Khamis, 4 Mei 2017

Selepas Bergaduh Isu Logo, PH Kini Mahu Orang Ramai Sumbang Idea.

Semalam Ahli Parlimen Pandan dikritik netizens selepas memuatnaik beberapa gambar logo yang disenaraipendek bagi mewakili pembangkang pada PRU akan datang.

Troll Netizens - Harris Nasril
Kritikan itu tidak hanya datang dari netizens malahan turut datang dari Peguam LFL, Latheefa Koya yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat.

"Awak dah mengutip berjuta-juta ringgit dari rakyat, tergamak tunjukkan design logo yang buruk tu; untuk undian online? Memalukan!," kata Latheefa Koya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook. 


Tangkap Layar status Kak Lat
Pergaduhan Rafizi dan Latheefa bukan perkara asing lagi di kalangan pemerhati politik tempatan semenjak printscreen WhatsApp rasmi MPP (PKR) tersebar beberapa bulan yang lepas. 

Rafizi dalam kenyataannya kepada media, seolah-olah mengambarkan dengan sengaja menunjukkan gambar logo-logo itu kepada netizens supaya ianya dikecam. Seterusnya membuatkan logo-logo tersebut tidak terpilih sebagai mewakili PH di atas kertas undi. 

Dipercayai ia ada kaitan dengan logo tangan yang kononnya telah disenarai-pendek oleh pemimpin tertentu dalam PH. Pilihan logo itu yang telah dibawa ke dalam Majlis Presiden tidak mendapat bantahan mana-mana pihak. Tindakan membawanya kepada netizens mungkin jalan akhir Rafizi bagi 'menyelamatkan' design logo PH.

Dan berikutan bantahan yang meluas itu; PH telah membuka penyertaan kepada orang ramai bagi menyumbang idea untuk mencipta logo ringkas mewakili Pakatan Harapan di atas kertas undi.

Berikut kenyataan media untuk sebaran umum.

KENYATAAN MEDIA 

Logo Pakatan Harapan Semalam, Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN telah memuatnaik ke dalam Facebook beliau beberapa draf logo Pakatan Harapan untuk mendapatkan maklumbalas umum terhadap draf logo-logo tersebut. 

Bagi pihak Media Pakatan Harapan, kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah secara jelas memberi komen, maklumbalas, kritikan serta cadangan yang membangun. Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak Media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat. Garis-garis panduan mencipta logo ini adalah seperti berikut: 

1. Sebaik mungkin, logo perlulah terdiri daripada dua warna, dan perlu disertakan versi hitam-putih untuk tujuan paparan di kertas undi. 

2. Logo mestilah menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai. 

3. Logo perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep "harapan", "demokrasi", "keadilan", "integriti" dan "perpaduan". 

4. Logo mestilah boleh dilihat sepenuhnya pada skala kecil (seperti pada lencana baju) dan besar (seperti bendera bersaiz besar) Logo versi akhir sebaiknya adalah dalam format 'outlined vector' dan dibuat menggunakan Adobe Illustrator (.ai) atau program seumpamanya. 

Orang ramai boleh menghantar cadangan logo Pakatan Harapan ke logo@pakatanharapan.my mulai Khamis 4hb Mei 2017 sehingga jam 10 pagi, Selasa 9hb Mei 2017. 

Sila sertakan sekali nama, nombor MyKad serta nombor telefon pereka logo. 

Penganjur berhak ke atas logo yang diterima untuk kegunaan Pakatan Harapan, dan boleh membuat perubahan kepada corak asal. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi logo@pakatanharapan.my. 

Media Pakatan Harapan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...