Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Mac 2018

300 Hadir Demo Bersih Luar Parlimen, Polis Siasat Perhimpunan.

Oleh : Bernama

POLIS AKAN PANGGIL PENGANJUR PERHIMPUNAN DI PARLIMEN
 

Penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat.

"Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dianggarkan lebih 300 peserta menyertai perhimpunan yang diadakan di Tugu Negara serta di luar bangunan Parlimen itu.

Menurutnya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohanan tetapi ia berjaya dikawal kira-kira 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan dianjurkan Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...