Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Mei 2017

Ribut Muktamar : Beberapa Pengajaran Untuk Agamawan PAS.

"Jagalah lidah. Kerana dari lidah ia mengambarkan sikap," inilah yang ingin disampaikan kepada agamawan-agamawan di dalam PAS.

Kejadian ribut

29 April 2017 yang lepas, berlakunya satu kejadian ribut di lokasi terletaknya Muktamar PAS yang menyebabkan beberapa khemah peniaga runtuh dipukul angin kencang.

19 dilaporkan tercedera. Ada yang masuk ke wad kecemasan. Ia menandakan kecederaannya agak serius. Tak patut dimain-mainkan.

Namun penyokong parti berbalah di laman sosial. Ia gara-gara penyokong Pakatan Harapan yang memulangkan kembali paku buah keras kepada pemimpin PAS yang pada perhatian mereka seharusnya mengambil iktibar atas kejadian.

Laungan kata menjahanamkan Amanah bergema. Kemudiannya dipukul ribut. Siapa yang 'terjahanam' sebenarnya? Itu ejekan yang diterima.

Penyokong berbalah kerana isu lama

Pada 19 Julai tahun lepas, Ustaz Idris Ahmad pernah menempelak pihak tertentu agar jangan angkuh kerana musibah yang berlaku semuanya atas ketentuan Allah.


(rujukan)

Pada awalnya Ustaz Idris Ahmad (UIA selepas ini) mengatakan berbagai bencana yang melanda di bumi adalah kuasa Allah. Perancangan Allah lebih berkuasa dari perancangan manusia meskipun manusia cuba menghalang dari berlakunya bencana. UIA juga bersimpati pada mereka yang menjadi mangsa di beberapa daerah sekitar Kedah, Penang dan Kuala Lumpur cuma janganla bila banjir di Kelantan katanya tak pandai uruskan banjir, itu tuduhan yang angkuh, marahkan pada PAS sampai lupa ianya kerja Tuhan. Orang yang angkuh Allah bayar cash (kejadian banjir di Penang itu tandanya Allah bayar cash bahawanya musibah juga boleh berlaku di mana-mana).

Itulah ringkasan yang cuba disampaikan oleh UIA. Sebenarnya tidak salah menasihati orang jangan angkuh tetapi jangan mislead dari fakta sebenar. 

Banjir di Kelantan berpunca dari tangan manusia yang merosakkan alam. Ini hakikatnya. Memang Allah berkuasa atas tiap-tiap kejadian, tetapi bukan bermaksud setiap kali berlakunya musibah ia adalah kerana Allah 'mahukan' ia begitu. Contohnya kejadian ribut, kita menjangkakan akan berlakunya ribut tetapi kalau dah khemah melayang, ia bukan sesuatu yang mampu kita halang. Kalau banjir, kita boleh perkemaskan undang-undang seperti kawal pembalakan, sistem perparitan dan dalamkan longkang. Kerja manusia yang cuai = menyumbang kepada kejadian banjir di Kelantan. 


Disebabkan kerajaan negeri gagal menjalankan langkah-langkah pemuliharaan kawasan yang boleh mengurangkan risiko banjir; maka berlaku lah Bah Kuning 2014. Kritikan dibuat bukan ke atas mangsa banjir sebaliknya bertujuan agar di lain masa, kerajaan negeri boleh lah tumpukan perhatian untuk memperkemaskan mana-mana perkara yang menyumbang kepada kejadian banjir. Bukan kerana angkuh atau marahkan PAS sebaliknya mahu mengelak, membendung atau mengurangkan kejadian banjir pada masa-masa akan datang. Bila berlakunya banjir besar, ia bukan merugikan PAS Kelantan sahaja, malahan satu Malaysia merasai kesannya. Tiada orang gembira dengan musibah sehingga mahu menyalahkan membabi buta. Yang orang marah bila kita bagi pelan untuk mengatasinya, ia dibaca sebagai kita sedang bersikap angkuh. Itu salahnya.

Banjir Penang

Dengan sebarangan, UIA berkata Allah bayar cash, kononnya sebab tu berlaku banjir di negeri-negeri lain. Sama seperti di Kelantan, banjir di Penang berpunca dari sistem perparitan dan kecuaian manusia. Kritikan yang sama turut dizahirkan juga. Banjir diburukkan dengan kegagalan manusia mengemukakan dan melaksanakan pelan pemuliharaan. 

Aktivis rakyat suarakan hal yang sama. Kerana masalah yang lebih kurang serupa walaupun bukan kegiatan balak yang menjadi teras masalah. Tidak semua reaksi DAP Penang itu menarik untuk dikongsikan namun sekurang-kurangnya tidaklah mereka melindungi kelemahan dengan mengheret agama!

Melindungi kecuaian manusia dengan mengatakan ia kuasa Allah tidak akan menyelesaikan masalah. Yang paling penting hentikan masalah sama berulang, bukannya siapa petah berbahas atau tidak dengan menggunakan hujah agama.

Situasi berulang

Datang pula ribut yang terbangkan khemah-khemah peniaga di muktamar kita. 19 luka-luka. Barang rosak banyak. Ikut konsep UIA, Allah bayar cash terhadap kejadian musibah ini kot sebab menjahanamkan Amanah di atas pentas; Iyakah begitu?

Tidak. Sebahagian penyokong Pakatan Harapan hanya menyindir sahaja bukanlah bermaksud mereka benar-benar beranggapan begitu. Ia bagi menyedarkan agamawan PAS, dalam pada kita berpolitik perlu juga kita seimbangkan diri dengan terbuka kepada kritikan.

Apabila orang mengkritik tentang punca kepada banjir > ia adalah kerana orang sedang berpakat untuk mengatasinya. Lihat kepada isi kritikan, bukan kepada siapa yang mengkritik. Jika ia boleh menyelesaikan masalah, apa salahnya? Terima kelemahan diri dan move on untuk atasi masalah. Jangan tunjukkan atau wujudkan satu suasana seolah-olah jika menjadi agamawan atau ulamawan PAS wajib dipertontonkan kepada umum kita maksum, bebas dosa dan bebas kelemahan.

Tiada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (setakat ini) mengambil tindakan yang serupa seperti agamawan UIA dalam mengulas kejadian musibah ribut muktamar.

Yang bermaksud mereka pun sedar, jagalah lidah kalau tiada sesuatu yang baik boleh diucapkan, diam sahajalah. Jangan la terlihat makin berucap untuk membela parti, makin terlihat bodoh.

Yang lebih teruk bila kita mengheret Tuhan, seolah-olah emosi Tuhan mengikut emosi kita. Bagaimana Tuhan mengklasifikasikan sesuatu perkara adalah mengikut apa yang tertanam di pemikiran kita. Itu ialah bala, itu ialah musibah, ini pula kerja Tuhan, hah yang neh balasan, manakala yang itu pula sudah tentu rahmat nak cuci dosa rakyat Kelantan!

Sudah-sudahlah tu agamawan PAS.
Sepertimana kami, kamu juga manusia.
Sepertimana kami bisa tersadung, kamu juga boleh terjatuh. Sepertimana kami melakukan kesilapan, seperti itu juga kamu terdedah kepada melakukan kesalahan. Berhentilah dari bercakap atau beranggapan seolah-olah setiap yang mengkritik kamu itu sedang menentang kamu sedangkan kadang-kadang orang cuma nak menyampaikan kebenaran sahaja, tetapi itupun dianggap sedang melawan Islam. Alahai agamawan PAS..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...