buah dia. Jangan sebab politik kita bencikan orang bro".

Sebelum ini Rizal Mansor juga pernah menulis dan mengkritik video sebaran SSTDM yang dakwanya menghina kanak-kanak istimewa yang dilihat enggan mencium pipi Rosmah Mansur dalam satu rakaman video yang viral.

Bagi penyokong BN, penyokong HARAPAN tergamak dan sanggup mempolitikkan kanak-kanak istimewa sekalipun jika ianya membolehkan Rosmah dan Najib dikritik. - 27 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...