Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Mac 2018

Kes Rasuah Guan Eng : Saksi SPRM Mengaku Buat Aduan Berdasarkan Laporan TV3, WhatsApp.

Dengan kebenaran Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud memanggil saksi pertama pendakwaan pertama, Muhsin Latheef, iaitu individu yang membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Mac 2016.


Saksi, mengaku sebagai pentadbir pemasaran laman sosial Facebook Penangkini berkata, aduan berkaitan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dituduh menerima suapan adalah dibuat berdasarkan laporan berita yang diikuti dalam TV3 serta info atas talian whatsapp yang diterimanya.

“Saya melihat dalam TV3 perdebatan antara Lim Guan Eng dan Datuk Shabudin (Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor) mengenai kes rumah banglo yang dikatakan dibeli dengan harga di bawah harga pasaran.

“Dan, saya terima whatsapp melalui telefon...ya.

“Saya buat aduan kerana tidak mahu Ketua Menteri saya terpalit dengan kes rasuah,”
dalih saksi nombor ke-31 dalam senarai saksi SPRM di depan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, YA Datuk Hadhariah Syed Ismail di Kamar 2 di sini pagi ini.

Awal perbicaraan tadi, Masri memberitahu bahawa pada hari ini pihaknya akan mengemukakan tujuh saksi minimum, serta memohon kedua-dua tertuduh dibicarakan secara bersama, bukan berasingan seperti dulu. 


Sumber : CM Lim Guan Eng FB

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...