Selasa, 27 Mac 2018

Penyokong Puji Mahathir Cetus Idea Pesawat Ringan Tapi Tunku Idris Kata Hampir Terbunuh Kerananya.

Di Instagram penyokong Mahathir yang dikenali dengan nama Fazli Hj. Mohammad Official telah menulis satu post yang memuji negarawan Tun Mahathir Mohammad kerana pernah mencetuskan idea pesawat ringan.


"Tahukah Anda. Pencetus idea pesawat ringan buatan Malaysia, siapa? DR.MAHATHIR! Dr.Mahathir, yakin anak bangsa Malaysia mampu bina pesawat buatan sendiri pada masa depan menjelang tahun 2020.

Bermula dengan pesawat ringan, harapan dimasa satu hari nanti Malaysia mampu membina PESAWAT TEMPUR buatan Malaysia sendiri atau pesawat komersil.
 

Kalau bangsa lain mampu bina pesawat, anak bangsa Malaysia juga berkemampuan. Kepimpinan Dr.Mahathir mengutamakan PERCAPAIAN anak bangsa Malaysia pelbagai bidang.. Slogan "MALAYSIA BOLEH" adalah slogan untuk memberi semangat kepada rakyat Malaysia," katanya di post itu.

Bagaimanapun post itu telah mendapat respon dari
Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail untuk mengulasnya.



"Saya rasa saya perlu memberikan komen disini. Ya, ia satu pencapaian buat Malaysia tetapi ia adalah pesawat yang berbahaya untuk dinaiki. Saya hampir kehilangan nyawa kerananya namun Alhamdullilah. Saya masih ingat selepas kami berlepas dan berada di ketinggian 300 kaki tiba-tiba enjin pesawat mati. Disebabkan masalah teknikal, pam minyak berhenti berfungsi begitu juga dengan pam minyak kecemasan.

Kami kemudiannya meluncur ke bawah (untuk mendarat kecemasan) dan melanggar (dengan sengaja) pepohon buluh bagi menyerap impak.

Datuk saya, Almarhum Sultan Iskandar kemudiannya melarang saya dari menaiki pesawat itu lagi.

Baginda selalu berkata, ia adalah pesawat yang berbahaya malahan pernah menasihati akademi penerbangan untuk menggantikan pesawat itu dengan pesawat jenis lain (yang lebih selamat) namun nasihat itu diabaikan. 

Beberapa pelajar kemudiannya juga terbabas di Eagle selepas berlakunya insiden saya," kata baginda di ruangan komen.

Tunku Idris turut menjelaskan tujuan baginda membuat komen seperti itu adalah kerana memikirkan nyawa rakyat dan perkara itu tiada kaitan dengan Mahathir (atau wujudnya unsur politik) kerana baginda bercakap tentang kapal terbang.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam didapati post ataupun komen Tunku Idris tidak lagi kelihatan di Instagram. Apa yang tertinggal hanyalah respon-respon netizens terhadap komen Tunku Idris.

Tidak dapat dipastikan kenapa post tersebut tidak lagi dapat dikesan di Instagram. - 27 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...