Selasa, 2 Mei 2017

Zuraidah Beria-Ria Bela Adam Rosly Atas Pentas, Ahli PKR Luahkan Rasa Protes.

Ahli PKR Permatang Pauh yang juga blogger pro pembangkang, Anak Sungai Derhaka pada ahad lepas meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap ceramah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang disifatkan "tidak berfaedah untuk didengarkan kerana tiada info".


Sumber - Blogger Anak Sungai Derhaka
Menurut Samsul Ghazali, kandungan ceramah Zuraidah Kamaruddin hanya membedal Jamal habis-habisan dan kemudiannya mempertahankan Adam Rosly habis-habisan. Apakah pendengar ceramah adalah bodoh dan akan menyokong membabi-buta? Sudahlah tiada info katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut kami siarkan luahan tersebut untuk bacaan anda semua.

Oleh : Mohd Samsul Ghazali
"Semalam dalam satu ceramah yang dinamakan CERAMAH MEGA selepas berakhir Konvensyen Keadilan Pulau Pinang, Ketua Wanita PKR antara yang berucap..
Selain dari tak ada info yang berfaedah untuk digunakan oleh pendengar bagi mempromosikan Keadilan..
Ucapan dia hanya meluahkan kemarahan kepada Jamal Jamban tu.. dia bedal Jamal Jamban habis habisan..
Kemudian dia bersungguh-sungguh mempertahankan Adam Rosly tu pulak..
Dalam berhempas pulas menceritakan pasal mamat tu.. dia tanya hadirin...
"Apa kitapun nak jadi macam UMNO?
Yang aku faham dari soalan dia tu ialah dia tak mahu ahli PKR turut menyerang Adam tu macam UMNO dok serang tu..
Dia bertegas kes Adam Rosly ialah satu konspirasi politik...
Tapi masalahnya.. bagi aku kalau kita tak pertikai dan minta si Adam Rosly tu istihar harta dia.... dan menyerang UMNO balik sebab nak pertahankan Adam tu.. itu barulah macam UMNO.. pemimpin kaya raya entah dapat duit dari mana tak pernah mereka persoalkan..
Lagipun menyerang Jamal dan pertahan Adam Rosly tu kerja cyber trooper tu.. bukan kerja MP..
Zuraida sepatutnya jelaskan kenapa Adam jawab pinjam dari Along untuk beli rumah tu??
Zuraida juga patut jelaskan apa perniagaan atau sumber pendapatan Adam untuk bayar pinjaman Along tu?.. takkan ada Along nak bagi dia pinjaman dengan zero interest kot??
Tapiii... Sepatutnya Zuraida tak payah nak pertahan mamat dari AMK tu bersungguh sungguh.. biar mamat tu jawab sendiri di Mahkamah..
Ini tidak.. berapi api dia pertahan mamat tu.. sampai anggap dakwaan SPRM tu satu konspirasi...
Apa???.. besar sangat ke pengaruh mamat tu kepada PKR sampai ada pihak buat konspirasi nak jatuhkan dia???
Ha... ha... ha....
INI PERMATANG PAUH LAH !!.. Kami tak bodoh dan kami tak akan sokong membabi buta!"

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...